Percutian impian si kecil? Pasti anda sebagai ibu bapa terfikir apakah percutian idaman anak-anak anda bukan? Percutian yang boleh merangsang perkembangan minda dan rohani mereka terhadap alam dan dunia haiwan. Sudah semestinya di Farm in The City (FITC) yang terletak di Seri Kembangan Selangor. Siapa sangka dalam kawasan bandar yang pesat ada sebuah farm yang didirikan di tengah-tengah bandar. Hebat!
Part 1: Teaser Farm in The City

Kelainan yang terdapat disini ialah anak-anak boleh berjumpa dengan haiwan kesayangan mereka secara langsung, maksudnya boleh bagi makan kepada haiwan dan bermanja mesra dengan mereka dengan mengusap lembut haiwan-haiwan disini. 

Jom masuk dah tak sabar ni, mujur dapat 4 free visitor pass from Kelab Blogger Ben Assaari jimat duit poket yeyyyyyyy! Thanks a lot.

Best nya disini, friendly stroller, so jangan risau nak bawa stroller ye. Ada jalan khas dibuat.

KURA-KURA GERGASI
Lihat kura-kura gergasi ini, umurnya sudah menjangkau 40 tahun, anak saya Qaiser ilman (Qi) 2 tahun 6 bulan sangat teruja sekali bertanya apakah haiwan ini. Menariknya, boleh bagi makan secara langsung macam ini. Woww!

Kura-kura kedua ini umurnya sudah 31 tahun, muda lagi, sama umur sebaya dengan tuan tanah tu hahahhaa jom tengok aksi bermanja dengan rakan sebaya akhirnya berjumpa jua yeyyyy

Mari lihat sedutan video ini yang julia snap.

FEEDING POND
Inilah paling menyeronokkan bagi sang anak. Boleh menangkap anak-anak ikan kecil dalam kolam panjang ni, disini ada disediakan besen kecil dan penyauk ikan, Qi tak sabar nak sauk ikan kecil dalam tu, awasi anak anda ye tika disini.

Kami pakai sedondon masa ni, geng 10 POLO, memang suka pakai sedondon baru meriah hehehe. Lihat Qi dengan walidnya, khusyuk!

Hasil tangkapan Qi, kecik je anak ikan. Alahaiiii bestttt ye.

Sedutan video feeding fish

Pet Village
Arnab & Tikus Belanda 
 Part paling menyeronokkan dan paling lama lepak disini adalah menyaksikan keletah arnab dan tikus belanda....alahaiiii comel-comel sangat, disini kita boleh jumpa terus dengan haiwan kesayangan, jinak-jinak pula tu, tidak ada satu haiwan pun yang mengigit disini, Qi teruja nak sentuh arnab gemuk-gemuk plak tu hehehhe

Tikus belanda pun dia berani pegang, cayalah abg Qi. Jangan risau, selepas sentuhan kepada haiwan, ada disediakan tempat cuci tangan di situ, bersih dan ada sabun cuci tangan yesssssss...lagi bagus anda sendiri bawa sanitizer...sapukan pada tgn anak selalu awal2.

Sedutan video Qi bersama haiwan kecintaannya klik.

Jungle Walk
Syok disini ada kurungan khas untuk lihat haiwan-haiwan seperti burung hantu, monyet terkecil didunia, biawak dan lain-lain. 





















Memang betul-betul terasa dok dalam hutan disini...wowwwww

Spesis burung yang sangat glamer...
ada dalam cerita kartun rasanya hehhehe hensemm kan dia hehehhe

Klik video suasana dalam jungle walk.


BURUNG/ITIK/AYAM/MERPATI/MERAK/ SEJENIS BURUNG EKSOTIK
Adik Jastina (bongsu) adik julia yang paling bongsu ni pun teruja tau bagi makanan yang disediakan oleh staff FITC kepada burung dalam kawasan tertutup, jinaknya!

Dalam kawasan tetrutup ini ada pool kecil alahaiiii comel tengok itik berenang2 dalam tu, Qi kemain khusuk tengok.

Snap yang paling best, Qi bersama Umi dengan burung merpati putih...suasana yang cukup mengembirakan si kecil dan ibu bapanya.

REPTILE CARVEN
ULAR SAWA PALING BESAR 

Masa sampai kat sini, lutut dah mengeletar...adeh, muka senyum je tu, senyum tawar takuttttttttt tengok ular sawa tu dok ats kepala ni dok tidur huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Selfie sedas dengan adik ina adik bongsu julia ni hahahhaha beza kami 5 tahun aje

SAVANNA


My Beloved Mama dengan kuda dalam kandang hehhehe

Jinaknya rusa kt sini, sangat jinak siapa sangka dalam kawasan ni kita boleh sentuh rusa, pernah makan daging rusa tapi ini pertama kali sentuh alahaiiiii best.

Memerang comel sangat, time ni dok berehat je hehehhe

Burung kakak tua, cantik weh burung kt sini, jinak boleh letak kt tangan


I kiss tuntung you hahahhahaha mana tau leh jadi prince charming kehkehkeh

Telur burung unta besar haaa kemain leh pegang cm ni je hehehhe

FISH FEEDING
Paling seronok adalah dikawasan ini, bagi makan palet ikan puas-puas, subhanaAllah cantik sungguh permandangan disini, macam bukan dekat bandar, tapi betul2 dalam hutan rimba, kolam ini tersangat luas, ada penjaga yang awasi palet2 ikan ni, kita boleh bagi makan sebanyak mana yang kita mahu...jommmmmmm

Nampak tak butiran palet yang kami campak, berderu-deru ikan makan...wahhhhhhh

Qi nak tengok ikan tapi tak sampai, haaa pegang Qi kuat2 baru Qi puas hati tengok...tak putus2 mulut Qi cakap huwaaaaaaaaaaaaaa ikan ikan ikan hehhehe dia dh pandai sebut ikan, itik, ayam...syukur alhamdulilah. Memang anak2 cepat belajar kalau didedahkan terus dengan aktiviti macam ni.

Bukan gambar, bukan dari google...ini realiti dari snap hp julia, masyaAllah cantiknya, rasa nak print canvas besar-besar...tenang tengok.

 SELFIE TIME
Husband and Wife Blogger hahahahha, suami pun dapat saham tempias blogger :) Terima kasih suamiku, banyak bagi teguran, nasihat dan motivasi dalam berblogging, dialah banyak bagi tajuk kt julia nak buat blog...bijak!
Sebelum balik selfie dan wefie lah puas-puas, banyak lagi tempat percutian impian si kecil disini, sekarang andalah yang perlu selongkar sendiri keindahan panorama yang sukar diungkap dengan kata-kata. Jom set tarikh dan masa bila anda nak realisasikan impian si kecil anda...let go againnn!


Lokasi:
Farm In The City Lot 40187-40188, Jalan Prima Tropika Barat, Bandar Putra Permai
43300 Seri Kembangan, Selangor.

Waktu Operasi Farm In The City
Isnin : 10 pagi hingga 6 petang 
Selasa: Tutup 
Rabu - Jumaat : 10 pagi hingga 6 petang 
Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah, cuti umum : 9.30 pagi hingga 6 petang 

Harga Tiket:
Pemegang MyKad (Warganegara)
Dewasa : RM30 
Kanak-kanak dan Warga tua: RM25 
Harga untuk kanak-kanak umur dibawah 12 tahun. Jika tinggi kurang dari 90cm masuk adalah percuma 

Bukan Warganegara
Dewasa: RM48 
Kanak-kanak dan Warga Tua: RM38

12 Comments

  1. besranyaa kura kura tuu. tak sampai lagi ke sri kembangan ni . adehhh.

    ReplyDelete
  2. serius..feeding zoo ni memang sangat AWESOME!!

    ReplyDelete
  3. kne bawak zara nie
    tp xtaulah mommy larat lg ke nak jalan nie...huhu

    ReplyDelete
  4. Comelnyaaa semuaaaa binatang ni kak.huaaaa siap boleh pegang lagi tu. Nak pi nak pi

    ReplyDelete
  5. tgk je blogger buat review . pergi blm lagi wpun kat depan tu je ... heee

    ReplyDelete
  6. Blm berkesempatan lagi pergi sini tau.bilala nk merasa pegi ni...

    ReplyDelete
  7. tak sabar nak pergi ahad ni dgn noryy hehhhehehhe

    ReplyDelete
  8. macam best je tapi musim panas ni tak bahang ke Jue? Aisya ni jenis puteri lilin sikit, nanti asyik berzikir... panas! panas!

    ReplyDelete
  9. terase nak pergi.. tapi.. tak berkesempatan lagi.. padahal dekat je,, inshaAllah.. nanti kami akan pergi jugak!~

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)