Apa orang kata...
Semua kita hendak tahu,
Semua kita hendak ambil kisah,
Kenapa?

Ada orang kata...
Eh, kau bawa kereta kecil je?
Hati kita kata, 
Aku tidak berhutang,
Tidak menyusahkan orang.

Ada orang kata...
Anak kau nih hitam, anak kau nih putih sgt la,
Hati kita kata,
Warna kulit tidak penting,
Asal dia besar nanti sihat serta menjadi anak soleh dan solehah.

Ada orang kata...
Kenapa kau asyik pakai baju biasa2 je?
Hati kita kata,
Biar biasa2 asal duit pelaburan dibank senantiasa ada untuk hari tua.

Ada orang kata...
Aku bosanlah dgn kerjaya sekarang,
Hati kita kata,
Bersyukurlah dgn rezeki Allah berikan,
Ramai lg diluar sana menggangur krna tiada pekerjaan.

Ada orang kata...
Anak kau cukup ke kasih syg jikalau kau keluar bekerja?
Hati kita kata,
Anak sekecil itu memahami erti pengorbanan uminya kerja keras utk si anak,
Agar pabila ia besar ksh syg senantiasa mengalir hingga ke hjg nyawa.

Ada kita dengar Allah kata?
Ada kita dengar Rasul kata?
Ada kita dengar?
Tepuk dada, tanyalah iman didada.

Maka, jgnlah selalu terasa apa org lain kata...
Kelak diri membawa derita...
Tetapi dengarlah Allah dan Rasul berkata...
Sampai ke syurga kita hidup bahagia. :)





-Ciptaan Puisi Karya Umi Julia
10.00 am Khamis 20122012-





3 Comments

  1. Mmng..kalau asyik dengar org kate..tak kemane lah kite..

    ReplyDelete
  2. Mmng..kalau asyik dengar org kate..tak kemane lah kite..

    ReplyDelete
  3. Jejalan sini...
    Cukup mendalam puisinya... nice!
    Stuju tu... biarlah orang nak kate...
    Asal kita tau... arah dan tujuan kita..

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)