Sekembalinya dari Umrah, Makkah Al-Mukarramah
Alhamdulilah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana diri ini terpilih menjadi tetamunya disana.
Tiada kata-kata dapat diungkap setelah melangkah kaki kanan memasuki di perkarangan Masjidil Haram.
Sebak dan menitiskan airmata keinsafan dan kesedaran tidak terhingga semasa melihat kali pertama Kaabah di depan mata...sungguh kerdilnya diri ini melihat betapa besarnya kuasa Allah.
Terima kasih Allah kerana menjemput kami ke sana...pelbagai ujian dan dugaan telah ditempuhi dengan sabar akhirnya berjaya juga kami ke sana...rakan-rakan sekalian, julia telah doakan dan kirimkan doa anda di depan kaabah dan di raudah.
Moga-moga usaha kita yg tidak pernah jemu akan di tunaikan oleh Allah SWT suatu hari nanti.
Terima kasih kepada semua kerana telah mendoakan kepada kami supaya pergi dan balik dgn selamat di sana. Hanya Allah dapat membalas jasa anda sekalian...Amin :D
Antara gambar-gambar yang diambil sepanjang berada di Makkah dan Madinah...semoga selepas anda melihat gambar2 berkenaan akan membuka ruang hati dan azam utk ke sana nanti dan akan pergi sekali lagi...insyaAllah.
Baitullah, Alhamdulilah
Bukit Safa - Marwah (Saie kali yang ke 6 nak masuk kali ke 7) MasyaAllah :)
Me, Ita, Mama & Abah
Thanks Abah n Mama bagi kami peluang mengerjakan umrah bersama2...Hanya Allah dpt membalas jasa mereka...amin
Depan Maqam Nabi Ibrahim...rezeki dpt melihat tapak kaki Nabi Ibrahim...lautan manusia sanggup di redahi kerana azam ingin melihatnya secara dekat...syukur, Allah makbulkan. Amin.
Depan Masjid Nabawi (me, ita, ina n mama)...sungguh cantik permandangan di luar masjid!....tiada kata2 dpt diucapkan setelah berada di dalam Masjid Nabawi, Madinah Al-Munawwarah :)
Payung Gergasi di luar perkarangan Masjid Nabawi, Madinah....ciptaan mereka amat mengagumkan...alangkah bagusnya jika teknologi seperti ini berada di Malaysia....
Depan perkarangan Maqam Rasulullah s.a.w - Indahnya ciptaan Allah di pagi subuh...masyaAllah... :)
Kubah Hijau itu adalah Maqam Rasulullah s.a.w
Depan perkarangan Raudah....tmpt doa paling mustajab...usaha, doa dan tawakal...amin
Sempat ambil picture bersama dengan baby Umar di luar perkarangan Hotel Mawaddah Al-Safwa.
Ibunya hanya menjual kacang tanah selonggok 4 riyal...banyak sgt. Kerja di tepi2 jln sekitar madinah semata2 utk mencari rezeki utk anaknya...Sebak semasa dukung Baby Umar....moga dia besar nanti dpt membalas jasa ibunya...amin.
Selingan........
Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah, bersamaan dengan hari Jumaat, selepas Asar di Lembah Uranah, Gunung Arafah
Semoga kita mendapat manfaat dari isi kandungan khutbah ini...amin!!!
Semoga kita mendapat manfaat dari isi kandungan khutbah ini...amin!!!
____________________________________________________________________
Wahai Manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu , mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini:-
1) Sembahlah Allah
2) Dirikanlah solat lima kali sehari
3) Berpuasalah di Bulan Ramadan
4) Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu
5) Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu
Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
1) Sembahlah Allah
2) Dirikanlah solat lima kali sehari
3) Berpuasalah di Bulan Ramadan
4) Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu
5) Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu
Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya , nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada
orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku. Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.
orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku. Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.
p/s - Above is Khutbah Terakhir Rasulullah saw yang Rasulullah saw berikan sebelum kewafatan Baginda. Pesanan-pesanan terakhirnya memberitahu kita betapa sayangnya Rasulullah saw terhadap umatnya, iaitu kita. Sebelum dicabut nyawanya, Baginda Rasulullah saw concern sangat dengan nasib umatnya, bukan keluarganya.....huhuhuhu... Rasa hiba, kerdil and hina sangat bler kter hayatinya sedalam2 yang mungkin dan seikhlas yang mungkin. Perbanyakkanlah selawat ke atas Baginda Rasulullah saw. Wassalam.
*Tunggu entry seterusnya ttg pelbagai tentatif program ziarah di Madinah dan Makkah julia akan upload tidak lama lagi....insyaAllah :D
11 Comments
Alhamdulillah, tenang tgk gmba-gmbar tuh. Doakan one day turn I ke sana pulak.
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Syukur kehadrat Ilahi..
ReplyDeleteAssalamualaikum Julia.. Nak amik berkat org yg baru pulang dr mengerjakan Umrah nie.. mana tau terpanggil kesana.. InsyaAllah..
Sehat?
Nurizyan: alhamdulilah...tanamkan azam anda utk ke sana nanti..amin
ReplyDeleteAdamzico: waalaikumsalam adam...insyaAllah adam pun bolehjadi tetamu Allah suatu masa nanti...moga-moga impian akan menjadi kenyataan...:) Julia sihat..baru baik dr selsema teruk...cuaca disana terlampau sejuk...perubahan cuaca mendaka...ujian Allah hadapi dengan senyuman mengharap ada sinar pembaharuan balik ke malaysia nanti..amin
ya allah......amin yarabalalamin.....akhirnya kawan aq sorang nie selamat jugak balik dari mekah.......mesti best kan dpt jejakkan kaki kat sana? bila la giliran fandy sekeluarga....btw, thanks coz sharing info berguna ttng khutbah terakhir baginda s.a.w...... mmg tersentuh hati nie bila dok dgr ucapan terakhir baginda.....
ReplyDeleteseronok nya Julia. entah bila la agak nya dapat jejak kan kaki ke sana :(
ReplyDeletejelous sgt! hmm
fandy: hi fandy lamam betul x dgr kbr...terima kasih tau doakan ju selamat pergi dan balik..eheh alhamdulilah seronok berada di sana...hati hanya ingat pada Allah sahaja...subhanAllah...insyaAllah fandy akan jd tetamunya nanti amin...
ReplyDeleteTeya: ur dreams will comes true...hope tanamakan azam ye..amin
moga2 yea........amin......
ReplyDeleterindu betoi kat blog ju....maklumlah selalunya, jue akan sediakan info yg berguna tok blogger2 kat alam maya nie....hehehehe....
terima kasih fandy...pujian Anda amat saya hargai untk menjadi input berguna utk berentry pada masa2 akan dtg...entry anda pun saya selalu ikuti :) best!
ReplyDeletesangat menyentuh kalbu didalam jiwa setiap moment perjalanan ibadah yang penuh dengan hikmah, keindahan terasa sejuk di hati
ReplyDeletebestnyer... bila lah berpeluang nk p mekah
ReplyDeleteTo Dnyhryto dan bokbong:
ReplyDeleteTq so much all ur positive comment...moga doa anda ke sana nanti akan dimakbulkan Allah..amin
Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)