Semudah ABCD nak menyediakan resepi "Mango Soya Milkshake" ini tau. Malam tadi suami outstation kerja, tinggallah kami berdua dengan Qaiser ilman. Malas nak masak, tengok buah mangga yang dibeli oleh ibu saudara dah masak ranum sangat. Bila dah ranum sangat nak buat macam mana kan? Takkan nak buat sambal mangga, ish kena masak nasi plak, dah malas buat cara malas. So pikir ada apa lagi bahan dalam peti ais. Terus resepi merepek datang tiba-tiba. Tinkkkkkkkkk! ^_____^V
Kemain deco, julia memang suka deco makanan, bila nak makan atau minum rasa bersemangat cm makan kt hotel, boleh fefeling gitu? Hahahahhahahaha tu sebab banyak pinggan julia semua bertema putih, suka!


So pernah dengarkan Manggo Lassi kan?
Manggo lassi kan terkenal sebab resepi guna susu lembu dan yogurt kan, tapi julia olah semula jadikannya seperti milkshake guna susu soya campur aiskrim vanilla, dan madu. Haaaaaaa semua bahan ni julia tak beli sebab mmg sudah sedia ada kt dapur, bila dok sorang2 ni yang datang idea resepi merapu, Qi plak dok pelik apa lah umi dia semangat tak hingat dok pung pang pung pang kt dapur bersilat dengan buah mangga yang masak ranum sangat2 tu hehehehe

Inilah bahan-bahannya. Madu tu khas dari cameron u olls!

Resepi Mango Soya Milkshake by #juliamasak

Bahan-bahannya:
2 biji buah mangga masak ranum 
1/2 cawan susu soya / susu low fat 
(lagi sedap susu soya rasa lemak)
2 scoop aiskrim vanilla
1 sudu besar madu
4 biji ais ketul
Sedikit gula 

Cara-caranya:
1. Kupas kulit mangga dan buah mangga di potong hiris halus-halus. 
2. Masukkan ke semua bahan-bahan didalam blender buah. Blend sehingga halus.
3. Sajikan dan deco didalam gelas yang cantik. Nak lagi sedap masukkan dalam peti ais sekejap dalam 10 minit baru minum, wallaaaa.
4. Selamat menjamu selera.

Contoh bahan-bahan dimasukkan didalam blender julia.
Bila letak aiskrim vanilla sama madu rasanya macam Ya Allah sedap!
Tak pernah lagi rasa kt restoren mana2, hehehehe best plak buat resepi merepek tp menjadi.

Mujur 2 biji mangga tu tak campak dalam tong sampah malam tadi, hahahahha yelah ranum sgt2 kulit dah jadi kehitaman sikit, lembik, tgn tu cepat je nak baling dalam tong sampah, tapi rezeki ko mangga oiii, Allah bagi idea ciptaan resepi tiba2 jadikan kamu tampak mewah...siapa sangka kan! Julia pun tak sangka...Qi pun tak sangka...hahahahhaha.

Eh korang, cer reka jus minuman fresh mcm rambutan ke, jambu batu ke, dan buah lain2...mana tau ciptaan tu buat lagi sedap...haaaaaaa :)

Suami dah balik outstation pagi tadi, katanya terus buka peti ais breakfast dengan manggo soya milshake ni sejuk2 ko, ko tau apa dia kata?
"Husband wassup sedap!!!!!"
Orang lelaki takkan puji pjg2...jarang nak puji2 la...tp bila diorang puji....rasa bontot terangkat sampai ke langit ko bahahhahahhaha...yeyyyyy berjaya buat suami suka.

Eh korang mmg sedap nak mampus Mango Soya Milkshake ni...mmg berebut malam tadi nak minum ngan Qi, dah tu kena repeat balik la beli buah mangga yg ranum2 tu kan hahahhaha tu lah sapa suh reka resepi merepek kan dah ada permintaan lagi suh buat hehhehehehe suka2.

Korang, cepat buat! Sesuai nak diet malam2 hihi. 
Selamat mencuba.

21 Comments

  1. hoiii betul2 lain macam resepi dik juju ni... ni buat sis bangga dengan ko dik.. hahahaha..
    akak ni diet ke tak diet ke sama je.. semua benda ku telan.. lepas tu tension sengsorang rasa diri dah gemok.. so bila dah ada resepi mango soya milkshake ni, boleh lah sis cuba.. thank you dik juju.. mwahhhh :))

    ReplyDelete
  2. suka manggo lassi..tapi kat umah takde manggola..kena tggu belila..hehehe

    ReplyDelete
  3. Kat tempat bunda ni...tengahari panas sangat...bila nak ke petang mulalah hujan...

    Panas2 dapat minum ni alangkah sejuk dan nyamannya tekak...
    Meh segelas....hehe...

    ReplyDelete
  4. warna dia tu pun dah senada dengan warna tema blog! memang gempak habis la camtu. tergodaaaaaaaaaaaaaa ^_^

    ReplyDelete
  5. tergodanye...
    dahlah tekak skrg nak mkn buah je
    huhuhuhu

    ReplyDelete
  6. huish... baru je makan mangga kelmarin.. nk kena beli lg ni... tp kalo mangga dah ranum sgt, tak payah letak gula sikit pun sedap kan? hehehe.. terliur dah ni.

    ReplyDelete
  7. sedapnya minum sejuk2
    terasa jer di tekak ni
    thanks sharing recipe :)

    ReplyDelete
  8. sedapnya.. sy biasa buat buah mangga 2 bland dgn susu low fat... yg mcm ni kena cubalah jgk... pisang pn sedap bila buat semoties... dtg jln2 smbil tekan2 iklan... ^_^v

    ReplyDelete
  9. huishhh rajin nyerrr!.....tp nmpk sedap bhn2 tu...kalau soya bean ok lah kot. tp yogurt...x sukeeee. hihihi

    ReplyDelete
  10. Wow!! nampak sedap ni. Haahaha harus cuba kalau ada mangga di rumah =)

    ReplyDelete
  11. wahh..dapnye..bole la try nnt..
    meleleh dh tgk ni..

    ReplyDelete
  12. Jue!!! favorite farah nie kalau p makan kat kedai nasi kandar.. mmg kaw rasa dia.. nak buat sendiri jugak la.. tgk cara senang jer nak buat..macih jue share resepi nie.. heee

    ReplyDelete
  13. tengok pon terliur.. mangge terapung tu pon sedap!~

    ReplyDelete
  14. nampak best, tq share yer

    ReplyDelete
  15. boleh bayangkan dah kombinasi rasanya, tq for sharing Julia,nak try lah bila jumpa mangga nanti..:)

    ReplyDelete
  16. hurmmm boleh try ni...lagipon sekrang kat rumah mak memang musim buah mangga...

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)