Hunting Susu Dutch Lady Murah
Last week, suami beli stok bulanan macam biasa untuk Qaiser ilman. Tapi kali ini julia tengok hanya 2 bungkus susu je dia beli. Mengomel suami julia tu balik letak atas meja, bukan apa makin mendadak harga susu ducth lady naik dari pek lama dulu. Memang tak dinafikan bagus pihak pengusaha Ducth Lady buat pembaharuan macam ini, kita tak tolak latest produk, apatah lagi contain yang ada didalam susu baru ini jauh lebih baik dari segi penambahan nutrien untuk sang anak-anak kita.
Persoalannya, bila stok ini dialir ke orang tengah, harganya menjangkau keterlaluan. Bukan nak berkira, tapi kos zaman hidup sekarang memang kena buat KIRA-KIRA! Jimat kena bertempat, berbelanja pun kena bertempat dan berhemah. Dulu harga stok pek lama di Tesco mahupun Manjaku hanya dalam linkungan RM22.99 - RM23.99...masa beberapa tahun lepas boleh la dapat harga murah RM19.99 itu tahun bila? Lama dah...tapi sejak penukaran pek baru, stok lama semakin susut dipasaran...hampir ke semua tiada stok!!!!!!!!!!
Tahu tak betapa rasa paniknya tengok ada saudara dan rakan2 yang mencari stok anak ini takde dimana2 kedai :( Kami pun nak hampir habis dah stok so wassup suami untuk beli sebulan stok...cari punya cari suami cakap nasib ada di Manjaku...pek lama memang dah takde...yang ada stok baru...harga 1 pek RM27.50 :( nangissssssss lagi...nak tak nak kena beli sebab Qi kuat menyusu tak kira siang atau malam.
Nampak kan resit tu...bukti betapa dasyhat yer orang tengah kaut keuntungan...kasihanilah kami sebagai ibu bapa yang marhaen ini. Kasihanilah perut anak2 kami, kami bukan nak berkira tentang duit, tapi kami nak harga penanda aras yang bernas supaya kami semua tak terus di tipu, teraniaya...sedih nangis tepi bucu tupperware Qi.
Saya sebagai ibu tak salahkan pengeluar...tapi fikir-fikirkanlah pemborong dan peniaga. Bincanglah nak letak harga tu, sejak kami tahu disitu mahal...kami akan mula berpaling...mencari lubuk lain...
Terbaca dalam kelab gojes, yati ada uar-uarkan di Tesco Ampang ada buat sale dalam group betul2 murah.
Tesco Ampang
Update 10.30 pagi.
1) Susu Dutch Lady 123 RM19.99 1kg (Madu sahaja) pek lama banyak still ada lagi
2) Susu Dutch Lady Explore 2-4 RM22.99 900gram (semua perisa) pek baru.
1) Susu Dutch Lady 123 RM19.99 1kg (Madu sahaja) pek lama banyak still ada lagi
2) Susu Dutch Lady Explore 2-4 RM22.99 900gram (semua perisa) pek baru.
Dekat manjaku pek baru RM27.99 mahaiiiii frown emoticon
Alhamdulilah borong byk2 item 1 byk2 jimat...expired date 8 jun 2016 tq @drosmieyatie bg info yeyyy
Borong pek 1kg lama sebab dah tahu mereka nak clearkan stok, pek baru akan muncul dengan nama yang sangat best, Explore 2-3 years 900gram.
Inilah peranan kawan-kawan, uar-uarkan stok murah dan banyak, terima kasih banyak2 sahabat, julia dan suami borong sebanyak yang boleh, kami beli pek lama sebab sgt jimat...alhamdulilah, harap harga pek baru Ducth Lady Explore 2-4 year dan tahun yang lain dalam keadaan harga yang TERKAWAL.

15 Comments
berbaloi-baloi
ReplyDeleteKalau ada pengguna yg alert utk buat aduan memang kakak rasa akan ada tindakan dibuat pada pasaraya yg sesuka letak harga. Tapi kalau memang mungkin itu aras harga yg tidak dikawal kita sebagai pengguna selamanya akan menjadi mangsa...
ReplyDeleteberbaloi2 beli susu time murah ni kan...Ain skang ni beli susu utk Raynia je..tp tu lah dia x minum susu dutch lady susu dia tu hrapan la nak turun harga....huhu...kalo minum ni dpt la beli banyak2 time murah ni kan..Raees pulak dah x minum susu..minum milo je..sebulan 1 pek besar Milo utk dia saja...eh..abam QI pakai pampers size XXL..pergh..ain dua2 bradik tu still L lagi..hehehe...
ReplyDeleteEna sejak kecil lagi susu ni menjadi pilihan keluarga. Sedap sangat rasa susunya. Terbaik!
ReplyDeletelom gaji
ReplyDeletexleh nak beli stok byk2 lg
huhuhuh
mahaiii nye.. berbeze banyak kot.. tapi manjaku memang mahal..
ReplyDeletebeli kat speedmart murah sket
ReplyDeletetapi cepat habis
Alhamdulillah...kira murah lagi la tu dear.anggap je tu rezeki abg Qi...hasif punye susu RM62.50 x 6tin sebulan.... :)
ReplyDeleteberbaloi kot.. Alhamdulillah.. rezeki Qi dpt bli susu utk die byk ckit.. Dayyan pn nk kne tggu die 2 thun bru pk nk tukar ke susu ape.. sbb lps ni turn adik plk kan.. hehe..
ReplyDeletemmg jauh sgt beza harganya tuh...gila btl dorg ni...anak sy plak xblh minum dutchlady...lagi pening pk..skrg dia minum sustagen..jgn lah naik harga jugak..sedih la mcm ni.huhu
ReplyDeletepembelian yg bijak! yan jarang beli pampers irine kat tesco..sebab agak mahal.. selalu beli kat speedmart je.. borong ..untuk sebulan.. puas hati.. kalau susu tu beli 1 pek kecik tahan sebulan 350 gram kot..sebab hantar kat rumah bs..standby. kat rumah irine dfeed..xnk minum botol.
ReplyDeleteMakaiii..jauh beza tu..ju..try install apps kt play store 'smart shopper'..kt ctu die compare harga..so kite blh tau kt mn yg murah n tgh offer..
ReplyDeletekalau susu tengah murah memang borong terus buat stok.. pttnya ada orang pantau harga susu nie..so idak ler penjual suka3 hati jer nak naik harga..huhuhu
ReplyDeleteKami pun bereksperimen bagi FM kat baby kami since 1 bulan lagi. Wife bukannya taknak BF tapi BM semakin merundum. 1st time bagi FM S26, then wife bagi Karihome. Baby kami kdg2 minum tak abis membazir FM, baby prefer BM mama dia lagi. Kat umah pengasuh, baby kami pun kurang nak minum FM. Kami pun tukar ke Dutch Baby, senang nak maintain harga pun lebih murah dan jimat. Baby pun boleh terima Dutch Baby. Beli kat Speedmart bawah RM 30 untuk 1 kg. Survey kat 11street dengan kupon RM 50.90 untuk 2 pack x 1 kg dengan guna kupon diskaun dan kupon shipping. Lebih jimat dan berbaloi.

ReplyDeleteSharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)