Akikah Qaiser ilman
Alhamdulilah syukur pada Allah SWT...
Niat di hati Umi dan Walid nih mmg nak akikah si anak melalui cara sederhana dan mengikut lunas2 yg disyariatkan Islam sempena Hari Raya Aildiladha 2012 yang lepas...yang penting perkara wajib dh selesai dilaksanakan...amin.
"Tiap-tiap anak itu tertebus (terpelihara daripada kemudaratan dan kemungkaran) dengan akikahnya. - Maksud Hadis."
Selepas je lahirkan Qaiser ilman bin Habibullah, si walid giat berusaha mencari satu firma yang menjalani program akikah utk warga yang memerlukan dan tempat yang ramai umat Islam yang miskin.
Maka pencarian melalui hp smartphone melalui web2 giat dijalankan oleh si walid...
Dengan izin Allah SWT..maka jumpalah kami dengan web berkenaan
Sila click: http://www.korbanaqiqah.com.my/bmportal/
"Ibadah akikah telah berjaya dilaksanakan di"
Negara Kemboja
Masjid Jami-ul-Akla-Pongro, Pangro, Chhlong, Kratie, Kemboja.
Oleh Al-Ameen Serve Holding
pada 20 Oktober 2012
Inilah Sijil Akikah yg diterima...syukur!
Cantik je sijilnya...cute miut hehhe
"Dalam sebuah hadis lain Rasulullah bersabda;
“Rasulullah S.A.W telah memerintahkan kepada kami untuk mengaqiqahkan anak lelaki dengan dua ekor kambing dan anak perempuan dengan satu ekor kambing.” Hadis riwayat Ibn Abi Syaiban.
Hadis di atas secara keseluruhannya menunjukkan dua perkara;
Pertama; baik anak lelaki mahupun perempuan, sama-sama disyariatkan supaya dilaksanakan aqiqah.
Kedua; perbezaan bahawa anak lelaki dengan dua ekor kambing sedangkan anak perempuan dengan satu ekor kambing. "
Sememangnya anak lelaki sebaik-baiknya diaqiqahkan dengan 2 ekor kambing, akan tetapi seekor kambing sudah memadai bagi tujuan menunaikan tuntutan ibadah aqiqah tersebut. Ini kerana Rasulullah S.A.W. sendiri melaksanakan aqiqah untuk cucu baginda dengan seekor kambing sahaja.
Dalam sebuah hadis diriwayatkan;
“Bahawa Rasulullah S.A.W telah mengaqiqahkan Hassan dan Hussain dengan satu ekor biri-biri.” Hadis riwayat Abu Daud.
Seperti yang kita sama-sama ketahui bahawa bagi anak lelaki sunat diaqiqahkan dengan 2 ekor kambing, dan bagi anak perempuan sunat diaqiqahkan dengan 1 ekor kambing, akan tetapi jika sekiranya seekor lembu atau unta disembelih dengan niat menggantikan tujuh ekor kambing atau 7 bahagian aqiqah, maka ia dibolehkan. Wallahuaklam
Semasa walid Qaiser sibuk sembang2 dengan Tuan Haji di firma berkenaan, sempatlah umi julia belek buku2 dan gambar2 akikah yang berjaya dilaksanakan di Kemboja...seronok melihat anak2 dan keluarga2 Islam di Kemboja mendapat daging akikah oleh umat Islam di Malaysia.
Nih lah gambar anak2 di Kemboja...senyuman dibibir mereka adalah sejuta kali rasa perkongsian kegembiraan dirasai oleh rakyat Malaysia...masyaAllah!
Moga2 kalian para ibu bapa di luar sana yang berminat untuk menjalankan ibadah akikah dan korban bolehlah menelusuri web di atas dan ia adalah diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.
Mufti Kerajaan Kemboja "Saya mewakili umat Islam Kemboja mengucapkan ribuan terima kasih kepada para peserta yang kasihan akan umat Islam di Kemboja. Semoga ibadah korban akikah kita diterima oleh Allah SWT".
Mari tonton video akikah 1433hij yang berjaya dilaksanakan di Kemboja, moga kita sama2 dapat manafaatnya...aminnn
Video di atas menceritakan suasana dan aktiviti gotong royong ibadah akikah yang dilaksanakan di Kemboja, pertama kali melihat aktiviti kerjsama gotong royong akikah dilaksanakan di sana...masyaAllah! Wpun diri ini tidak pernah berada disana...tetapi perasaan gembira dan syukur terbit di hati tatkala melihat setiap seorang menjamah daging akikah yg telah siap dimasak.
Cantik betul masjid dalam video berkenaan...jika di panjangkan umur dan rezeki oleh Allah, permudahkanlah hamba mu ini untuk menziarahi umat Islam Kemboja di sana pula....aminnn
Mana tahu, jika si anak besar nanti, akan umi dan walid ceritakan perihal ibadah akikah yg dilaksanakan disana menerusi video diatas...tuan haji ada beritahu video berkenaan ada salah satu ekor kambing akikah untuk Qaiser ilman...Terima kasih pihak Al-Ameen dan Terima kasih Ya Allah!
4 Comments
alahmdulilah ju.. yg penting kita laksanakan ikut sunnah. dan harap2 sgt2 apa yg kita laksanakan, dipandang Allah,
ReplyDeletejgn nk buat sunnah, tpi jadi haram o makhruh. itu yg kita paling takut kan..
bagusnya! mama tak tau pun leh buat akikah camni. kitorang dulu join akikah kat masjid kat kg yg mana pastu terus ramai ramai buat kenduri edar makanan kat rumah anak yatim.
ReplyDeletealhamudillah....
ReplyDeleteeh..name anak qaiser..amy pun..tapi umar qaiser :)
ReplyDeleteSharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)