Vacuum Cordless Terbaik Harga Mampu Milik Yang Mana Menjadi Pilihan Aku | GADGET RUMAH
Kena PKPB semula dari awal Oktober sampailah ke bulan Disember 2020, lepas tu sampai bulan Februari 2021 apa nak buat demi kepentingan semua pihak dan keluarga sendiri kenalah ikut perintah. Sekarang boleh tarik nafas lega sikit kan, pergerakan sesama daerah dah boleh rentas.
Teringat masa PKP lepas-lepas, juju ada kongsikan di media sosial pembelian gadget rumah yang lain tau. Antaranya...
(1) Philips Pressure Cooker,
(2) Portable Induction Tefal, dan
(3) Kuali So Chef Tefal.
Banyak kan? Yang ini semua nanti aku review satu persatu bersama link dimana aku beli tau. Aku suka guna dulu beberapa bulan baru aku kongsikan di blog.
Baru korang tau aku punya review jujur. Kalau tak okey aku jawab tak okey ya. Tunggu!
Seronok, hunting gadget rumah sebab ia memang keperluan zaman kini. Semua berguna dan menyenangkan juju. Lagi-lagi kita jenis bekerja, mestilah kena kumpul orang gaji baru macam gadget rumah. Haha. 😊
Paling teruja! Gadget yang paling di tunggu, sampai dah alhamdulilah!
Tadaaaaa, aku beli Dibea D18 Cordless Vaccum Cleaner link klik 👉 SINI
Tegap sungguh ruas cordless Dibea ni, warna gold ni memang cantik. Cat metallic.
Ikut duit poket, ikut wishlist dan ikut peredaran zaman.
Almaklumlah zaman sekarang isu gadget di rumah sudah menjadi satu trend yang juju sendiri suka ikuti dan pelajari.
Semua nak keselesaan, nak cepat dan jimat masa. Lagi satu, alasan kukuh juju sendiri memang nak beli cordless vacuum sebab sendiri ada alami alahan kulit di tangan dan kaki. Jadi nak elak masalah habuk beterbangan semasa menyapu memang kena beli vacuum.
Alasan kukuh kedua bila rumah atas, nak vakum bukan setakat lantai dan sofa di rumah tau, kami ada beberapa kereta yang diparking di bawah rumah.
Menjimatkan !
Jadi bila beli Dibea cordless vacuum (vakum tanpa wayar) lagi menjimatkan duit belanja menjaga kebersihan dalaman kereta. Hanya perlu bayar upah orang basuh kereta sahaja.
Belah dalaman kereta kita sendiri dengan pasangan malahan anak pun boleh tolong vakum di parking bawah rumah.
Hanya perlu caj full dan jangka masa guna lebih kurang 45 min, itu kalau non stop la kan. Takkan nak vakum dalam kereta dan dalam bilik tidur terus 45 min betul tak.
Kadang kita sapu pakai penyapu biasa kat rumah tu je pun dalam 10 min siap.
- Bateri dia kalau keluasan rumah bawah 1000 kaki persegi, maka dalam 5 ke 6 kali vacuum baru caj semula.
- Suction ada dua laras. Aku selalu guna laras pertama je sebab kuat dah.
- Suction kedua lebih kuat khas untuk habuk degil yang susah nak masuk.
- Senang nak jaga sebab barang dia tak renyah, tak banyak, senang nak buka penapis halus dalam enjin vacuum dia.
- Ada lampu, senang nak vacuum kawasan gelap terutama bawah sofa.
7 Comments
wow bestnya
ReplyDeletememang memudahkan urusan bila ada cordless vacuum ni..huda ada gak brand lain, warna merah 😁
ReplyDeleteWishlist juga ni
ReplyDeleteASsalamualaikum juju.. wah, canggih betul, warna pun cantik... kalau abg qi pun dah mahir guna, mmg mudah sgt laa nak guna vacum ni ye...
ReplyDeleteterbaik! saya pun suka guna cordless vacuum. senang
ReplyDeleteWudhlist jugak.. bising xbunyinya
ReplyDeleteSenang beli vaccum macam tu
ReplyDeleteSharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)