Tajuk diatas????
Mesti ramai para ibu bapa diluar sana memikirkan perkara yang sama juga kan?
Termasuk Umi Julia sendiri....haaa pengalaman Julia semasa tempoh umur baby sebulan memang jadual tidur si baby tunggang terbalik...itu x campur dia merengek mcm2...

But then..menjelang umur dia masuk 3 bulan lebih sekarang...sudah almost sebulan lebih baby Qaiser ilman tidur seperti gelagat orang dewasa...ini kerana faktor dari hasil pembacaan julia dibawah...and it's really works :)

Now...tepat jam 8 malam baby akan last menyusu...and then mommy akan terus padamkan lampu untuk ajarnya tidur dengan sendirinya tanpa apa2 bantuan ye...cth seperti dodoian dan buaian tidak ada dalam senarai mommy sejak awal2 kelahiran baby...jam 4.30 atau jam 5 pagi setiap hari baby Qaiser ilman bangun dengan sendirinya...no jeritan minta susu langsung selama pemerhatian sebulan lebih...responnye hanya adalah bangun tanpa teriakan minta susu...bangun hanya celik2 mata dan bermain dgn tangan hehhe kadang2 kena set masa dia bgun utk dia terus menyusu jam 5 pagi setiap hari sebelum bersiap2 pergi solat dan ke tempat kerja.

So, now almost nak masuk 2 bulan, baby Qaiser yg baru hendak mengenjak umur 4 bulan hjg bulan dis 2012 nih dia dpt membandingkan siang dan malam secara teratur dan tidur dengan sendirinya, jgn fikir anak2 anda seawal umur itu belum faham cara kita mengajarnya, dia mendengar dan melihat setiap hari maka anda kena kuat bersabar untuk melatihnya setiap hari...alhamdulilah, saya berjaya mempraktikkannya...moga perkongsian ilmu dibawah dpt membantu anak2 kita semua untuk mendisiplinkan masa tidur dan bila bermain...

*********************************


Anda perlu mengajar bayi anda sedikit demi sedikit bagaimana untuk tidur sepanjang malam. Para pakar tidak sependapat mengenai cara terbaik untuk melakukannya dan terdapat pelbagai falsafah yang bercanggah. Beberapa cara penyelesaian utama digariskan di bawah.

Penyelesaian 1 
Bayi anda boleh dilatih untuk memperolehi tabiat tidur yang baik seawal usia enam minggu. Caranya ialah mewujudkan rutin tidur malam dan tidur siang yang konsisten dan meletakkan bayi di atas katilnya semasa dia masih berjaga. Selagi anak anda boleh tidur dengan sendiri, anda boleh melayan panggilannya pada waktu tengah malam atau semasa tidur di siang hari. Gantikan sebarang asosiasi tidur yang bergantung kepada kehadiran anda (apa saja yang memerlukan anda berada di situ seperti dodoian atau penyusuan) dengan barang lain yang akan berada di situ semasa bayi anda terjaga (seperti selimut kegemarannya).

Penyelesaian 2 
Anda mahu melakukan yang terbaik untuk anak anda dan membantunya membentuk tabiat tidur yang baik merupakan sebahagian daripadanya. Anak anda belum faham lagi mengenai apa yang terbaik untuknya dan akan menangis jika dia tidak mendapat apa yang dia mahukan. Matlamat anda ialah membantunya tidur dan belajar tidur dengan sendiri.

Penyelesaian 3 
Latihkanlah bayi anda untuk tidur dengan sendiri serta dapat menenangkan dirinya sendiri apabila dia terjaga. Anda boleh membantunya membezakan antara malam dan siang dari mula dengan mengadakan penyusuan malam dalam keadaan senyap dan tenang, manakala di waktu siang, mengejutkannya jika dia tidur terlalu lewat. Lama-kelamaan dia akan belajar untuk menyimpan tidur panjangnya untuk waktu malam. Jika dia terjaga, gunakan suara anda untuk menenangkannya tetapi lebihkan tempoh masa antara jarak waktu anda mendekatinya. Ini akan membantunya belajar tidur dengan sendiri.

Penyelesaian 4 
Bantu bayi anda untuk relaks dan biar dia tahu bagaimana menenangkan dirinya sendiri. Jangan biarkan dia "meluahkan tangisannya," tetapi jangan pula terus pergi kepadanya apabila dia mula merengek. Tunggulah beberapa minit dan pastikan dia benar-benar terganggu dan terjaga, barulah masuk ke biliknya, meyakinkannya dan menenangkannya tanpa mengangkatnya keluar dari kot atau raganya. Sebaliknya, usap dan tenangkannya dengan menggunakan tangan anda dan bercakaplah dengannya. Pada mulanya, pergi kepadanya setiap beberapa minit, tetapi lama-kelamaan panggilkan namanya saja dari luar bilik. Adalah satu idea yang baik untuk mewujudkan rutin waktu tidur yang tenang dan menyokong yang meliputi cerita pengantar tidur, mandian dan lain-lain.

Penyelesaian 5 
Bina sikap tidur yang positif dalam anak anda dengan sentiasa menyokongnya selain memberikannya persekitaran yang tenang dan relaks yang akan membuat dia mengantuk. Dia akan belajar menganggap tidur sebagai sesuatu yang menyeronokkan, dan bukan sesuatu yang ditakuti.

Tidak terdapat cara yang "betul" untuk menggalakkan anak anda tidur sepanjang malam. Anda perlu memilih penyelesaian yang sesuai bagi anda dan keluarga anda.

Resource at : http://www.babycenter.com.my/a1036680/mewujudkan-tabiat-tidur-yang-baik-0-3-bulan#ixzz2DPCxlK5V



Alright mommy! Ready to sleep well now! Good night mommys mmuahhhh ;*

 

4 Comments

  1. ic.. tq 4 info =)
    erk, tasneem dh 6 bln sempat lg nk ajar kot....harus gigih...hehe

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah anak aty takde masalah tidor...:-)

    ReplyDelete
  3. Setuju. Saya pilih penyelesaian num 4 dan 5. Pastikan persekitaran senyap dan gelap. cepat dia tidur yang lain lain tu nanti boleh aula share pulak

    Alergi? 8 Punca Ekzema anda perlu tahu

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)