Mudah bukan dengar prinsip 2 diatas?
Senang tetapi bukan semua orang mampu melakukannya. So, selama cuti dua hari ini saya peruntukkan untuk membaca sambungan dalam buku "Bagaimana Hendak Mendapat Kawan & Mempengaruhi Seseorang". Sudah sampai ke bahagian prinsip ke 2. Lebih dekat dgn tatacara bagaimana hendak hargai pendapat org lain tanpa berdebat dan tanpa menyalahi org lain dgn kata-kata yg menyakiti hati. Ini adalah salah satu bookmark yg saya dapat utk dikongsikan dan praktikan bersama, ternyata anda akan dapat hasil diluar jangkaan anda....

"Cara yang sopan dalam mengajukan pendapat saya ternyata membuatkan lawan berbicara itu lebih mudah menerimanya dan perbalahan pun menjadi berkurangan; kalau saya yang silap, ternyata serangannya tidak bertubi-tubi dan orang lain lebih mudah mengakui kesalahan mereka dan menerima pandangan saya jika benar" Franklin.

"Saya menilai seseorang berdasarkan prinsip mereka sendiri - bukan dengan prinsip saya" Martin Luther King, Jr.

Kesimpulannya, mari kita sama-sama latih diri supaya menghargai pendapat org lain, jangan tunjukkan kesalahan mereka, jangan naikkan kemarahan mereka. Hasilnya, kita akan dihargai semula dengan menggunakan sedikit diplomasi. InsyaAllah, pendapat dan idea anda akan diterima akhirnya wpun pada awalnya berlaku bantahan. Anda akan sentiasa happy dikelilingi rakan2 dan org yg tersayang kerana anda memberi sedikit peluang kepada org lain utk rasa dihargai. Saya dah cuba :) Anda bila lagi? ehehhe
Sambungan prinsip 3 seterusnya saya akan publish pada entry akan datang....stay tune buddy! :)

[The End]

2 Comments

  1. wah...info baru nie....hurm..kite kena lah menghargai owg lain....fanfy sokong dgn jue....keep it up...x sabar nak tau nest prinsip...hehehe

    ReplyDelete
  2. Tq fandy! jue suka kongsi info buku2 yg membina minda dgn kawan2...nanti boleh amalkan selalu. Hope fandy ceria selalu. Sokongan anda saya hargai :)

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)