Pada bulan pertama, adalah tempoh yang penting bagi bayi. Ada tiga perkara utama perkembangan si kecil yang boleh anda mesti perhatikan. Tiga perkara tersebut ialah kebolehan belajar, keupayaan bertutur dan kemampuan sosial.

BULAN PERTAMA

• Belajar
Untuk anak lebih kenal anda, rapatkanlah muka lebih kurang 30 sm daripada si manja. Hasilnya, ketika berusia satu bulan dia sudah mampu mengikut mimik muka anda.


• Bertutur
Bunyi pertama yang akan bayi anda keluarkan ialah bunyi tangisannya. Sedari lahir hinggalah usia mereka hampir satu bulan, hanya menangis yang mereka tahu. Akan tetapi, setelah usia semakin bertambah, anak anda akan mulai belajar mengagah.



• Bersosial
Selepas minggu-minggu pertama lahir ke dunia, bayi anda tidak banyak tindak
balasnya. Cuma dia akan menangis jika jasa tidak selesa. Selebihnya, dia akan
lebih banyak tidur tanpa apa-apa aktiviti lain.



BULAN KEDUA
• Belajar
Dalam usia dua bulan, bayi anda sudah boleh melihat banyak benda. Matanya juga boleh berupaya untuk mengekori setiap pergerakan yang berlaku di hadapannya.


• Bertutur
Si manja sudah semakin cerdik. Memberi tindak balasnya sewaktu anda bercakap cakap dengannya menandakan yang dia sedang belajar untuk berkomunikasi walaupun bukan dengan bahasa percakapan.



• Bersosial
Bayi anda sudah mula kenal rupa serta wajah orang-orang yang rapat dengannya. Ini membuatkan dia kelihatan lebih tenteram dan senang jika berdampingan dengan orang-orang tersebut berbanding dengan orang yang tidak dikenalinya.




BULAN KETIGA
• Belajar

Dia semakin pandai. Bayi anda akan mula menunjukkan minatnya terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka. Si kecil sudah boleh membalas percakapan anda dengan gerakan tubuh dan senyumannya.


• Bertutur
Pada masa ini, bayi anda sudah dapat membezakan antara percakapan dengan
bunyi-bunyian lain. Dia sudah dapat bertindak balas dengan bunyi yang diperdengarkan kepadanya.



• Bersosial
Akibat telah kenal wajah mereka yang rapat dengannya, bayi anda akan kelihatan takut jika mereka dikelilingi oleh orang yang tidak dikenali. Biasanya tindak balas yang akan mereka tunjukkan ialah dengan cara menangis ataupun dengan
memalingkan muka.





BULAN KEEMPAT

(Tidak lama lagi baby Qaiser ilman akan genap 4 bulan hjg bulan Dis 2012)

• Belajar
Dia juga akan ketawa tanda gembira apabila anda bermain-main dengannya. Juga, sudah pandai memilih apa sahaja yang mereka gemari. Misalnya, mereka akan ketawa jika gemarkan cara anda mengagah dan akan menangis jika dia tidak suka dengan apa yang anda lakukan padanya. (Yeszaa...baby Qaiser ilman mmg suka kalu umi dia nyanyikan lagu ini, "Jika Qaiser gembira tepuk tangan!" 3x repeat...hehhe mmg dia akan ketawa sampai mengilai nampak gusi habisss....so dia belajar sambil menyanyi, kan seronok tuh, nanti nak cari lagu2 baby nyanyi kt dia nanti....baru leh dgr suara sumbang mambing umiiii hahahha)

• Bertutur
Apabila telah mencecah usia empat bulan, bayi akan sudah semakin mahir mengeluarkan bunyi-bunyian daripada mulutnya sendiri. Antara bunyi yang menjadi kegemaran mereka ialah mama, dada, moo dan sebagainya. (Qaiser ilman mmg suka bercakap sekarang tiap2 waktu pagi bila dia tau umi dan walid dia nk pi kerja...mcm tahu2 je nak sampaikan amanat apa x taw kt umi dia...agaknya pesanan suh balik awaiii la kot x pun suh ajak jenjalan pusing2 belakang umah...suka tgk pokok dan daun2 belakang rumah...weeee mmg tekun dia dpt lihat kecantikkan alam)

• Bersosial
Pada ketika ini apa yang diinginkan oleh bayi ialah perhatian daripada anda. Jika boleh dia ingin anda sentiasa bersamanya sepanjang masa.( Sedih bila baca part nih, sapa2 jadi umi dan walid yg berkerjayalah sgttt kan pasti x terlepas dari part nih...masa bersama baby sepanjang masa...mana kan tidak..kerja dan baby. Sudah tentu baby lagi penting dalam apa jua hal...sbb itu setiap ari sabtu dan ahad pasti umi dan walid bawak pi jenjalan wpun hanya window soping...itu pun dah kira terbaik dpt dedahkan baby kepada public agar dia x takut nanti utk berdepan dgn ramai public, anda bagaimana? Jom cite?)


TAHUKAH ANDA..??

Otak bayi 250% lebih aktif daripada otak orang dewasa.
Rangsangan terhadap bayi dapat menggalakkan perkembangan otak & menyediakan asas ke arah pembelajaran yang lebih berjaya pada masa akan datang.
Ransangan visual dapat membentuk rasa ingin tahu, perhatian & penumpuan bayi.
Anda adalah mainan terbaik kepada bayi anda! Berinteraksilah dengan bayi anda sekerap mungkin.

1 Comments

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)