About Julia Johari
Hi, its me Julia Johari ♥. Welcome to my website juliajohari.com. About me? Hmmm first time meet, you will saw this girl always smiling at you...yeahhh smiling like this ^_________^ hehehe. Sesetengah orang cakap I sangat mesra alam...yeke? Pastu tak sombong pertama kali berjumpa orang baru, suka gurau-gurau, suka bantu orang yang bertanya if saya tahu nak bantu macam mana, if tak tahu cakap terus terang.
I love travelling, so sesiapa yang masuk website ini pasti tidak akan jemu lihat travelogue dan food review julia karangkan, pasti berjelar-jelar dan berchapter-chapter hihi.
I love travelling, so sesiapa yang masuk website ini pasti tidak akan jemu lihat travelogue dan food review julia karangkan, pasti berjelar-jelar dan berchapter-chapter hihi.
Ramai tanya, kenapa julia suka bercerita dalam blog sangat detail? Pertamanya sebab semua pengalaman hidup dan kenangan akan julia coretkan disini untuk generasi kini dan masa depan. Senang nanti if julia tidak ada lagi, kenangan inilah anak-anak julia akan baca, pembaca akan baca, suami akan baca, dan sahabat-sahabat blogger akan baca.
Anda nak tahu lebih detail about julia? Baca entry lepas-lepas, pasti anda termasuk sekali dalam pengembaraan julia dalam entry yang dikarangkan hehhee....enjoy reading 💗
xoxo,
Julia Johari
1). Sejak bila terbabit dalam penulisan blog
Assalamualikum wbt, Blogger Julia Johari mula membabitkan diri didalam penulisan blog pada tarikh 11.1.2011 lagi dengan menggunakan medium free blogspot pada awalnya.
Paling sangat diingati kenangan tahun berkenaan kerana detik ketika itulah saya di ajak oleh teman sepejabat untuk mewujudkan medium berblog secara suka-suka, tak ada objektif langsung yang hendak di kongsikan pada mulanya, tapi setelah saya meneroka lebih mendalam dengan membaca blog rakan-rakan alam maya yang lain serta melibatkan diri dengan Kelab Gojes Blogger Supermom & Baby dan Kelab Blogger Ben Ashaari membuatkan idea penulisan saya bercambah saban setiap hari.
Sangat terkesan dihati apabila ramai rupanya mommy dan papa blogger yang mempunyai minat hal parenting dikongsikan di blog seperti cerita perkembangan anak-anak, berkongsi Q&A mengenai dunia kekeluargaan sehingga majlis berjumpa rakan-rakan mommy blogger di raikan secara langsung.
Itu adalah titik permulaan mengapa sehingga sekarang saya terus berminat membabitkan diri dalam penulisan blog dan selepas 3 tahun berblogging saya terus brandingkan blog saya dengan nama Julia Johari Dot Com secara serius sehinggalah sekarang menjangkau 6 tahun berblogging.
2). Blog mengenai apa
- Travelogue
Blog Julia Johari Dot Com banyak berkongsi kisah travel dalam dan luar negara, cerita yang dikongsikan oleh julia banyak meliputi hotel bajet, kemudahan travel dan tips-tips travel bersama keluarga secara murah.
Paling diminati dan diikuti oleh pembaca setia kerana beliau kongsikan secara detail dalam setiap pengalaman travel apa yang perlu dan apa yang tidak perlu di lakukan sepanjang travel sehinggakan digelar sebagai "Blogger Hotel Hunter Malaysia". Sudah menjangkaui lebih 26 jenis hotel beliau review secara langsung dan ini memberi kepuasan kepada beliau dan pembaca dapat berkongsi info secara jujur.
- Parenting
Beliau banyak melibatkan diri dalam dunia parenting bersama badan-badan NGO seperti Meet the Expert Session bersama Positive Parenting, Parenting2U dan suka menceritakan kisah dunia kekeluargaan beliau di blog.
- Food review
- Suka Memasak "Mrs. Periuk Doraemon"
3). Memang minat menulis ke
Ya, julia memang minat menulis, sebab saya suka bercakap sebenarnya. Melalui medium penulisan saya rasa kepuasan itu lebih dari apa yang saya bayangkan. Jikalau dahulu saya ingat blog ini mempunyai sentimen dari sudut negatif kerana ada segelintir masyarakat mengelarkan blogger itu suka memviralkan cerita tidak benar dan menghebahkan perkara yang tidak betul. Tidak semua blogger begitu.
Yang membuat saya lebih seronok menulis di blog kerana adanya seorang lelaki bernama suami yang senantiasa menyokong dan menjadi komentator sepanjang entry di muat naik, lagi seronok suami belikan kemudahan laptop "ideapad" beserta WiFi di rumah untuk menyokong julia berblog sambil menjalankan perniagaan kecil-kecilan secara online.
4). Cerita ringkas mengenai blog anda
Saya suka berkongsi kisah lifestyle kehidupan saya seharian, kisah anak dan kenangan bersama keluarga. Kebanyakkannya dari pengalaman sebenar terus dititipkan di blog. Tujuan utamanya saya rindu setiap KENANGAN INDAH yang membuatkan saya sering kali membaca semula entry-entry lepas sebagai rujukan kepada masyarakat lain.
Contohnya perkongsian Tips Bagaimana Hendak Pisahkan Puting Anak Secara Mudah. Bila saya bercerita pengalaman tersebut ramai yang share di FB untuk rujukan pada orang lain. Itu sudah cukup memberi kepuasan kepada saya sebagai seorang isteri, ibu dan wanita bekerjaya.
"Beauty Blogger"
Saya suka dengan fesyen muslimah, tutorial makeup dan produk kecantikan. Paling menyeronokkan sudah hampir 1 tahun lebih saya berkecimpung dalam perniagaan online menjual produk kecantikan iaitu Ephyra. Saya kongsikan pengalaman saya menggunakan produk natural berkenaan dari sebelum dan selepas guna kerana saya yakin ia adalah amat sesuai dengan kaum lelaki dan wanita serta remaja. Kebanyakkan input feedback yang saya terima kebanyakkanya memberi input sangat positif dan mengalakkan.
5). Bagi pendapat anda apa faedah melalui blog
- Melatih diri menulis dengan baik (Blog + Writing = BLOGGING)
- Berblogging tidak kira peringkat usia, aktiviti bebas dan penulisan santai
- Komunikasi secara terus
- Sumber Pendapatan Sampingan
Ramai masyarakat berpandangan faedah melalui blog ini boleh menjana pendapatan sampingan, itu memang betul, saya sendiri menawarkan pemasangan iklan dan banner berbayar di blog dan menawarkan perkhidmatan review produk dan perkhidmatan. Feedback dari peniaga juga sangat penting kerana ia adalah titik tolak kepada mengasah kemahiran review secara berkesan.
6). Siapa yang mula perkenalkan penulisan blog
Ramai dikalangan rakan dan teman saya sendiri yang memperkenalkan cara penulisan blog. Ada yang mengajar saya cara penulisan SEO dan ada secara santai, saya lebih suka corak penulisan santai kerana ia lebih dekat dengan jiwa pengunjung yang sudi membaca nukilan saya.
Saban hari ada sahaja Silent Reader yang sudi Whatsapp secara Surprise dengan memberi input positif kerana minat membaca kisah travel dan lifestyle saya setiap hari. Itu sudah cukup memberi keuntungan pulangan berganda tidak terperi dan membuatkan saya bersemangat untuk menulis saban setiap hari di blog.
Apa Mereka Kata Tentang
Julia Johari?
Julia Johari?
2 Comments
salam..info penuh keikhlasan..nice sharing..boleh detaikan bagaimana blog SEO friendly
ReplyDeletesalam kenal, jangan lupa kunjungan balik ke blog saya baju batik
ReplyDeleteSharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)