Hello semua readers
You all semua sihat tak hari ini? Hari ini kan hari Isnin, jangan malas-malas tau update entry yang tertunggak itu tau Julia hehehe, jom kita selusuri hari ketiga di Sabah yehaaa...beberapa minggu lepas julia ada up entry yang mengisarkan 1 hari punya aktiviti kan...mmg padat tapi tersangat puas hati...semuanya berjalan dengan lancar hari kedua itu tau, if terlepas dan terlupa boleh click link bawah ini:


Alright, hari ketiga adalah tentatif perjalanan ke Zoo Lok Kawi Wildlife Park, dari Bandar Kota Kinabalu ke sini tak jauh sangat, lebih kurang sejam. Best kan tengok papan tanda besar-besar ini, ini julia snap jauh, tapi bila masuk blog julia zoom sedekat-dekatnya hehehhe...puas hati bagi pembaca julia boleh tengok puas-puas.

Sebelum kita memulakan tentatif untuk perjalan hari ketiga di Sabah, julia breakfast dulu air susu Choclate original made from Desa Diary Farm...hummm tak terkata nikmat rasanya bila menikmati segelas susu fresh dari tentatif hari kedua di Kundasang Sabah...bestttt yang amat. Walid Qi, julia dan Qi segera turun ke kafeteria Hotel Manja, ambil sarapan dulu. Nasi lemak bungkus satu! heheheh

Lepas sahaja sarapan, kami start semula google map di hp, tanpanya kami tak boleh bergerak ke mana-mana, so memang harapkan google map dan tentatif jadual semata-mata yang julia dah set kan sejak awal lagi untuk memudahkan Walid Qi drive tanpa ada sebarang masalah.
Cantikkan tugu kt bawah ini, menjadi kebanggaan sebagai salah seorang orang Malaysia.

Sampai sudah, syukur alhamdulilah. Cantik tau Zoo Lok Kawi Wildlife Park ini tau, parking dia banyak dan luas, so masa kami masuk dalam ini memang langsung tiada kenderaan, happy sungguh kami sebab merancang percutian time bukan cuti sekolah yipppiii....jom masuk!

Harus bergambar dulu!
Alhamdulilah, selama ini tengok dalam internet je tau, sekarang tercapai hasrat julia untuk bawa suami dan anak ke sini. Yeyyyyyyy! 
Tengok wajah keriangan walid Qi....apa lagi julia nak? :)

Masuk-masuk je kt entrance kami di sapa oleh Sumatra Rhinos Bones...weeeeeeebesar betul tulang dia kan...Qi sikit pun tak takut tengok hehehe...at least ilmu pengenalan tentang haiwan dan abdomen haiwan Qi boleh pelajari disini...hebat!

Ini waktu dan jadual untuk masuk zoo disini tau, jangan risau, khidmat trem ada disediakan disini...tak yah jalan panas-panas weh...hehhehe

RM20 Dewasa
RM5 Kanak-kanak
Murah kan? 
Cantik resit dia hehehe leh simpan buat kenangan dalam album :)

Tepat jam 11 pagi, trem dah sampai, alolololo klasik betul trem ini tau berbanding di Semenanjung hihi, paling best dapat tengok aksi Qi sakan eksaited lah haiii nak pi tengok trem itu dekat2 hehehhe jom posing dulu!
Qi siap nak try buat peace tapi jadi 1 hahahha

Sebelum memulakan perjalanan menaiki trem, meh julia kenalkan driver yang sangat peramah. Nama yer lupa la hahah, tapi rupanya pasti tak lupa, sebab dia sangat2 peramah, macam-macam walid QI tanya tentang tempat2 menarik di sekitar Sabah, Qi pun nak dengar sama kikikiki...cer tgk picture bawah tu, kemain ko julia posing xmo kaloh hahahha

Jom saksikan video yang julia rakam melalui instagram, best naik trem ni, ini kali kedua Qi naik trem, kali pertama di Lost World Tambun Perak...hehhee kemain fokus Qi dan walid.
Jom tengok! Click!

Sebenarnya disini keistimewaan haiwan didalam Zoo Lok Kawi berbanding di zoo2 lain seluruh Malaysia adalah Orang Hutan, Monyet (hidung panjang).
Disini julia dan family dapat lihat dekat-dekat, time ini Orang Hutan sakan dok tidur dalam sarang heheh ada yang tengah makan, tapi hanya lihat melalui dari trem sahaja.

Time ini pengunjung dari luar negara pun ramai, suka mereka ambil gambar snap sana sini, mungkin dinegara mereka tiada kan, disini unik haiwan-haiwannya, seronok tengok haiwan liar yang jarang kita lihat...contohnya Tembadau.

Rusa kt sini cantik-cantik...Qi suka tengok rusa...mulutnya tak henti2 bercakap, seolah2 nak peluk kot rusa tu hehhe

Gajah disini luas betul kandang dia....sangat tinggi dan besar tau gajah di Sabah, suara mengaummm gajah terang kedengaran dari jauh seolah-olah memanggil QI utk tengok lebih dekat hehhehe

Banyak sebenarnya haiwan-haiwan disini yang korang boleh tengok secara live, cukuplah julia sisipkan sedikit gambar didalam blog, selebihnya anda sendiri perlu terokai keindahan didalam zoo Lok Kawi yea...kami nak balik dah ke Bandar KK, jom!
Tata.

Tunggu Part 10 kisah pencarian Pearl Asli di Sabah, hari ketiga baru jumpa kedai yang murah dan cantik untuk borong banyak2 cenderahati untuk dibawa pulang ke Semenanjung. Puas hati...kalu free julia up entry nanti ye...byeee!

8 Comments

  1. lawat zoo ni hari 3 slps nikah.. hahaha..

    ReplyDelete
  2. Bestnya dpt jalan Sabah tak ajak pun hehehehe

    ReplyDelete
  3. Bukan main seronok lg si Qi tu eh...mcm x de masalah je jalan2 lama..

    ReplyDelete
  4. pegi 2 tahun lepas tapi few binatang je dapat tengok.. yg lain entah nyorok kot..

    ReplyDelete
  5. weeee...enrty sabah dtg lagiii..
    seronok tgk org jalan2..plak tu ju citer detail..mcm yg bace pun btl2 ade kt sana..hihi..cepat2 update part 10 ok..ehh..ehh..part 10???byknye...haha

    ReplyDelete
  6. tak pergi & tak tau pun kewujudan zoo ni masa ke Sabah haritu hahha kesian I kan.. nway kemain happy anak bujang tu.. hehehe

    ReplyDelete
  7. mase kerje sina dulu.. lalu tengok depan je.. da tak krje dekat sane.. teringin pulak nak pergi..

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)