Ramai di kalangan kita dan masyarakat di Malaysia masih tertanya-tanya... Seriuskah Penyakit Pneumococcal di Malaysia ni? Haaa itu soalan serkap jarang kan? Sama ada mereka ingin atau tidak hendak beri vaksin ini kepada anak-anak mereka itu terpulang kepada hak individu...ini bukan satu paksaan. Tapi sebagai ibu baru seperti Umi Qi...wajib kita timba ilmu lebih mendalam tentang hal perihal vaksin mahupun imunisasi wajib kepada anak-anak.

Rentetan dari link ini click Party Mommy Blogger Say YES to Pnd Protection, Umi Qi duduk di table depan sekali semasa Datuk Dr. Zul sedang memberikan penjelasan lanjut ttg isu keseriusan penyakit pneumococcal di Malaysia. Lagi sekali, Umi Qi rasa inilah masa terbaik Umi Qi kongsikan serba sedikit sedutan slide yang penting untuk anda (Ibu bapa dan semua masyarakat sama-sama duduk, teliti, fahami, dan ketahui mengenai kajian dan pengalaman doktor2 merawat pesakit yg terkena penyakit pneumococcal.

Datuk Dr. Zul sedang memberikan sedikit taklimat tentang Pneumococcal.


Kajian WHO (World Health Organization) mendapati....banyak2 penyakit yang dijangkiti dari peringkat umur 5 tahun ke bawah ialah label berwarna merah....
Pneumococcal......serius bukan?

Penjelasan tentang penyakit ini. 

Bulatan menunjukkan Malaysia adalah negara yang tidak terkecuali termasuk didalam senarai.

Ini adalah penerangan yang cukup penting sekali....
Rata-rata bertanyakan 'Mahal ke suntikan vaksin ini?' 'Kalau saya tak beri vaksin ini pun xper kot, ada kaedah perubatan lain boleh dipercayai untuk mencegah kan?' 

Itu ada sedikit soalan dari kalangan anda yg bertanya....ada berjuta2 soalan diluar sana yg masih menunggu jawapan dari pelbagai doktor bukan? 

Sila hayati betul2...apa faedah yg anda sebagai ibu bapa dapat dlm jangka masa pendek dan jangka masa panjang?

Ini adalah congakan secara general caj vaksin di Malaysia
Vaksin Pneumococcal: RM245 x 4 kali suntikan 
(jika ambil suntikan sejak awal baby 6 minggu) = RM980
Bil rawatan di Hospital: RM17,826.04 
(jika anak anda terkena jangkitan pneumococcal)

Mana satu pilihan anda? 
Sekarang RM980 atau akan datang baru fikir hendak ambil tindakan kena bayar 
Bil rawatan di Hospital: RM17,826.04 

Salah seorang pesakit baby yang terkena jangkitan Pneumococcal....Allah...sebak Umi Qi tgk anak comel ini :(

Detail baby...

:( Sedih bila tgk keadaan baby mcm ini....

Kesimpulan....

<<<Walaupun ini hanya sekadar entry dan cebisan ilmu pendedahan kepada anda, tapi ketahuilah....Umi QI dan rakan-rakan seperjuangan dalam kempen ini amat-amat berterima kasih sekiranya anda juga bersemangat untuk melaung-laungkan Kempen YES Pneumococcal Vaccine ini dimana-mana sahaja anda berada, sama ada dikalangan keluarga terdekat, sahabat dan masyarakat di luar sana...hebahkan, dedahkan, rungkaikan persoalan mereka...selamatkan anak-anak bangsa kita dari penyakit yang serius melanda tika ini....kerana anda adalah penyelamat utama anak anda...usaha, usaha, usaha, doa, doa, doa, kemudian tawakal pada Allah...selebihnya biarlah Allah pelihara kita dan anak2 kita semua...aminnnn>>>

19 Comments

  1. semoga anakku terlindung drp penyakit2 merbahaya ini..Allahuakbar

    ReplyDelete
  2. Ya Allah..
    bahaya jgk..tapi kita kurang didedahkan dengan vaksin ni..may be sbb mahal+org anggap xpenting..
    Semoga Allah lindungi anak2 kita..
    TQ umi Qi for sharing..

    ReplyDelete
  3. bahaya penyakit ni...semoga anak2 kita dilindungi dr penyakit2 merbahaya ni.. Ya Allah risaunya

    ReplyDelete
  4. saya masih tak paham mengenai fungsi vaksin ni, dia macam mengelakkan daripada jankitan kuman ker... masih tercari² jawapannya.. mmg baca entry umi q jer dapat info ni.. skrg ni macam² penyakit risau dibuatnya...

    ReplyDelete
  5. Semoga ank2 kita dilindungi oleh penyakit2 yg merbahaya..
    InshaAllah..

    ReplyDelete
  6. thanks 4 sharing.

    semoga anak2 yg kena pneumococcal ni cepat sembuh.tak sanggup tgk baby sakit.:-(

    ReplyDelete
  7. sayang terlepas topik best datang lambat

    ReplyDelete
  8. mmg ramai baby yg kene pnyakit nie ... kesian sgt2

    ReplyDelete
  9. hai umi Qi..
    mintak di jauhkan dari segala penyakit2 merbahaya pada anak2 kita..
    selama ni tak penah tahu pon tentang adanya vaksin dan penyakit nie..sungguh jahilnya diri ini huhu..
    tq umi Qi..for sharing this..

    ReplyDelete
  10. ya allah...semoga anak2ku dilindungi allah swt... akan ku cari duit utk buat vaksin ni...ya allah permudah kan urusan ku...

    ReplyDelete
  11. YES.

    umiQi..knor dh biasa jdi doktor utk anak2 sendiri ttg asthma.nti umi Qi teroka pula mgenai penyakit asthma yer..

    pd knor ummiQi adalah pembaca yg bijak.bersemangat setiap kali memberi komen,semangat teruja ituh permulaan kpd kebaikkan..mendidik anak perlukn ibu yg berilmu..walau seorg suri rumah..tahniah..knor bangga dgn semangat ummiQi dlm memdidik anak.

    ReplyDelete
  12. semoga anak2 kita lahir dengan sihat ... aaamin .

    ReplyDelete
  13. tq berkongsi ilmu sama yer !

    ReplyDelete
  14. moga anak2 kita dijauhi dengan penyakit ni...tq share yek umi qi..

    ReplyDelete
  15. ciknaa sedih part ni tau.. sedia utk rania pulak.. yes to Pnd protection!

    ReplyDelete
  16. Mencegah lebih baik dari merawat..

    ReplyDelete
  17. aku baru jer kehilangan cucu tersayang pd 5.1.14 - 2.45 ptg di hospital p pinang. admit pa 31.10.13 lalu. beberapa kali kritikal hingga akhirnya paru-parunya tak mampu lagi menerima oksijen. imbasan nampak paru2 putih sebelah kiri. pemergiannya masih terasa hingga sekarang.. sedihhh tak terkira mengenangkan kenakalan dan keceriaannya semasa hayatnya. umurnya cuma 20 bulan

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)