Assalam semua, salam Ramadan hari ke-11, syukur!
Semalam Julia ada join satu segmen Korang Tanya Bro Jawab dari Broframestone (blogger otai Malaysia). Bro otai ini sudah lama buat segmen soal jawab ini dengan semua follower dia, tapi julia baru perasan di FB, nasib broframestone uar-uarkan di blog, bagus juga dialog bersama dengan otai blogger ini.


Soalan terbaik + Jawapan terbaik dari bro ini cakap dia akan jadikan entry di dalam blog broframestone tau. Siapalah yang bertuah itu kan...sat lagi kita tengok siapa dia.



So julia tanya soalan seperti dibawah ini kepada bro, soalan pertama muncul di kotak komen bro ni, tapi pelik, bro otai jawab semua soalan blogger2 lain, tapi soalan julia masih tergantung je situ, banyak kali refresh nak tahu jawapan dari bro otai, yelah kita kan blogger baru, julia baru berkecimpung dalam blog tahun 2010, otai ini dah lama sejak tahun 2006 so nak juga pandangan dia. 

Ini soalan julia. Jawapan bro semuanya sgt2 relevan, bagi jawapan nombor 1 dan 3 insyaAllah julia akan ikut nasihat broframestone, nanti julia ubah suai.

Tak Sangka! :D
Petang semalam masa sibuk nak buat urusan berbuka puasa, ting hp julia vibrate, rupa-rupanya Soalan Julia tercalon sebagai Soalan Terbaik dari kalangan blogger2 lain, alhamdulilah, terima kasih bro siap buat entry panjang lebar dan 
kupasan menarik tentang isu 
Nanti korang semua click ye 2 link yang julia bagi ini, semoga banyak manafaat untuk semua.

Terima kasih Broframestone, beri kredit pada blog JuliaJohariDotCom. 
Sangat-sangat rasa dihargai dan terharu bagi blog suam-suam kuku julia ini, segala nasihat, pedoman dan tunjuk ajar perlahan-lahan julia akan cuba ubah, berkenaan dengan isu mewariskan blog kepada siapa tatkala bila kita meninggal dunia, 
julia akan cuba pilih rakan blogger atau salah seorang family yang boleh dipercayai, agar secebis kenangan yang tersimpan didalam www.juliajohari.com akan senantiasa diingati dan dibaca oleh pembaca sehingga ke akhir hayat. Amin.

15 Comments

  1. wah... hebat ju... thanks untuk soalan no 2 tau. huhuhu macam lin, akan suruh husband t.over my blog. and now semua gambar2 yang terdedah aurat, lin delete sikit2. semoga sempat la nak hapuskan gmbr yang memberi dosa.

    ReplyDelete
  2. seronoknyaaa...saya pun tengah tunggu turn jugak ni...harap2 terpilih..heehee..

    ReplyDelete
  3. tahniah sis..
    soalan ju tu bagus sangat..
    akk pun tak penah terpikir

    ReplyDelete
  4. bestnyeee ju terpilih..ila sbnrnye xuke sgt gune 'read more' tu..takut org tak terbaca..hihi..nnt ila klik 2 link tu ye..skang tgh bz sket..

    ReplyDelete
  5. soalan yg menarik.. dan dah dpt jwpan dri bro.. :)

    ReplyDelete
  6. wah.. bestnye.. blogger lejen pilih soklan julia.. rase nak lompat2.. tapi tengah lapar tengok entry makanan dekat blog orang lain.. hihi..

    ReplyDelete
  7. Si bro ni kawan sekolej kite dlu julia .haha.

    ReplyDelete
  8. Wahh tahniahhhh soalan akk terpilih.. tapi memang soalan akk tu pun ena tertanya tanya selama ni... Alhamdulillah terjawab juga

    ReplyDelete
  9. Tahniah, Julia memang smart, legasi juga blog ni kan, selamat berbuka :)

    ReplyDelete
  10. sat gi nak pi baca ... tahniah soalan julai terpilih .

    ReplyDelete
  11. salam kenal, salam Ramadhan..
    tahniah kerana soalan terpilih. sebenarnya soalan yang sama kerap terdetik difikiran saya.. sekejap lagi nak pergi baca entri itu juga. tahniah sekali lagi.. ;)

    ReplyDelete
  12. Wah tahniah jue..memang terbaik la soalan jue tue..=D

    ReplyDelete
  13. tahniah Ju...well persoalan yang SA lontarkan pun dah terjawab...hehehehe

    ReplyDelete
  14. Harap ada lagi yang sudi mengajukan soalan macam nie dekat Bro... Tapi belum ada yang berkesempatan..

    Apa kata Julia buat, then bro yang akan jawabkan....

    www.broframestone.com

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)