Theme:
mommy&baby moments
tak kisah sama ada korang ade sweet, sour, pahit, kelat, sugarcandy, candycrush, scrumptious sugar moment bersama anak-anak tersayang.


How it work:
JOIN/FOLLOW blog mommycha dulu.
Buat satu entry paling ringkas mengenai gambar yang korang hantar.
Ikut KREATIF/INOVATIF masing-masing.
Silalah letak link di entry anda mengenai GA ini.
Dalam gambar tu mesti ade gambar korang & anak masing-masing.
SATU gambar sahaja, okeh?
Kalo anak orang lain dikira DISQUALIFIED hahahahaha!
Pastu tinggalkan jejak link entry dekat
RUANGAN KOMEN sticky post ini.

Tarikh Tutup: 1.12.2013 (AHAD)


********************************************************************* 




Kenangan itu.....waktu hari sakit.

Wahai Micha....
Kali ini kami sang ibu dan anak menyaksikan sekeping gambar buatmu micha...
Gambar yang langsung tidak menunjukkan kegembiraan mahupun rasa gula sekali pun.... :(

Peritnya rasa sakitnya, peritnya menyaksikan jeritannya, perit melihat rengekkannya tanpa henti, perit ke hulu ke hilir berjumpa doktor, peritnya terpaksa warded kerana seminggu tiada tanda2 ia sembuh......itulah pengalaman Umi bersama Qi........micha. 

Tetapi perit itu bersama-sama dengan air mata bernama ibu....
Ke mana sakitnya anak, disitu air mata ibu mengalir secara terang-terangan mahupun dalam hati....
Tangisan itu adalah doa....doa semoga hari sakit teruk yang melanda si Qi hinggap dan singgah kepada ku....
Tidak sanggup melihat dia menderita, tidak sanggup melihat anak matanya menceritakan sakitnya, tidak sanggup seharian tanpa melihat gelak ketawanya.....nyata ia seksaan yang cukup berat sekali untuk ditanggung bagi seorang bernama Umi.....

Suka dan duka bersama anak tercinta, ia memerlukan berjuta pengalaman untuk dikongsikan sehingga ke hembusan terakhir....Allah!

Micha, ku tahu anakmu Mikayla dalam rawatan dan di warded di Hospital kerana sakit yg sama seperti Qi....semangat utk mu Micha, bertabahlah dan bersabarlah....tangisan seorang ibu yang mengharapkan doanya diperkenankan oleh Allah senantiasa terbuka micha...berdoa dan bertawakallah...moga usaha untuk menyembuhkan kayla senantiasa Allah lindungi....aminnnn

<<<Micha, tak menang pun x per, cuma nak sampaikan doa dan semangat buatmu micha cantikkk...mmmuahhh>>>

12 Comments

  1. menitis air mataku umi qi..bila anak sakit, hati ibu paling sakit.. (T.T)

    ReplyDelete
  2. umi qi..nak nangis baca...umi qi mmg baik..sayang awak

    ReplyDelete
  3. Sedih pilu & sebak bila baca cerita Umi QI.. apa2 pn semoga dipermudahkan segala urusan hendaknya..

    btw all the best yer Umi QI

    ReplyDelete
  4. Terharu Bunda....begitulah hati seorang ibu...bunda dah byk kali mengalami suka duka bersama anak2 sayang...

    Kalau boleh ditukar ganti biar rasa sakit itu berpinda kpd kita siibu...

    Subhanallah..semua suke duka dalam membesarkan anak2 terimalah sebagai nikmat yg dikurniaNya....Hanya Dia maha mengetahui....Ganjaran utk semua itu adalah rahsiaNya...Allahuakbar..

    ReplyDelete
  5. sedih pulak baca nukilan ko Ju.hmmm neway gud luck weh~

    ReplyDelete
  6. Gudluck yer.. sob..sob ..sob.. kte touching nih huhuhuhu

    ReplyDelete
  7. semoga allah permudahkan semuanya . good luck ...

    ReplyDelete
  8. jue.
    sebak tau Micha bace.
    insyallah ade rezeki boleh menang.
    GA ni GA penuh suka duka.
    :)
    tq JUe sebab joi.
    love u.
    love Qi.

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)