Tahniah Julia Habibullah | Tiga Tahun
Tanggal 23 Julai 2011
Termeterailah janji pernikahan buat Habibullah Radzali dengan cinta hatinya Julia Johari.
Tanggal 23 Julai 2014
Tiga tahun sudah hari ini, yeyyy Alhamdulilah.
Macam baru je kahwin hahahahhaha....ok what feeling baru kahwin...tu sebab hari-hari nak melawa je kojenya...melawa tuk suami pe salahnye kan kihkih, kalo korang tengok Julia tak lawa takpe, tak rugi apa pun...tapi asben kata lawa ok puas hati titik! hahhaha :p (takyahmuntahhijausangat)
Ok tempoh alam perkahwinan 3 tahun ni macam sesi suai kenal lagi kot, yelah sesi baru nak kenal lagi mendalam...eh ko Julia, sebelum kahwin ko kata dah kenal bakal suami dekat 5 tahun? Apedehal setakat baru 3 tahun kahwin tu kan kan? Alaaaaaaa korang ni, kenal 5 tahun sebelum kahwin dan bersama 3 tahun selepas kahwin tak sama beb, 5 tahun tu lagi azab perkenalan, ujian timbul tenggelam, semua ujian dihadapi, kadang-kadang sampai putus asa, break down sana sini, tapi kalau Allah dah kata dan tetapkan di luh mahfuz, "Julia, Habibullah adalah jodoh kamu". Kau nak kata apa lagi? Tunggu baca dulu sampai habis.
Serius story!
Yup, 5 tahun sebelum itu aku banyak belajar berkorban untuk kenali orang ramai, tapi aku terlupa untuk aku kenali diri sendiri. Bila kita terlampau belajar untuk kenali orang, jaga hati orang lebih mendalam, tak semua bagi 100% fokus...selebihnya hanya main-main sahaja. Sehingga aku terfikir, kenapa seorang mahkluk Allah ni senantiasa tak putus asa mengejar aku, cemburui aku tahap maksima (sampai rasa lemas masih berhubung dengan orang cemburu buta), tetap pendirian katanya untuk memiliki aku, tetap cari maklumat aku, tetap cari no hp aku, tetap hendak berhubung dengan aku 24 jam...kalau ada jam lebih 24 jam dia sanggup, dah tu ko nak apa lagi?
Ko rasa?
Aku rasa nak cari yang terbaik lagi, yang hensem dan tak terlalu cemburu buta. Makhluk Allah ni aku buat tak tahu, malas amik port, walhal Allah dah bagi tahu awal2 sebelum kita lahir di dunia kan, tapi manusia susah nak sedar, apatah lagi aku ini. Degil tak bertempat, masih lihat peluang lain yang belum tentu orang-orang itu bagi komitmen penuh.
Tersedar!
Allah! Bila ujian Allah turun pada ku bertalu-talu, bila berkawan ramai, aku tak rasa mereka itu calon suami ku, sungguh! Aku tak tahu kenapa, kenapa tiba-tiba Allah tarik nikmat itu. Yang aku tahu, bila aku kenal ramai orang, aku tak ada rasa feeling langsung wpun orang itu hensem atau baik sekalipun....terperanjat dalam diri sendiri.
Setelah itu...
Allah beri rezeki pada keluargaku untuk mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah....aku berpeluang untuk mengikuti sekali penghijrahan ini di Kota Suci Makkah dan Madinah. Bila hati berbolak balik, maka solat isthiharah lah paling afdal dilakukan di sana...
MasyaAllah! SubhanaAllah!
Bila hati kita tidak tenang, bila hati kita Allah uji, untuk buat pilihan yang mana satu, kerana ada mereka ternanti2 jawapan di tanahair nanti. Perlu jawapan aku. Aku buat solat isthikharah, aku tawaf 7x, aku berdoa pada Allah tetapkan hati aku dengan pilihan yang satu, tiada 2 dan 3 atau seterusnya.
Hari pertama di Makkah...Solat Taubat...Solat Isthikharah...rasa tenang...setenang air.
Hari kedua di Makkah....Solat Taubat...Solat Isthikharah....menangis...pohon lagi.
Hari ketiga di Makkah....aku buat lagi solat hajat yang sama...aku tawaf sunat 7x kali, sambil tawaf aku berdoa...Allah tetapkanlah hati ku...permudahkanlah :( (Sambil air mata tidak henti2 jatuh menyimbah bumi Makkah)
Justeru.......
Hari yang aku terlupa bila dalam keadaan tawaf sunat 7x keliling Kaabah, Allah tetapkan hati aku...Aku gembira sambil tawaf...tiada tangisan, tapi hati aku kuat, hati ini dari Allah, Allah sudah sampaikan mesej penting dalam hati aku...."Habibullah Radzali (Maksud disebalik namanya Kekasih Allah)"
Tiada dua,
Tiada ketiga,
Dan seterusnya...
Senantiasa menangis lihat gambar ini, itu adalah aku, aku akan pergi ke sana nanti. Bila? Allah luaskan rezeki ku lagi. Amin.
Terima kasih Allah, nyata doa rezeki dari mesej ke hati ini ku sambut dengan rasa tangisan kegembiraan, tiada lagi rasa hati was-was, nyata ia kekal sehingga kami semua selamat pulang ke tanahair Malaysia...Aku sujud syukur Allah, pertama kali hari itu aku lihat hujan turun menyimbah di bumi Makkah...SubhanaAllah!
Lepas pulang ke tanahair, daku beri jawapan. Tiada bolak balik. Kumpul duit sama-sama. Julia kahwin. Alhamdulilah.
Buat mu suamiku "Habibullah Radzali"
Daku tidak pernah cerita bagaimana hati aku diberi ujian berat oleh Allah disini dan di Makkah...
Isterimu berdoa agar cahaya mata yang Allah rezekikan pada kita "Qaiser ilman bin Habibullah (Raja Berilmu Kekasih Allah) ini senantiasa dirahmati Allah"
Jom imbas kembali
Click Video Trailer
Click icon hujung Full Screen untuk efek lebih jelas
Click Video MTV
Click icon hujung Full Screen untuk efek lebih jelas
Itu sahaja hadiah ku padamu....hanya doa. Tiada hadiah bernilai selainnya.
Selamat ulang tahun perkahwinan kita yang ke-3 tahun ye.
Semoga Allah senantiasa jaga perhubungan masjid kita.
Cincin suami khas di beli di Butik Al-Fayed, Madinah Al-Munawwarah |
Ikhlas dari Isterimu,
Julia Johari
23 Julai
21 Comments
selamat hari ulang perkahwinan yg ke3 buat julia & suami..
ReplyDeletekenapa nak nangis je baca nih..
ReplyDeletesemoga berkeklan hingga hujung nyawa
tahniah ju.. x sangka dah 3 tahun kan.. :D
ReplyDeleteterharu sebak sendu baca n3 ju yg ni..
ReplyDeleteHeppy anniversary dear... Semoga berkekalan hingga ke jannah..
ReplyDeleteAmboii bulu mata kalah che ta hik3
Moga sihat dan gembira serta berkekalan hingga ke akhir hayat..
ReplyDeleteTarikh ulangtahun tu sama dengan tarikh lahir en. suami saya..
Selamat ulang tahun perkahwinan julia dan suami. Semoga berkekalan ke akhir hayat. dimurahkan rezeki.
ReplyDeleteSalam perkenalan...:) Happy anniversary Julia & hubby...semoga bahagia hingga ke jannah.
ReplyDeletetersentuh hati fifi bace.. rase macamnak bergenang air mate.. julia.. moge bahagia selalu.. perancangan Allah itulah yang terbaik.. walaupon perit!~
ReplyDeleteTahniah jue!!! Hebat percaturan yg Allah buat kan.. ramai kawan tak semestinya dia jodoh kita.. Hanya Allah tahu apa yg terbaik utk kita.. farah pn kawin dgn husband dpt pertunjuk dari Allah.. kalau tak x kan la umur 19thn dh berani ambik risiko utk hidup berumahtangga... tapi ternyata jodoh yg Allah tetapkan tue tak pernah salah..Alhamdulillah bahagia sampai skrg.. =D
ReplyDeleteHappy anniversary ju....touching baca kisah disebalik nya...semoga kekal hingga ke akhie hayat
ReplyDeleteHepi anniversary dik. Akk pulak yg sebak baca kisah ju. Tahniah.
ReplyDeleteUcap Salam Aidilfitri , mohon salah silap dimaafi,
ReplyDeleteTerkadang kita bicara dan menitip kata, Yang terkadang mengguris rasa, Walau menyepi seketika, Ingatan itu tetap ada. Terima kasih terus menyokong KA , Selamat hari raya, maaf zahir & batin dari KA sekeluarga
Selamat Menyambut Ulang Tahun Perkahwinan anakanda Julia Johari & Habibullah Radzali...
ReplyDeleteSemoga bahgia hingga ke Jannah...aamiin
HAPPY WEDDING ANNIVERSARY SAYANG JULIA & HUSBAND.. semoga berbekalan hingga hujung nyawa.. semoga cepat tambah anak biar ramai biar meriah di hari raya nanti.. hehehhee
ReplyDeleteSelamat menyambut hari ulangtahun perkahwinan dan salam Aidilfitri :-)
ReplyDeleteHAPPY ANNIVERSARY... MOGA BERKEKALAN HINGGA KE JANNAH .. BNYK HIKMAHNYA KAN.. PERANCANGAN ALLAH ADALAH YG SEBAIKNYA...
ReplyDeletetersentuh kisah cinta Julia, alhamdulillah dan tahniah. pasangan yang sangat cantik :)
ReplyDeleteJue.. Kita baru baca.. Tersentuh hati ni.. Huuu...
ReplyDeleteSWEET :)
ReplyDeleteHAPPY ANNIVERSARY DIK :)
alhamdulillah..tahniah dear,semoga berkekalan yea.. :)
ReplyDeleteSharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)