"Braxton Hicks" Makin Terasa!
Yes I am!
Braxton Hicks sudah terasaaaaaaa sesangat...
Makin terasa sejak dua tiga hari nih termasuk malam semalam...
Nak tido x boleh nyenyak dah...huwaaaaa....
Sakit belakang makin2 teruk...siap bawak minyak yuyi nih pi ofis
today...
This week last keje...so hubby dh x outstation dah pun...yeppi
tiap2 ari leh htr balik keje...
Sakit sgt2 belakang bila nak bawak keta...so xd maknanya lah nak
ngada2 bawak si K-car tuh k hehehhee ;P adiosss for 2 month.
Pejam celik, pejam celik dah masuk 37 weeks right now...so dah
lepas tempoh matang...so anytime boleh deliver...still waiting...when? Only
Allah knows huhuhu...
Esok jam 2.00 tengahari ada appointment ngan my gnae doktor Nor
Fidak at Hospital Pusrawi...myb last checkup for us.....me and baby before
deliver time is due.......huwaaaa ;)
So, esok gak kena bentang my Fetal Movement Chart...terasa baby
slow jek geraknya...cm main dayung sampan pelan2...hahha pool dh x sebesar cm
dulu leh wat kuak lentang, kuak dada, kuak mcm2 jenis kuak lah si baby
rekakan...haaaaaaaa nowww dia mian dayung sampan pelan2...kadang2 wat badan
kerasssssssss hokeh... sakit gak nak tido memalam baby suka mengeraskan
badan...ntah2 mengeliat x cukup space...ciannn heheh
Nak tahu apa petanda Braxton Hicks tu?
Jum baca tambah pengetahuan...mana tahu ada yg kena mengena ngan
anda...leh kongsikan bersama pengalaman ye ;D
Info dari Baby centre.com

Apakah itu kontraksi Braxton Hicks?
Satu masa pada pertengahan kehamilan anda (atau lebih awal), anda akan merasakan otot uterus (rahim) anda mengecut. Jika anda meletakkan tangan pada perut semasa ini berlaku, anda boleh merasa betapa kerasnya uterus anda pada saat itu.
Setiap pengecutan hanyalah untuk setengah minit sahaja, dan barangkali anda tidak berasa tak selesa. Anda mungkin mengalami sensasi ini satu atau dua kali dalam satu jam, pada masa-masa tertentu dalam sehari. Bukan semua kita akan merasakan kontraksi-kontraksi ini, yang mengambil nama seorang doktor bangsa Inggeris yang mula mendeskripsikannya dalam tahun 1872.
Apakah tujuan kontraksi Braxton Hicks?
Kontraksi Braxton Hicks mungkin petanda yang uterus anda sedang melatih serat-serat ototnya. Mungkin kontraksi-kontraksi itu adalah cara uterus anda menjaga keadaan baik dan bersedia untuk bekerja keras bila tiba masa bersalin.
Ada pakar-pakar yang berpendapat bahawa kontraksi-kontraksi mempengaruhi serviks anda. Pada peringkat awal kelahiran, serviks anda mula memendek dan menjadi lebih lembut sebagai persediaan untuk mengembang bagi menyenangkan perjalanan bayi. Jadi mungkin kontraksi Braxton Hicks adalah cara serviks dilatih bagi peringkat ini.
Yang lain pula percaya bahawa kontraksi Braxton Hicks tidak membawa perubahan kepada serviks dan juga percaya bahawa perubahan hanya berlaku semasa pra-kelahiran, apabila kontraksi yang berkoordinasi bermula atau semasa proses kelahiran itu sendiri.

Bagaimana untuk saya mengetahui perbezaan antara Braxton Hicks dan kontraksi kelahiran sebenar?
Kebanyakan wanita yang hamil buat pertama kali akan bertanya soalan ini kepada doktor atau rakan-rakan, dan jawapannya selalu kabur dan tidak memuaskan: "Anda akan tahu akan kelahiran sebenar apabila ianya berlaku."
Memang ada perbezaan antara kontraksi Braxton Hicks dan kontraksi kelahiran sebenar.
Kontraksi Braxton Hicks:
Anda mungkin juga mengalami sakit kelahiran palsu. Ini berlaku bila kontraksi Braxton Hicks lebih beritma, iaitu mungkin setiap 10 hingga 20 minit pada peringkat terakhir kehamilan.
Mungkin sukar bagi anda membeza sakit kelahiran palsu dengan yang benar, terutamanya jika kerengangan uterus sungguh tidak selesa. Tetapi, sakit kelahiran palsu tidak akan membawakan sebarang perubahan pada serviks anda. Doktor anda boleh membuat pemeriksaan vagina untuk menentukan.
Memang ada perbezaan antara kontraksi Braxton Hicks dan kontraksi kelahiran sebenar.
Kontraksi Braxton Hicks:
- biasanya tidak melebihi satu atau dua kali dalam masa sejam, beberapa kali sehari;
- lazimnya berhenti bila anda bertukar aktiviti, jadi pergilah berjalan kalau anda berduduk, dan sebaliknya;
- tidak teratur, dan jika teratur pun hanya untuk sekejap sahaja;
- tidak tahan lama, biasanya kurang dari satu minit;
- terus tidak boleh diduga dan tidak beritma;
- tidak bertambah intensiti.
- tahan lama;
- lebih teratur;
- lebih kerap;
- lebih menyakitkan;
- lebih panjang dan lebih berkala, lebih kerap dan lebih sakit.
Anda mungkin juga mengalami sakit kelahiran palsu. Ini berlaku bila kontraksi Braxton Hicks lebih beritma, iaitu mungkin setiap 10 hingga 20 minit pada peringkat terakhir kehamilan.
Mungkin sukar bagi anda membeza sakit kelahiran palsu dengan yang benar, terutamanya jika kerengangan uterus sungguh tidak selesa. Tetapi, sakit kelahiran palsu tidak akan membawakan sebarang perubahan pada serviks anda. Doktor anda boleh membuat pemeriksaan vagina untuk menentukan.
Apa akan jadi jika kontraksi Braxton Hicks menjadi lebih sakit?
Apabila kehamilan anda berlalu, kontraksi ini mungkin menjadi lebih sakit dan kadangkala amat tidak selesa. Walau bagaimanapun, jika anda merasakan kontraksi anda menjadi reda dengan cara apapun, kemungkinan besar ianya Braxton Hicks.
Setengah profesional kesihatan mengesyorkan supaya anda menganggap Braxton Hicks sebagai "kontraksi latihan" bukan saja bagi uterus anda, juga bagi anda sendiri supaya boleh berlatih menggunakan latihan pernafasan yang anda akan memperolehi di kelas antenatal anda.
Anda mungkin sedar yang kontraksi datang dengan lebih kerap jika anda melakukan aktiviti fizikal walaupun ringan, seperti membawa barang beli-belah dari kereta. Jika anda merasa kurang selesa, kadangkala ianya membantu jika anda berbaring, atau sebaliknya, bangun dan pergi berjalan-jalan - perubahan aktivitilah yang akan meredakan sebarang kesakitan yang dirasakan. Kadangkala mandi air panas juga membantu.

Bilakah saya harus memanggil doktor?
Jika anda hamil kurang dari 37 minggu panggillah doktor anda jika kontraksi diikuti oleh:
Selepas 37 minggu, panggil doktor anda jika:
Jika kontraksi menjadi lebih panjang dan kuat, lebih berkala dan kerap, ini menunjukkan proses kelahiran mungkin sudah bermula. Doktor anda mungkin sudah bercakap dengan anda tentang apa harus dilakukan apabila anda merasakan yang kelahiran sudah bermula, tetapi jika anda merasakan sebarang keraguan, hubungilah dia.
- lelehan yang melekit dan berdarah;
- sakit pinggang atau kekejangan.
Selepas 37 minggu, panggil doktor anda jika:
- pergerakan bayi anda sudah mengurang;
- anda fikirkan anda sudah pecah ketuban;
- jika anda mengalami sebarang pendarahan.
Jika kontraksi menjadi lebih panjang dan kuat, lebih berkala dan kerap, ini menunjukkan proses kelahiran mungkin sudah bermula. Doktor anda mungkin sudah bercakap dengan anda tentang apa harus dilakukan apabila anda merasakan yang kelahiran sudah bermula, tetapi jika anda merasakan sebarang keraguan, hubungilah dia.
Info dari Portal Alam Hamil.Com
Tanda-tanda bersalin
Sekarang anda sudah hamil dan anda mungkin sudah bersedia untuk mengadapi hari kelahiran bayi anda. Proses kelahiran boleh memberikan keriangan dan juga ketakutan bagi mereka yang hamil. Anda rasa tidak sabar untuk melihat bayi anda dan dalam masa yang sama merasa takut terhadap kesakitan dan komplikasi yang mungkin berlaku semasa proses bersalin.
Ramai
wanita merasa bimbang yang mungkin mereka tidak dapat mengenali tanda-tanda
hendak bersalin sekiranya ia terjadi. Adalah penting untuk anda mempelajari
tanda tanda awal bersalin supaya anda boleh membuat persediaan yang optimal
untuk mengahdapi kelahiran.
Bersedia untuk
kelahiran
Sebelum
kandungan anda semakin berusia, adalah cukup bagus untuk anda mengetahui peringkat-peringkat
kelahiran. Sekiranya anda ingin melahirkan dihospital, cuba buat
‘tour’ disekitar bilik bersalin anda.
Ini
adalah tip mudah untuk anda menyiapkan diri untuk kelahiran anda:
· > Menghadiri kelas antenatal
· > Berbincang dengan kawan yang pernah melahirkan
· > Tonton video kelahiran
· > Amalkan pernafasan and relaksasi.
Tanda
bersalin sebenar Vs Tanda bersalin tidak benar
Sekiranya
anda merasa keliru yang mana satu tanda kelahiran benar atau tidak, anda
bukannya berseorangan. Memang ramai yang tidak begitu pasti tentang tanda awal
bersalin. Ramai yang mengadu mengalami tanda seperti mahu bersalin tetapi tidak
tahu samada masa sudah benar-benar tiba atau cuma mengalami masalah sakit perut
biasa sahaja.
Sekiranya
merasa ragu, jumpa saja dengan doktor, tak perlu rasa malu sekiranya ia
terbukti bukan masanya lagi. Yang penting, jangan tidak mengendahkan
tanda-tanda tersebut.
Tanda-tanda hendak bersalin
Kontraksi Rahim
Kontraksi
adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah
sampai masa untuk bersalin. sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan
masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku
secara teratur dan pada jarak yang konsisten. sekiranya ia berlaku setiap 5 min
secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk
mendapat kepastian.
Kontraksi
biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan
tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.
Sakit
Belakang
Sakit
belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu
tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk
pada bahagian bawah belakang.
Pecah
ketuban
Dalam
cerita drama atau filem,wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan
apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar.
Kebanyakkan
wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir
proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk
mempercepatkan proses bersalin.
Pecah
ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda
mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.
Bloody
Show
Disaat
awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah
keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan
asing kedalam cerviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada
bayi. sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak kebawah
dengan perlahan-lahan.
Serviks
terbuka
Sebaik
sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan
lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui
perubahan ini semsa pemeriksaan faraj.
<<<Masa tgh menulis blog nih pun terasa asyik sakit perut yg x tetap jekkkk...sgt2 mengelirukan.......haiyakkkkkkkkkk tolong2....harap ia on Braxton Hicks bukan real lagi ye (Tarik nafas 4x, hembus dalam2 4x, ulang 3x) ...mummy julia nak puasa lagi 5 hari je baby pleaseee cooperate with ur mother....Ya Allah, permudahkan jalan hamba mu ini untuk berpuasa. Aminnnn. >>>
8 Comments
aty dulu pon sebelum nak beranak..2-3 minggu dah rase..ade sekali tu rase kuat sangat sampai menggeletar bawak kereta..dah rase nak beranak sangat dah mase tu..huhu..upernyer..tak pon..;p
ReplyDeletealahai julia.. seram sejuk lak...
ReplyDeleteweeee...tunggu mase nk deliver je tu..harap2 sempat la nk raya dlu yeh...hehehe....
ReplyDeleterara pon now dh raya dh BH tu.sakit gak.but bila dye kejap je so x pk apa,pk saki nk bersalin lg sakit kot.hehehe.hmm julia nk dekat dh,rara lak nebes neh.
ReplyDeletemoga dipermudahkan ye
ReplyDeleteWaa...Kak Ju... Tak lama lagi la ni kan... Pejam celik dah nak deliver dah... huhuhu... nerves2...
ReplyDeleteaii..neves r plak bce info ni..
ReplyDeletenywy, thanks 4 info ek..:)
moga Allah permudahkan segalanya..
Akk dulu start 7 bln dah rasa bh tu. Igt nk beranak dah. Akk deliver 3 minggu awal. Mmg pujuk bb suh kluar awal sbb x larat dah sakit sana sini esp kat celah2 peha tu. X leh nak jalan.
ReplyDeleteSharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)