Breathtaking View with Julia Johari
From the mountain, the whole Hatyai city is under your legs, that kind of feeling is hard to write it down but unforgettable.

Tempat Menarik di Hatyai Municipal Park dan Hatyai Icedome | Part 5 - Ya, Allah seronok bila menjamu mata di negara orang, walaupun tidak jauh dari Semenanjung Malaysia, tetap kekal segar diingatan perasaan dan pengalaman tatkala berada di puncak Hatyai View Point. Kagum melihat suasana yang damai, tenteram, budaya yang unik, masyarakat yang peramah mudah tersenyum, dan pastinya anda akan tak putus-putus mengucapkan syukur nikmat kepada Allah kerana berjaya berada disini sama-sama menikmati keindahan ciptaan Allah. ~ pengalaman saya bercuti berbeza dengan pengalaman anda sebelum ini, maka hormati cerita saya :)
Terlepas cerita lepas...click link:

Booking Pakej Tour - Depan Lee Garden Plaza 
Kami bersetuju setelah puas survey perkhidmatan tour depan Lee Garden Plaza, kami tidak memilih TukTuk untuk pakej tour sekitar Hatyai, sebab kami utamakan keselesaan Qi. Kalau nak jimat memang tuktuk pilihan tepat, tapi untuk keselesaan dan keselamatan anak saya, julia dan suami sepakat untuk booking Hatyai Tour dan Songhkla melalui Variety Tour.

7 Pakej Hatyai Tour: 
10 pagi sehingga selesai
Hatyai Municipal Park
Hatyai Cable Car
Hatyai IceDome
Songkla Beach Hatyai - Golden Mermaid Statue
Songkhla Zoo
Klong Hae Floating Market
Tinsulanon Bridge
THB1800 - RM180
(Pakej 1 kereta + 1 tour guide akan drive)
Kalau kereta dalam 4 orang tu selesalah kalau ramai ambil pakej van, kalau ada anak kecik leh riba je, tapi kami hanya bertiga, just nicelah anak tidur belakang kereta luas hehe.

Mahal? Kami puas hati sebab layanan bak VVIP, tak perlu berpanas-panas, berhimpit2, dalam tuktuk, aircon sepanjang jalan, anak tak meragam, tak perlu takut anak sakit kena hujan ke panas ke, tour guide yang sangat baik hati, nak apa lagi? Kumpul duit!

Mrs. Ooi ni julia interview dia banyak pengalaman bawa orang dulu di negeri lain, sekarang dia buat freelance kt negeri dia (hatyai). Lembut je bicara dia, rasa macam berjalan-jalan dengan mak2 je tau hehehe, resit ni dia sebut kembali pakej yang kami booking satu persatu. So pertama sekali dia bawa kami Hatyai Munisipal Park. Qi isi minyak dulu puas-puas. Dalam tuktuk memang tak boleh la nak baring-baringkan anak cm ni, itu sebab kami prefer private tour demi anak.
 

Tips Anak Gembira Perjalanan Jauh
Qi dah kenyang, tips untuk elak anak meragam sepanjang jalan, sediakan makanan seperti roti, air berkultur (vitagen) dan biskut. Qi sangat suka mengunyah macam umi dia, so dalam beg julia penuh makanan macam roti, air + tisu basah pun kena bawa standby kot2 anak muntah. Qi alhamdulilah start tour hatyai jam 10 pagi sampai 5 petang Qi tak muntah, Qi tak meragam, Qi tak jerit2...syukur.

Dari Lee Garden Plaza kami terus bertolak tepat jam 10 pagi, menelusuri Hatyai City yang sangat bersih, cuaca hari itu sangat tenang dan redup sekali, seperti merestui perjalanan kami. Kami berdoa setiap tempat yang kami pergi selamat pergi dan pulang, tidak berlaku perkara yang tidak diingini. Mall Big C Extra ni sangat besar, kalau anda bawa kereta sendiri mudah untuk berhenti dimana sahaja. Kalau julia dah lama kot suh asben berhenti, tapi kami by tour trip cannot la sesuka hati heeeee.


Permulaan Kembara Pertama - Hatyai Municipal Park
Dari Bandar Hatyai ke sini hanya 3km sahaja. Dekat kan? Untuk makluman Mrs Ooi, beliau kata nak ke sini menaiki tuk tuk agak bahaya kerana perlu mendaki bukit yang agak tinggi dan sangat curam. Antara perkhidmatan terbaik adalah melalui kereta, mini van, 4x4 pacuan emapt roda. Patutla tak nampak tuktuk mendaki bukit ni, hanya kereta semata-mata. Ke ada ke korang naik tuktuk ke sini? 





















Kereta sangat selesa menyebabkan kami bertiga tak perasan rupanya dah nak dekat sampai, sayup2 je dari jauh patung Buddha yang paling besar dan tertinggi di Bandar Hatyai. Kami hormati agama Buddha disini, tak sabar kami nak melihat seni budaya Buddha yang indah di atas sana. Jom.

 Yeyyyyyyyyy dah sampai...kemain seronok julia tau hahahha bila ternampak signboard besar ni lagilah rasa nak meloncat-loncat...gambar bi...gambar bi...hahahhaha...well husband ju memang dah masak perangai beloved wife dia...di mana2 adalah gambar, Qi saje tunduk kan...hahhaha takpe budak2 memang gitu.

Okey, Umi pasrah, gambar ni sangat perfect...ok jeles hahahhahaa...Qi sangat suka dengan walidnya...tu sebab semua gambar Qi dengan walid dia sangat ohsem...umi? redho boleh? hahhaha

Mendung tapi rasa terik, boleh bayangkan cm ne? Qi ni berat dah, malas nak keluarkan buggy dalam kereta Mrs Ooi, so biar Qi jalan dengan walid...umi? Well i jadi photografer 24 jam...jgn ganggu umi ok hahhahaha gila bergambar!

Kalau malas nak menapak jalan kaki, naik je tramp ni, comel hijau plak tu hahahhaha Qi tak habis2 sebut ketapi....kahkahkahkah

Footprint here - tanda besar kami dah sampai. :D

Kami minta pelancong situ gak mohon snapkan gambar kami berlatar belakangkan kabel car hatyai, terima kasih ye, awak ambil gambar ni sangat cantik, oooooooo perfect sekali anak beranak tengok kamera :D

Kami hanya santai trip je, so tak beli pun tiket naik cable car, sebab julia dah baca review sampai je kt ats check point tu korang akan boleh lihat banyak patung2 gajah kecik dan besar atas sana tu, so takpe la, next time kalau ada rezeki kami naik, kalau tak korang baca je review blogger lain, kt ats tu kawasan tempat sembahyang diorang sahaja, mungkin view hatyai city lagi cantik kalau korang naik cable car ni.
SubhanaAllah, Maha Suci Allah
Cantiknya! Dari view point Hatyai Municipal Park korang boleh hirup udara segar sambil menikmati satu bandar Hatyai...besar rupanya!

Jauh kan? 
Bagi trip pertama kali kami ke luar negara, kami cukup puas hati.

Mohon baca keistimewaan Hatyai Cable Car. Julia snap khas untuk tontonan anda.

Depan Hatyai Cable Car, anda akan lihat satu patung Buddha yang tersergam indah berdiri mengadap Hatyai City, perghhhh tinggi betul, ramai orang penganut Buddha berpusu-pusu sembahyang ketika ini.

Jom tonton Video Live dari Julia Johari di atas puncak.

Inilah simbol kebanggaan negara Hatyai. 
Kami hormati budaya mereka unik sekali.

Kembara Kedua - Hatyai View Point
Depan patung Buddha yang paling besar tu, anda akan lihat satu titik paling seronok, "Hatyai View Point". Disini kita boleh lihat betapa luasnya bandar Hatyai dari atas bukit. Wehuuuu! Puas hati, angin kuat, cuaca mendung yang agak panas, dan ramai orang tika ini seronok mengabadikan gambar masing-masing di puncak ini. Kami pun tak ketinggalan, jom lihat selfie kami jom hehehhe.

Puas hati kot bergambar kt atas ni, macam-macam view kita boleh lihat, rasa nak jerit je kuat2 hahahahhaha buang segala stress atas ni, balik Malaysia dengan hati baru kan, tengok la gelagat Qi, walaupun masih kecil, dia suka beraksi otemen (ultramen) hahahha jgn lawan orang2 kt sini dik oiiii kang kita tak balik Malaysia kang hehehhehe
 

Terpancar rasa kepuasan hati...tak terkata-kata, nanti korang datang sini.
Kalau nak panjat tangga ni atau turun tangga ni ke temple bawah ni pun boleh...berani?

Kembara Ketiga - Hatyai IceDome
Lepas dah puas hayati panorama di Hatyai Municipal Park, kami terus menuruni bukit untuk ke Hatyai IceDome. Kami tak masuk pun dalam ni, sebab julia baca review dalam ni sangat sejuk, kalau orang dewasa macam kita pun tak tahan, bagaimana pula anak seperti Qi berumur 2 tahun 5 bulan? So kami just jalan2 santai, lihat dari luar pun cukup, nanti Qi besar ada rezeki baru ke sini semula. Tak rugi pun melawat sini, sebab dapat ambil pengalaman dulu. Tak semestinya dah pergi takkan jejak lagi kan...mana tahu lepas ni kami bawa kenderaan sendiri pula, lagi mudah.

Yeyyy, apa lagi jom bergambar, tinggal kenangan disini, hehehhe next time ye Qi kita masuk, umi dan walid xmo ambil risiko, nanti Qi sakit habis trip tour kami ngeee.

Alahaiii besarnya patung pinky ni, Qi sangat takut nak bergambar time ni hahahhaah dia ingat raksasa kot hahaha x kira paksa gak, tu pun pujuk2, nasib baik Qi ok.

Ini real punya candid, i suka hahhaah tengah berkejar dengan Qi sebab kena paksa bergambar, lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiii lariiiiiiiiiiiiiiiiiiii hahahhahhahaa 

I suka gambar ni yeyyyy footprint kami banyak kt sini dah, weeeeeee TQ to our tour guide yang suka bergambar gak heheheh next entry i tunjuk muka dia tau kikiki kasi surprise sikit.

Next trip ialah
Songkhla Beach

Nampak kan bergelora sungguh Pantai Samila Beach yang terletak di Songkhla, perghhhh bukak tingkap kereta kuat naaaa anginnya, tak sabar nak cerita kt korang betapa syokkkkk ye berada disini...tungguuu next entry part 6, berkajang gambar nak edit...fitammmmmmm! :p

Bahasa Thai:
How are you - Sa bai di mai
I am fine - Sa bai di khrap

22 Comments

  1. Ala baru nk tengok apa yg best kat dalam IceDome.. tapi jue tak masuk..xpe la tunggu qi besar datang lagi boleh la masuk kan.. best la jue.. farah dah beberapa kali pi hatyai pn tak pernah pi Municipal Park tue..menarik jugak rupanya yer.,=D

    ReplyDelete
  2. Kakak nak puji Qi dulu sebab tidak mengganggu keseronokan travel ini walaupun sepanjang hari. Itu yg terbaik sebab kalau tempat menarik pun Ju tapi kalau anak tak happy atau meragam semuanya jadi spoilt..

    Kakak suka tengok Qi:)

    ReplyDelete
  3. haiii seronok nyerrr baca dik..akak mungkin x dapat la keluar malaysia buat mase skrg nie..

    ape pun baca ni pun dah ternganga sampai rase mcm pegi sekali..hehehe..

    ReplyDelete
  4. walaupun kerap ke Hatyai, saya belum try lagi naik kereta kabel...

    kalau ke samila beach saya akan makan pulut ayam bakar dengan sontam, memang best!

    ReplyDelete
  5. rasa macam dah sampai kat thailand dah bila baca entri ni.. best sgt ju :)

    ReplyDelete
  6. bear pink tu comelllll...qi naper takut..cuteee la qiii..hihihi

    ReplyDelete
  7. Cantik jugak hatyai ye..
    Kalau akk pub mesti nk bg selesa anak dulu..jimat jatuh no2 la kan

    ReplyDelete
  8. seriously ju...this is so perfect....every detail mmg best giler. all in one katenyer and boleh budget juga. tiba2 terasa nk p sane skrg

    ReplyDelete
  9. best rupanya bila ke laur negara. Dapat melihat gaya hidup budaya orang lain.

    ReplyDelete
  10. semua pakej tu utk satu hrga tu ka...ok lah kak..semua tempat pergi...naik keta ok... keta apa dia bwk tu...

    ReplyDelete
  11. ice dorm pon saya xmasuk dulu, bergmabr kat luar ja... cable car pon xpegi...huhu..pantai shamirla saya p..best....ada aiskrim kelapa..sedap

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah mesti best kan kak. nanie tak pernah pergi lagi ni.. mcm menarik dan tertarik jeee.. viiew big budha tu lebih kurang kat hong kong.. :)

    ReplyDelete
  13. terus call suami ajak g hatyai.. julia ni kan.. memang tau..

    ReplyDelete
  14. xpe la ju xdpt msk icedome pun..next time blh gi lg..kite xnk amik risiko..kang sian kt anak..oo..br tau hatyai cable car tu kt atas ade patung2 gajah je ke..xpe la..baik xpayah kan..tgk view hatyai dr hatyai view point tu pun dh puas hati rasenye..nyaman je mata..subahanallah..

    ReplyDelete
  15. Salam Julia...alhamdulillah, dpt banyak info here, Insya Allah dlm perancangan ke sana.. ;-)

    ReplyDelete
  16. tumpang tanya rm180 tu utk semua sekali ke per person?

    ReplyDelete
  17. aslm Julia berapa harga kalau naik cable car kat Municipal Park tu yer
    thanks for your reply

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikumsalam, saya tak naik cable car tu, sebab hanya lawati kawasan situ je, hasil pembacaan julia naik hatyai cable car tu leh nampak kuil juga diatas patung2 gajah je byk...

      Delete
    2. kak nak tanya laa...yg rm180 tu per person ke satu pakej tu xkira brp org??

      Delete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)