Prof Muhaya: 10 Tip Jadi Parent
Dari Prof Muhaya
Salam semua...
Jom amalkan 10 tip utk yg nak jadi parent....dah jadi parent.... Yang baru jadi parent semula.... Sama2 kite amalkan.... Terutama tip yg no 6 tu....
1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai
ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya
kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah
apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu,
habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang
sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan
urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.
2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak)
jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita
bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar
lagi maha melihat.
3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita
solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga
selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan
kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak
soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.
4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu
panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita
dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.
5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita
tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya
yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.
6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan
hati kita. Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana
dosa-dosa kita dimasa lampau.
7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan
perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER..
kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya.
Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan
bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .
8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat
keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat.
[Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan
demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa
permohonanku.]
9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi,
hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak
pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang,
manusia tak suka.
10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati
anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak
dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke
neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras
lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa
buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu. via : Prof.
Dr. Muhaya
#silakan share untuk manfaat kita bersama.. Inshaa Allah
12 Comments
Good sharing Umi..thanx :)
ReplyDeleteHabdsomenya dia, peluk pun sedap ni meh aunty nak cubit bole hehe. Thanks for sharing umi Qi, bagi saya yang penting hormat anak lelaki sebagai pemimpin, imam. Walaupun nak ambil botol dari
ReplyDeletemulut dia, cakap excuse me :) dan amal jugak dari Prof Dr Muhaya.
Sori umi Qi, *handsome :)
ReplyDeletegood info umi QI..yg no 2 tu ain slalu amalkan..tiap kali tengok muka budak2 ni time tido..nak cakap je terus meleleh air mata..huhu..
ReplyDeleteThanks 4 sharing Umi Q.. nanti nak amalkan jugak utk Emir..=D
ReplyDeletebagus perkongsian nie
ReplyDeletemudah2an sis tak lupa tips ni bila dah ada anak nanti .
ReplyDeletetq share this tips yer, gd one !
ReplyDeletegood sharing...
ReplyDeleteTQ umi qi for gud sharing..
ReplyDeletekhilafnya kita dalam membsrkan anak..byk sgt yg perlu belajar..danish plak skang btl2 menguji kesabaran..time tgh melasak ni..harap2 ditetapkan iman utk terus bersabar dan tak jemu dalam menjaga amanah Allah yg satu ni..in sha Allah..
semoga kita dapat mendidik anak2 kita dengan sempurna..
ReplyDeleterisau jadi perkara yang Umi QI share aritu pasal anak yang tak makan ajar.. seboleh2 nya kita nakkan anak2 kita menjadi yang terbaik.. InshaAllah.. ;)
Bagus ni..za kn bljr byk dr mommy2 ni..
ReplyDeleteSharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)