Pertanyaan email seorang pembaca kaum ADAM
Tahukah anda?
Rupernya ada pembaca tidak mengira peringkat umur dan kelas sedang membaca blog entry terkini dan entry lepas2 milik anda?
Haaa...x sangka kan, blog Umi Qi yg kelam lagi suram nih pun ada yg ambil perhatian bukan setakat kaum Hawa malah kaum Adam sendiri pun baca blog u olls tau...termasuk Umi Qi nih haaaa....melopong jap daku hehhe
Encik Safwan Alias salah seorang pembaca mewakili kaum Adam...terima kasih ye sudi ambil berat ttg isteri dan bakal kelahiran cahaya mata anda x lama lagi...saya langsung tidak mengenali anda...tetapi anda telah berikan maklumbalas didalam email saya buat saya sejuta terharu...ya terharu kerana anda mengambil berat akan isteri anda sendiri...
Saya sebagai isteri dan wanita serta merangkap isteri2 diluar sana pasti terharu dan bangga jika kaum Adam yg bergelar suami ambil berat akan situasi dan keadaan isteri anda msg2....syabassssssss!!!
Link yang Encik Safwan Alias baca sudah semestinya ini kan?
Ini adalah pertanyaan Encik Safwan Alias....Umi Qi tlg boldkan ayat dibawah...senang baca sebab gambar nih kurang jelas.
Assalammualaikaum.....
Saya ada terbaca blog puan berkenaan pengalaman bersalin di Pusrawi. Saya ingin bertanya, adalah Pusrawi membenarkan suami menemani isteri dalam labour room dari awal hingga akhir proses kelahiran? Sebab saya ada terbaca, ada hospital yang hanya membenarkan suami masuk menemani isteri setelah kepala baby sudah nampak dan suami perlu keluar semula setelah baby selamat lahir. Masa persiapan sebelum dan selepas melahirkan dan pun suami boleh teman tak? Satu lagi soalan, boleh tak kita request nak doc dan nurse perempuan sahaja yang lakukan semua procedure untuk kelahiran? Harap puan sudi untuk membalas pertanyaan saya ini.
Terima kasih.......
Ini adalah maklumbalas Umi Qi didalam email....
Waalaikumsalam wbt Encik Safwan...
Terima kasih kerana sudi baca blog With Julia entry berkenaan Pengalaman Bersalin di Hospital Pusrawi, KL.
1) Jawapan kepada pertanyaan pertama Encik Safwan Alias mengenai boleh atau tidak suami menemani isteri di labor room dari awal hingga akhir proses kelahiran, masa persiapan sebelum dan selepas melahirkan dan pun suami boleh teman tak?
Jawapan saya ialah kesemuanya BOLEH! :) Dari awal sampai hospital, booking bilik labor room, temani isteri sehingga check out dari labor room, suami dibenarkan bersama-sama dgn isteri anda sehingga baby keluar dan diazankan. Pengalaman saya cukup berpuas hati dgn layanan dan perhatian segera yg diberikan oleh Hospital Pusrawi. Cukup mengkagumkan. Anda bertuah jika pilih Hospital berkenaan.
2) Jawapan kepada pertanyaan kedua ialah boleh tak kita request nak doc dan nurse perempuan sahaja yang lakukan semua procedure untuk kelahiran?
Jawapan kedua saya ialah BOLEH! Doktor O&G saya ialah Dr. Nor Fidak Samsudin dan Nurse saya ialah Cik Hana...mereka berdualah tiap2 bulan saya buat checkup progress baby dalam perut sehingga saya melahirkan merekalah yg sambut baby pertama saya. Kesemuanya adalah perempuan, sebab hubby saya pun request doktor perempuan dan nurse perempuan sahaja.
Terima kasih sekali lagi kerana Encik Safwan Alias bertanyakan soalan yang cukup membina utk keselesaan isteri anda sendiri, syabassss saya ucapkan!
Yang benar,
Julia Johari Akil
Belum baca entry penting ini?
Click: 1st Vaksin Pneumococol Baby
Tindakan segera anda menyelamatkan anak2 kesayangan kita... :)
<<<Semoga ia memberi manafaat utk rujukan kaum Adam yang bergelar bapa dan akan bergelar bapa tidak lama lagi....kami sebagai kaum Hawa rasa bertuah jika kaum bapa ambil berat seperti salah seorang pembaca Umi Qi, Tahniah dan Alhamdulilahhh :) >>>
8 Comments
mcm best kan kt pusrawi tu..panel uia gak, tp ciknaa kene tambah byr sikit.. errr, booking GMC jela, dekat ngan umah :)
ReplyDeleteBlog Ju mmg informative,
ReplyDeletedats y people senang membaca blog With Julia ni..
Congrats Ju ;)
seronok dapat bagi info pada yang memerlukan kan ;)
ReplyDeleteseronok kalau dapat membantu kan...
ReplyDeleteBagus la en safwan nie survey untuk org umah...terharu plak...ehhh
ReplyDeleteassalamualaikum ... alhamdulillah . lbh mudah dan tak rasa malu la nanti ...
ReplyDeleteMintak2 Master nanti prihatin camni ke Mommy.
ReplyDeleteamboi ada yang siap hantar pertanyaan lagi tu hehehe
ReplyDeleteSharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)