Macam Mana Caranya Hendak
"Sucikan Hati, Bersihkan Jiwa???"
Jom Amalkan Caranya...
Pertama sekali kita kena faham idea atau ilham datangnya dari dua sumber. Pertama sumber yang baik dan kedua sumber yang tidak baik. Idea dari sumber yang baik pun kadang-kadang sebenarnya datang dari sumber yang tidak baik. Bukankah syaitan menggunakan pelbagai taktik untuk menipu manusia. Diberinya dorongan untuk melakukan sembahyang tetapi tengah-tengah sembahyang itu dibangkitkan rasa riak, leka dan lalai.

Sebenarnya memang agak sukar untuk mendapat idea dari sumber yang baik. Maklumlah kita ni baik manalah. Kebaikan kita dibauri pelbagai perasaan, kalau nampaknya baik sekarang, hujungnya berkait juga. Macam orang berbuat baik dengan kita sebenarnya hendak meminjam duit di hujung.

Jadi, usah hairan dengan orang yang banyak idea. Mungkin ideanya datang dari sumber jahat yang diwarnai oleh warna-warna menarik sehinggakan ia kelihatan baik.
Oleh itu, penyucian jiwa kena dilakukan berterusan. Dia tidak boleh berpuas hati dengan proses penyucian seminggu sekali sahaja tetapi mesti dilakukan hari-hari. Bagaimana? Bukankah kita biasa melihat orang lelaki hanya sembahyang Jumaat seminggu sekali atau setahun sekali pada hari raya?

Lakukanlah proses penyucian hati setiap hari paling tidak lima kali sehari semalam, iaitu sembahyang fardu. Sistem omboh dalam kereta kita akan menghimpun karbon jika minyak yang digunakan tidak bersifat menyuci. Demikianlah jiwa kita manusia. Setiap saat ia menghimpun jelaga kekotoran, maka penyucian mesti dilakukan setiap masa.
Ini bermakna solat lima kali sehari semalam mungkin tidak mencukupi. Tambahlah dengan solat-solat sunat dan amalan-amalan zikir yang lain. Misalnya amalan Zikir Al-Mathurat, ia satu teknik menyucikan hati yang amat berkesan.

Orang yang bersih jiwanya selalunya juga akan memiliki minda yang tenang. Minda yang tenang atau dalam arus alpha ini, insya-Allah bakal mencetuskan ilham-ilham yang lebih baik. Manakan tidak, hatinya suci, mindanya bersih, apalagi idea yang akan muncul? Apakah masih buruk?

Kalau anda lihat sekeliling, ramai orang memakai topeng berwajah syaitan ketika menjalani hidup masing-masing. Tanyalah orang ini, apakah dia ada amalan-amalan zikir sebagai proses penyucian hati dan minda? Selalunya tiada. Tanyalah pula orang yang penuh dendam kesumat, apakah mereka orang yang solat? Jawapannya tidak. Jika iya pun, solat mereka itu tiadalah nilainya di sisi ALLAH sebab ia dilakukan dengan tergesa-gesa, tidak betul, atas maksud-maksud tertentu dan sebagainya. Bukankah ALLAH berfirman, antara maksudnya, solat itu mencegah dari kemungkaran. Andainya seseorang itu solat tetapi berbuat mungkar juga, itu tandanya solat-solat berkenaan tidak diterima.

Andainya anda suatu hari dikurniai idea yang banyak, anda akan dapati anda semakin banyak dimusuhi. Eh, mengapa? Lumrah manusia, tidak suka melihat orang lebih daripada dirinya. Tambahan jika anda bukanlah siapa-siapa, kelulusan pun tiada tetapi idea anda mantop, dan meletup-letup, anda akan dapati ramai orang sakit hati oleh keupayaan anda itu. Cabaran untuk anda kekal sebagai kilang idea mungkin terencat dek sibuk melayan kerenah golongan ini.

Nasihat saya, fokus. Usah lari dari fokus apa-apa juga perkara baik yang anda lakukan. Padukan niat segalanya yang anda lakukan adalah kerana ALLAH untuk ALLAH. Itulah motivasi terbaik insan hebat berdepan dengan manusia yang tidak ingin bersaing secara sihat. Dalam kata lain, jiwa yang kotor sudah tentu tidak akan sealiran dengan jiwa yang bersih, suci lagi syahdu.

Sumber Dari : Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj
Pesanan With Julia...: Sampaikanlah ilmu walaupun hanya satu ayat.

4 Comments

  1. weeee.......thanks coz kongsi ilmu......boleh try!!!!!!

    ReplyDelete
  2. fandy: sesama... :)
    adam: ehehhe wassini..wassitu...waasinun...ehhe...hidup perlu gembira dan diselangselikan kegembiraan dgn panduan hidup baru Allah redha ..amin

    ReplyDelete
  3. suci & cantikan hatimu insyaallah segala2 akan cantik..

    Pesanan Baginda Rasulullah SAW kepada kita yang bermaksud : “ Ketahuilah dalam setiap tubuh (jasad) terdapat seketul daging , jika elok daging itu maka eloklah keseluruhan tubuh badan dan jika rosak daging itu maka rosaklah juga seluruh tubuh badan , maka ketahuilah bahawa itu adalah hati “

    Wallahualam.

    ReplyDelete
  4. terima kasih encik lurim diatas hikmah tawadduk yg diberikan...moga2 tercapai hasrat utk melakukan yg terbaik setiap hari :))

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)