Tempat Menarik di Port Dickson | Last Part
PD Ostrich Farm
Nak dekat petang baru update, bukan busy mana pun, tapi mood membara untuk lengkapkan tentatif percutian seterusnya selepas Krismas sedang berjalan baik, syukur alhamdulilah. Nanti lepas bercuti ke sana la baru ju cerita percutian seterusnya ya, kang cerita detail kang dah basi plak korang nak dengar lagi kan. Okey jom lah kita sambung sedikit sedutan gambar di sekitar Ostrich Farm.
Gambar di atas tu sangat menarik sebab Qaiser ilman dapat lihat burung merbuk secara dekat, anak-anak anda semua pasti suka lihat haiwan kan, julia belajar dari naluri kanak-kanak sebaya Qi, mereka ni semua Allah dah kurniakan sebuah hati dengan penuh kasih sayang, rugi kalau kita tak kembangkan kasih sayang mereka kepada kecintaan alam haiwan.
So Julia dan suami berkesempatan untuk bawa Qi ke sini, bayaran masuk tak mahal, tapi nasib kami datang lewat, kawasan sekitar sini nak tutup sebab hari Jumaat kan, so kami tak kesah kami just tengok haiwan disekitar kawasan ini tanpa sebarang bayaran, yipppiiiii, tuan tanah sini kata puan datang la esok pagi boleh try makan sate ostrich blablabla....kami ni jenis kalau dah datang sekali will not return back hahahhahha itu sebab kalau takde rezeki takpe...dpt tgk kawasan sekitar pun jadilah....duit pun jimat banyak weeeeeeeee
Kambing kat sini lain dari yang lain, jinak dan sangat peramah, korang tau tak julia sembang dengan kambing ni, julia cakap lah assalamualaikum tuan kambing, sihat? Dia jawab, mbekkkkkkkk...peramah tau, jangan sangka makhluk Allah ni tak jawab, pasti dia jawab dalam bahasa dia...suka la tgk kambing ni hehhehe
Jenis kambing kt sini jenis rangka besar, so mmg best la kalau nak buat aqiqah, ternampak signboard kalau teringin nak beli daging mentah pun boleh tau sini...
Ramai sebenarnya geng kambing ni, tp just snap dia ni je sebab peramah, okeylah kambing kami nak pi tinjau kawasan sekitar sikit wpun dah terlewat org pun nak tup kandang dah
Besar kandang dia
Alololololololoooooooooooooo comel la gambar ni, hahahhaha i suka sangat, pandai suami snap hahahhahah so tak rugi la ke sini dpt snap semua haiwan yg terdapat dalam ni melalui this board...awesome!
Ayam Belanda
Wahhh besarnya kandang dia...Qi sangat teruja dapat lihat haiwan ni, seakan macam kenal sebab di rumah atok nenek dia pun ada bela ayam belanda ni tau dalam 4-5 ekor, tapi sampai sini waaaaaaaaaa banyak. Ayam belanda dan telur ayam belanda sangat sedap, julia pernah makan sejak kecil lagi, kalau korang nak tau telur ayam belanda ni agak besar dan lonjong sedikit serta berbintik2 merah...terbaik kalau korang pernah makan.
Itu je yang sempat kami masuk terjah, korang pi la sendiri ek, kami tak mai dah pun, nak tgk burung ostrich kt Kuantan dan puas dah kami suh QI tgk, so tak dpt tengok sini pun x per, just tinggalkan jejak pernah ke sini okey dah kan hihi Qi jom balik hotel rehat2, solat, malam ni kita jenjalan lagi.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Suasana malam di hadapan private apartment kami, huwaaaaaaaaaa sedapnya angin sepoi2 bahasa dari pantai PD, nyaman, rasa macam dok kt oversea plak, seronok bercuti dekat pantai ni, nyaman je rasa.
Qi sekarang dah pandai pakai shoes sendiri, dah pandai pakai beg susu sendiri, dah pandai cakap byk2 tapi belum jelas sebutannya, dia suka sangat jalan-jalan, mmg menurun umi dan walid dia kaki jalan, elok lah tu hehehhe sok besar senang Qi leh tlg drive utk umi dan walid...kali ni jom la kita pusing2 PD tengok apa ada...makanan kami x snap ye sebab kami makan biasa2 je...jimat katanya hehehhe
Funfair kat sini meriah tapi orang tidak ada...hahhahahha pelik orang PD tak mai main kt sini hari Jumaat, mungkin masing2 penat kot, tu sebab kami suka bercuti waktu orang bekerja, tak berebut2...kali ni kami just tengok je mainan kt sini, semua ganas2...tak sesuai utk Qi pun, takpe lah cuci mata
Pagi sudah, pagi tu lepas mandi kt kolam dan melepaskan tekanan di pantai glory SINI, terus kami mandi dan berlepas pulang ke KL...sungguh percutian singkat 2 hari pun dah berbaloi...alihkan otak utk cari kedamaian mengadap pantai...Qi dh bersiap2 dah tu nak balik, depan private apartment kami ni best, direct nampak Lexis...ish saje ni umpan nak suh dtg lagi hahahha tunggu la bajet next year, leh mai kan dekat je pun
Bye2 private apartment, syok dok sini, semua luas, aircon 3 biji, ada dapur bagai...berbaloi tau, nanti kami mai lagi naaa bawa big family tido sini...mmmuahhhh
My Hero's
Esok Qi dah besar cm ne la depa dua tu kan berjalan sama, hehehehhe nanti la tunggu julia update blog 10 akan datang hehehhe snap dari belakang cm ni pastu buat perbezaan hehehhe
Kami singgah sini, besar dan ramai rakyat jelata....fuhhhhhhhh, nasib parking dpt depan escalator...fuhhhh hahahhahahhha rezeki.
Tamat sudah holiday singkat kami di PD, tak rugi pi bercuti dekat2 ni, sekejap je dah sampai, tak yah nak penat2 kan...okey percutian seterusnya hjg bulan ni, so will update awal Bulan Januari 2015...selagi usaha menabung untuk bercuti ada, selagi itu kaki kami takkan berhenti berjalan.
Jangan la kata kami ni menunjuk2 kami ni kaya, oh tidak, kami ni seperti anda juga pendapatan sederhana, sedih dengar bila ada komen yang kata yelah julia kaya, kami tak mampu, ayat tu menguris perasaan, anda tanya tak apa petua dan kelebihan kami? tu la len kali tanya jangan men hentam je komen haaaaaaa petuanya kami menabung berdikit2 setiap bulan mcm main kutu, kalau korang pandai main kutu dengan kawan takkan dengan suami sendiri atau family sendiri tak boleh kan haaaaaaaa jom la tiru, mana tahu tercapai impian anda nanti....ok esok ju update cerita lain ye....bubyee
p/s AIR ASIA ada buat base fare only RM0.13 pi la tengok kot ada rezeki korang, dah lama ju tau yelah ari2 kan tgk AA tu, ju dah beli last month pi langkawi murah gila dh, so x tempah la kot lg...yeke yekeeeeeeee...hahhahah lariiiiiii xmo tgk kang terjebak lagi hahahha
p/s AIR ASIA ada buat base fare only RM0.13 pi la tengok kot ada rezeki korang, dah lama ju tau yelah ari2 kan tgk AA tu, ju dah beli last month pi langkawi murah gila dh, so x tempah la kot lg...yeke yekeeeeeeee...hahhahah lariiiiiii xmo tgk kang terjebak lagi hahahha
13 Comments
percutian yang dekat pun agak menarik, dan menjimatkan...best juga bawa anak-anak ke farm.
ReplyDeleteBesarnya kambing tuuu!!! Wahh! Hari tu pergi PD tak berkesempatan nak pergi kat farm tu..
ReplyDeletedapat cuti pendek mcm ni pun syok jugak kan ju...hilang gak stress gi bercuti....
ReplyDeleteYg rm0.13 sen tu akk xd tmph g mna2 sis..hehe..xd fulus lg nk brjln skg.tggu tgok thn dpn..
ReplyDeleteseronoknya jalan2 PD. dapat habiskan masa dengan famili memang best :)
ReplyDeleteida datang kak jue..... datang serbu entry cuti cuti PD qi! hehehhe~
ReplyDeleteBEstnyaaaaa jalan2 ngan family
ReplyDeletedah byk kali gi PD tapi x gi ostrich farm tu ...
ReplyDeletekalo org cakap kaya tu AMIN kan aje :)
ReplyDeletebtw..akak pun sama mcm kamu, nak ke sesuatu tempat cari yg paling murah dan berjimat setiap bulan pastu dah cukup baru la pegi jalan. bar useronok.
walaupon dekat janji bercuti kan...
ReplyDeletedpt lk brcuti ngan family baru syok.. kita bercuti xpyh bajet bayk2...
kt pd mcm2 ada noh
Best la Qi dapat tengok haiwan tue semua.. best2 dapat meransangkan minda qi betul tak.. Eh masa pi sana kenapa tak perasan pun funfair tue..hehehe..
ReplyDeleteila pun suke je pegi pd tu..dekat, senang, xbyk sgt belanje..klu gi jauh tu kene cuti lama plak..tp klu pegi pd xpenah lg sampai ostrich farm ni..ramai dh blogger review tp xdpt lg nk pegi..
ReplyDeleteSeronok bawa budak2 sebaya Qi ni...dia dah reti dah pandai enjoy the trip..
ReplyDeleteSharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)