Akhirnya Ku Temui Jua Tajuk Lagu Tangis Sebatang Tamar
Sudah lama tau Julia mencari tajuk lagu yang terngiang-ngiang setiap pagi di corong radio semasa memandu dalam kereta ke tempat kerja. Pertama kali dengar, Allahuakbar air mata aku mengalir deras, lihat anak disisi betapa aku bersyukur dapat melihat zuriat aku, lepas itu aku tangisi apa pengorbanan aku? Tiada!
Korang tau tak, lagu ini berjaya lembutkan hati aku yang keras, yang mencari kata-kata dari Allah, walhal aku sendiri yang masih lagi kabur dengan hala tuju aku sebagai seorang hambanya di dunia...ya benar kita memang Islam, tapi Islam hanya pada sebutan dan nama. Hati? Cuba tanya dan panggil hati korang tu keluar, betapa banyak kita lupakan Rasulallah?
Bukan senang nak cipta lagu yang boleh buat orang dengar luluh, tersentak dari lamunan, menangis kerana mengingati perjuangan Rasulallah. Hari ini julia dapat temui jawapan setelah penat mencari, rupanya bila kita hayati lirik tangis sebatang tamar, betapa malunya, betapa kerdilnya julia rasa, berkali-kali dengar air mata julia jatuh tak henti-henti, malu-malu dengan diri sendiri, adakah aku nanti dapat berjumpa dengan Rasulallah?
Aku bukanlah insan pilihan, tapi aku sangat tahu, lagu ini Allah bagi aku dengar, Allah nak bagi aku sedar, yang aku ada Rasulallah, ikuti perjuangannya, ikuti apa yang telah tinggalkan untuk kita, aku rasa kerdil sgt walaupun aku tahu aku besar, tapi aku zero sangat-sangat nak hargai perjuangannya....Allahuakbar.
Sempena hari Jumaat ini, mari kita sama-sama dengar lagu ini, hayati liriknya, hayati sedalam-dalamnya, kerana hati kita dicipta oleh Allah mudah dilentur jika kena caranya...lagu ini berjaya! Berjaya cungkil hati keras ku.
Subhanaallah!
4 Comments
ok..dah dengar..mmg tersentuh..
ReplyDeleteBertambah tersentuh dengan video klipnya...
ReplyDeletenak kena tnggu line laju sikit bleh dngr..
ReplyDeletejot down tajuk dulu..
selalu putar kt radio ikim.. suka lagu ni tapi nk download, xboleh plak..
ReplyDeleteSharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)