As Salam bloggers dan semua pembaca setia blog Umi Qi

Mohon baca venue dibawah
(Qi jadi model YES untuk peraduan Foto Baby Says YES!)


Alhamdulilah, syukur Alhamdulilah Ya Allah! 
Umi Qi lagi sekali menerima undangan khas dari Puan Chan Li Jin (Pengasas Program Kempen YES Pneumococcal Vaccine) dan dari mommy Erina Asmawani untuk turut serta terlibat dalam majlis Party Mommy Blogger yang telah dilaksanakan hari sabtu lepas di KPJ Selangor, Shah Alam.

Berdebar-debar je rasa nak pi party nih tau, sebabnya ia party khas untuk mommy-mommy blogger yang menyokong kempen YES baru-baru ini di Tropicana City Mall, justeru itu Puan Chan Li Jin dengan berbesar hati nya telah menganjurkan party khas ini buat kami semua...syukur itu nikmat! 

Party ini sangat berinformasi, kerana bukan setakat party, tetapi party ini ada mesej yang hendak disampaikan kepada kami dan anda semua... nanti Umi Qi jelaskan in detail pada entry akan datang beserta sedikit slide-slide yang ditayangkan pada tempoh hari.

Orang kuat Umi Qi!
Walid Qi senantiasa menemani Umi Qi dimana-mana Umi QI berada..tabikkk hormat! :)

Doktor pakar juga terlibat di dalam party ini iaitu Datuk Dr. Zulkifli dan Dr. Yong Junina, doktor-doktor yang diundang khas ini telah banyak memberi info secara lanjut mengenai:- 
Apakah itu Penyakit Pneumococcal? 
Demostrasi Urutan Bayi; dan
Demostrasi "Bantuan Kecemasan Untuk Kanak-kanak"



Apakah itu Penyakit Pneumococcal? 

Datuk Dr. Zul sedang memberi taklimat dan penjelasan lebih lanjut ttg info pneumococcal di kalangan bayi dan kanak-kanak... Umi Qi ditemani juga bersama-sama dengan adik kedua iaitu Ita...adik ita nih baguss senantiasa menemani akaknya dan menyokong kempen ini...beliau juga turut serta dalam aktiviti yg dijalankan...

Jgn fikir ia untuk mereka yg sudah berkahwin dan sudah ada bayi sahaja boleh join kempen ini, Anda yang masih single dan belum berkahwin harus mempunyai ilmu ini...nanti dah kahwin anda sudah ada ilmu untuk hadapi situasi kecemasan terutama anak-anak anda. 


Demostrasi Urutan Bayi
Ini adalah gambar model bayi Rania Marissa (mama ciknaa), Umi Qi dan ciknaa dua orang berkonvoi dari Gombak ke KPJ Shah Alam dan ditemani suami masing2 dan juga anak. Ciknaa nih beruntung sangat2 sbb baby beliau dijadikan model untuk Demonstrasi Urutan Bayi. Cuba tgk gambar bawah ni seronok baby rania kena urut dengan Datuk Dr. Zul...

Umi Qi ada ambil video khas sesi urutan ini...nanti Umi Qi detailkan yer pada entry akan datang ye :)


Datuk Dr. Zul dukung Qaiser ilman...hehehhehe lucu tau Qi nih, kali kedua Qi berjumpa dengan doktor zul, seronok dia kena dukung, tp kesian lah kt doktor zul, Qi tuh dah la berat lebih 10kg....habiss lah hehhehe

Demostrasi "Bantuan Kecemasan Untuk Kanak-kanak"
Umi Qi belajar secara langsung dengan nurse-nurse KPJ tentang cara kaedah CPR baby dan todler yang betul sekiranya baby tercekik, tidak mempunyai sebarang respon dan cara kita hendak kendali situasi kecemasan...jangan panik ye bila anak-anak tidak menunjukkan apa2 respon...sbb itu kita kena ada ilmu CPR dalam diri parents....wajib!

Umi Qi tersangat puas hati dapat timba ilmu ini...terus terang jika masalah ini terjadi pada Umi Qi dan terjadi depan mata pada orang lain, insyaAllah Umi Qi sudah tahu langkah pertama yg Umi Qi kena buat :)

Selepas tamat 3 sesi tersebut...kami semua bergambar ramai-ramai dengan doktor-doktor serta teman-teman mommy blogger gojes supermom and baby club!
We all say YES to PnD Protection!

Sebelum balik, semua tetamu menerima door gift dari KPJ Selangor..ini adalah kad official...sila layari web yg Umi Qi paparkan ini untuk ketahui info lebih lanjut.
Hadiah cenderahati khas dari Puan Chan Li Jin, pengasas program ini. 
Terima kasih Puan Chan Li Jin, Umi Qi hanya penyokong untuk program YES ini dan sgt2 berhasrat agar titipan entry Umi Qi dan sokongan blogger-blogger mommy yang lain dapat menyalurkan info-info lanjut didalam blog untuk bacaan masyarakat di luar sana agar turut serta  menyokong program ini. 

<<<Di harap, Kuasa Suara Ibu mendapat perhatian oleh pihak kerajaan agar pemberian vaksin pneumococcal ini boleh diberikan secara percuma di semua rangkaian hospital dan klinik kerajaan, entry detail slide dan video party YES ini akan Umi Qi ke udarakan tidak lama lagi....tungggguuuuuuu>>>

14 Comments

  1. bestnye umi qi dpt jemputan mcmni...

    ReplyDelete
  2. best sgt dapat join party ni..berbaloi2 umi qi oi..

    ReplyDelete
  3. bestkan umi qi...next time boleh buat lagi =)

    ReplyDelete
  4. ciknaa dok cakap ape dlm kereta otw tu kat epul..umi Qi orang besar tau dalam party nih.. tak caye epul.huhu


    tQ tau ada video tu.nak tengok balik~! ku cepat ilang ingatan :)

    lagi 1, thanks tau sudi konvoi dgn kami umi Qi..

    thanks jgak utk rambutan..

    pergh! cukup panjang tak komen?hihi

    ReplyDelete
  5. tq ju taklupa kitaorag utk event ni.
    micha suka jue.
    very the ramah tamah & gebus.
    nanti ade event jgn lupakan kitaorg lagi tau.
    kitaorg sudi jek meriahkan majlis :)

    ReplyDelete
  6. selain dapat menambah ilmu pengetahuan.. dapat jg menajalinkan hubungan ikatan persahabatan kan Umi..

    ReplyDelete
  7. bestnye..
    semalam erina kuar paper..lama btl dia menyepi kt blog..sedih lg kot..
    moga adik Aqil tenang bersama bidadari2 syurga..Al fatihah..

    ReplyDelete
  8. jue, cmne nak mintak gambar dr pn.li jin tue?

    hr tue ms nak balik, nak amik gambar ngan doktor
    tp die kate, biar die amik je gne kamera die

    ReplyDelete
  9. Mesti byk ummiQi dpt ilmu , itu yg pentingkan..

    ReplyDelete
  10. wah bagusnyer dapat tambah ilmu lagi !

    ReplyDelete
  11. Tak dpt nk join sbb ada kenduri..
    Sabtu ahd pnuh jek agenda..
    Sampai bukak sekolah nun..
    Cantik ummi Q punya outfit..

    ReplyDelete
  12. Rajin ju join event camni. Dapat gud info kan. Len kali hello hello akak tau kalau ada event yg berfaedah.

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)