Pedih Ulu Hati atau Senak?
As Salam bloggers
Pengalaman Umi Qi
mengenai masalah Pedih Ulu Hati
Bila merungkai
tajuk yang Umi Qi mahu paparkan seperti diatas pasti baru2 ini ramai di
kalangan blogger gojes telah up entry yang sama bukan mengenai masalah Pedih
Ulu Hati atau Senak dikalangan Ibu Mengandung....haaaaaaa bila bicara soal ini
Umi Qi lah salah seorang yang pernah mengalami Pedih Ulu Hati yang teruk
sekali...itu setahun lebih yang lepas...dulu Umi Qi tidak tahu macam mana nak
atasi masalah ini masa mengandungkan baby Qaiser Ilman....
Bila kandungan Umi
Qi sudah menjangkau ke angka 4-5 bulan, perut sudah mulai membesar, kerap kali
Umi Qi dihinggapi dengan masalah Pedih Ulu Hati dan Senak yang berpanjangan
bila hendak tidur...dan tambahan pula Umi Qi jenis yang suka makan makanan yang
pedas, itu mungkin faktor utama penyumbang kepada masalah lebih parah...
Jikalau setahun
yang lepas Umi Qi berpengalaman punya masalah Pedih Ulu Hati yang berpanjangan
semasa mengandung, tidak pernah terfikir ada jalan penyelesaian untuk atasi
masalah tidur dengan selesa...baring pun salah, berdiri pun salah sbb tiap kali
nak duduk pun masalah pedih ulu hati makin teruk jika tersalah makan makanan
yang berminyak atau pedas....masa itu Umi Qi belum ketahui ada ubatan untuk
atasi masalah ini dari berlanjutan.
Kini, baru Umi Qi
tahu, untuk anda yang sekarang tengah mengandung dan punyai masalah yang serupa
macam Umi Qi, belilah Gaviscon...sbb ia adalah pembantu utama untuk anda berasa
selesa....cuba baca keterangan yang disumbangkan kepada Umi Qi seperti dibawah.
****************************************************
Artikel ini
disumbangkan oleh Gaviscon
Setibanya khabar
pasangan hidup mengandung, kegembiraan pasti memenuhi kedua-dua bakal ibu bapa.
Persediaan rapi dibuat untuk menyambut kelahiran ahli keluarga yang tercinta,
tanda kasih dan cinta antara suami dan isteri.
Namun demikian,
tidak juga dapat dielakkan dugaan yang hadir ketika si isteri mengandung. Pedih
ulu hati dan senak berkemungkinan berlaku dengan kerap dan ini
mendatangkan ketidaksenangan kepada ibu-ibu yang mengandung.
Marilah kita
bersama-sama lebih mengenali mengapa pedih ulu hati dan senak lebih kerap
antara ibu-ibu mengandung dan apakah cara ataupun langkah yang boleh diikuti
untuk mengurangkan ketidaksenangan ini.
Senak ketika
mengandung boleh berlaku kerana perubahan hormon ketika mengandung, dan
kemudiannya kerana perut ditekan rahim pada peringkat akhir kehamilan. Pedih
ulu hati pula diakibatkan oleh aliran asid perut dari perut ke esofogus anda.
Tanda-tanda pedih ulu hati termasuk rasa loya, sendawa, dan rasa pedih yang
hangat di dada.
Untuk memahami
pedih ulu hati dan senak ketika kehamilan dengan selanjutnya, sila
click Gaviscon.
Sila lihat kepada
infografik di bawah dan beritahulah saya bagaimana anda menangani dugaan
yang datang ketika anda mengandung?
4 Comments
bagus entry sis
ReplyDeleteknor alhamdulillah...rasanya tak ada masaallah ulu hati ni..
ReplyDeletegood info..tq ummiQi
Thnx umi qi for sharing..
ReplyDeletegreat info.. alhamdulillah so far belum pernah kena lagi sakit ulu hati..
ReplyDeleteSharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)