Bila dah masuk part susun atur, kau akan ketagih ! Ya, macam aku sekarang ketagih nak tengok semua barang dalam dapur tersusun. Aku sejenis manusia tak suka tengok barang tinggi atau rendah tak sekata. 

Nanti naik merenyam anak mata haha, padahal dulu habit ko erghhhh monyet tengok pun leh perli haha. Well people change every year hokey, including juju. 

Siapa dah baca entry lepas kisah susun atur dalam heavy wardrobe?
Kalau belum mohon klik link di sebelah 👉 Susun Atur Gadget Dapur

Sambungan dari kisah susun atur gadget dapur, baru kita sambung kisah perihal kecil-kecil ni. Nampak seakan senang, sebenarnya dari sifat pemalas nak bertukar kepada sifat rajin sedikit pun uiii bukan main punya susah. 

Cara nak pum mood rajin menyusun?
Macam mana nak bangkitkan mood rajin? Beli barang baru, sparks joy on the spot.

Contoh, aku kan tak pernah ada kitchen cabinet sendiri seumur hidup aku guna rak aluminium biasa je di rumah sewa, sekarang di rumah sendiri aku tempah installer pasang kc baru.

Inilah sparks joy aku setiap kali balik kerja. Sekarang bukan setakat aku suka susun atur, aku suka mengelap, mengemas dan memasak. Dah dekat sebulan lebih mood aku maintain macam ni tau. Cayalah haha. 😍
Hasil umpan barang online buatan China je, kalau tengok kat page mat salleh beratus harganya, padahal China buat berapa ringgit je awak. Kena rajin la survey website murah-murah tu. Rajin please!
Pertama sekali...
Macam mana nak susun atur makanan yang dalam plastik dan tin?

Semua kalau susun kan mesti susah nak menegak, lepas tu dah guna mesti letak dalam bekas berwarna warni. Ishhh mata aku memang sakit sangat warna banyak dalam kc. 

Sebab aku suka ketenangan. 

Kalau nak colourful pun biar bertempat sebab bila mata dah letih, badan tak ada mood lah katakan masa tu... mata nak tengok sesuatu yang beri efek ketenangan dan mudah dicapai. 

Bukan nak layan rainbow masa hati ko susah gituuu contoh jangan pula fikir ke laut sangat kihkih. 

  • Sisih

Kedua, bila dah set warna apa yang digemari kalau boleh satu warna sudah memadai tau terus longgokkan ke semua barang masakan di dapur. 

Belek satu-satu. Masa ini sisih dan kategori barang berlangsung.

#2 Kategorikan 3 jenis.
  • fast grab section - kopi, gula, milo, biskut, garam
  • second grab section - tepung, rempah, herba
  • third grab section - barang kering macam bihun, agar tali, spagetthi
Idea menyusun ni aku yang reka sebab aku tau yang mana guna dulu dan yang mana guna pertengahan dan terakhir atau senang kata jarang-jarang guna. 

Bila dah buat 3 bahagian, masa inilah ruang penyimpanan kita boleh pilih dan mula menyusun. 

Ehh, nak menyusun pun kena praktikal tau. Sebelum itu lihat gambar sebelum di bawah, persediaan aku hunting barang susun atur. 


Ya, bila mood rajin dah sampai, perkara kedua aku kena hadap bila walk in ke kedai-kedai berkenaan. 

Semua sold out atau kalau ada pun tidak menepati piawaian aku nak pun. Jadi aku beli dalam online. Alhamdulilah, kedap udara dan tidak lemau biskut atau koko krunch anak juju. 
Sebelum label custom made sampai, Abg Qi membantu juju di dapur dengan menulis sendiri di setiap balang dan soletap. Awwwwwww touching tau. TQ Abg Qi. Mmmuahh! 💓

#3 Beli Transparent Canister / Balang Telus 
Juju beli 3 jenis, tinggi - pertengahan dan paling rendah. 

Ada tujuan, sebab 3 kategori barang diatas lah juju susun. Contoh macam bihun kering, ia sangat banyak kan jadi aku masukkan ke dalam balang paling tinggi. Termasuk cili kering.

#4 Tempah label custom made
Sekarang dalam website online banyak penjual menawarkan label barang dapur yang boleh di custom made. 

Jadi sebelum buat tempahan, sila ambil pensil dan sehelai kertas. Catat satu-satu barang dapur yang paling utama sehingga yang jarang-jarang guna pun di catat sekali. 

Nanti bila balang dah ready, korang cuma tampal dan buat greding.

Ada teknik untuk menampal. Jangan tampal label sekata di tengah-tengah. Itu menyusahkan mata memandang. 

Teruskan membaca ya, sebab cara nak letak label juju ada tunjukkan di gambar-gambar berkenaan. 
BEFORE 
haha malu nak tunjuk, inilah perangai aku sebelum ni. Aku tau korang lagi rajin. Aku ni bukan tak ada bekas tapi macam inilah longokkan aku buat kalau nak masak. Lepas tu aku pening nak mencari haha. 

AFTER
Tadaaa! Alhamdulilah syukur. Semangat rasa nak kongsikan hasil sebulan susah payah mengumpul barang organize. 

Bukan senang ye, aku melalui turun naik tangga sampai ke sana ke sini berhari-hari. 

Lepas tu tak tidur malam nak realisasikan apa yang aku cita-citakan.

Inilah hasilnya, macam mana? Okey? 
Jap lagi aku zoom dekat-dekat korang boleh tengok material dan cara susunan transparent canister serta cara susun label.

Dah bersedia? Jom! 

Rak tin makanan
Makanan dalam tinlah paling payah nak susun kan? 

Sebab makanan dalam tin kan ada bermacam jenis saiz tinggi, rendah, gemuk, pendek, kurus semua tu lah. Lepas tu kita dulu-dulu suka longgokkan dalam bekas besar, nak mencari satu hal sebab label tin semua tenggelam dalam bekas besar. 

Paling membazir bila nak restock barang dapur, asyiklah terbeli stok yang sama berulang kali. Sudahnya semua jadi kedai runcit hahaha. 

Aku tak kata orang, aku cakap berdasarkan pengalaman aku lah. Bab tolak troli di pasaraya memang juara, bab menyusun dulu kelaut pergi. 

Jadinya, aku abadikan diri aku dengan Pinterest.
Pinterest mat salleh banyak membantu aku dalam menaikkan mood menyusun atur barang makanan di dapur. Serius, aku sangat cemburu tau !

Cemburu yang positif akan memberi kita ransangan baru untuk mengubah gaya hidup biasa ke luar biasa mengikut duit poket sendiri. 

Jangan melabur jika belum sampai waktunya ye, di khuatiri nanti korang tak rasa apa aku rasa.

Satisfaction = Kepuasan !
Rak tin pandangan paling dekat. Di atasnya semacam ada pelapik getah. 
Seronoklah barang tin makanan juju bertenggek di atasnya, masing-masing seolah-olah sedang berfashion show, semua nak tayang badan cantik hahahahaha aku ni kalau bab imaginasi jauh menerawang tau.
Cantik je tengok, haip terpuji sendiri hehe. Kukuh betul rack ladder ni kan? 


Satu line kalau tin kecil boleh muat 6 tin. Kalau tin besar aku susun di belakang sekali. Tin rendah dan gemuk pendek hihi aku susun kat depan sekali. 

Serius, jatuh cinta banyak kali. 

Cukup satu rak tin, aku tak beli banyak sebab tak nak ajar diri bila nak restock barang dapur beli banyak-banyak. Biar sikit tapi cukup untuk kegunaan dua minggu atau 3 minggu sahaja. 
Gaya snap gambar ala-ala pinterest haha 😆

Transparent Canister 
Dekat sebulan aku test simpan biskut dan koko krunch dalam transparent canister ni. 

Percaya tak, ia tak lemau dan tak mengeras akibat masuk angin. 

Mungkin wardrobe kc juju kan bertutup dan tak terdedah dengan angin di luar kc. Satu pelaburan murah dan berbaloi-baloi sebenarnya. 

Serunding pun juju simpan dalam balang sederhana tinggi, pun tetap segar rasanya dan tak berbau kepam. Puas hati lah. 

Dulu kemain survey balang kata gaya bamboo style punya lid tu sekali tengok harga masyaAllah, mahal.

Itu sebab aku berani mencuba invest beli balang macam ini. Selain ia jenis plastik, ia mempunyai penutup yang sederhana ketat dan senang di guna berulang kali. 

Kalau rosak pun mungkin chances tu dalam 2-5 gitu kot, ikut berapa lasak korang pakai sehari-hari. Nak beli baru pun tak sakit, sebab satu balang pun dalam RM1-2 lebih je pun. Murah kan !
Fast grab wardrobe section.
Kat sini kegunaan harian, susun di wardrobe paling dekat di capai. 

Cara Susun Label Makanan 
Dua jenis saiz balang diatas ialah jenis balang sederhana besar dan balang kecil. Lihat bagaimana juju tampal label makanan kering. 
  • Balang sederhana besar di tampal label di aras tinggi sedikit. 
  • Balang kecil di tampal di tengah. 

Jadi bila buka laci atau wardrobe kitchen kabinet, mata korang lagi cepat membaca dan mencari. Sebab label tidak bertindan di tengah untuk ke semua balang. Faham kan?
Fast grab organized, awww melting. Next! 

Second grab section 
Ini adalah ruang kedua penyimpanan. Boleh jadi tempat stok ulang-ulang guna tapi bukan kategori fast grab section. 

Di sini juju kategorikan aneka tepung, aneka rempah dan garam. 

Bila duduk dalam ruang penyimpanan kedua, bermaksud bukan hari-hari digunakan. Ia istilah kepada sesekali gitu. 

Suka label paten macam ini, senang di baca dan ada sedikit gaya. 👍
Juju tak suka label yang nampak nerd (tulisan biasa hari-hari tengok di pejabat). 

Tak suka tulisan bersambung keterlaluan, cukup sekadar sekilas pandang dari jauh dapat baca label. 

All in one board. 

Third grab section 
Paling jarang nak guna. Aku susun di ruang penyimpanan kedua atas. Kat sini perasan tak ada balang paling tinggi dan balang paling kecil di sekalikan di sini. 

  • Balang paling tinggi - cili kering, bihun kering, snacks aku letak keropok kering, dan oat.
  • Balng paling rendah - agar tali, ikan bilis, sagu dan kiub.

Senang, kalau yang jarang guna ni sebaiknya letak di second layer wardrobe. Tak mengganggu capaian untuk fast grab section & second grab section . Jadinya third grab section lebih selesa tinggal di sini dengan gengnya. 

Tadaaa, second and third layer grab section.

"Shop Your Pantry First Before You Buy"
Free plastic makanan yang belum di proses dan tin makanan tersusun dengan sempurna. Tarikh luput bahan asas semua juju catat di bawah balang, senang je. Potong kertas kecil dan tulis dengan pen, soletap. Minta anak-anak turut serta buat label tarikh luput tu ye. 

Sebelum nak restock barang dapur, shop dulu dalam wardrobe. Baru tak berlaku lebihan dan kekurangan barang dapur. 

Sebenarnya, tak tahu nak gambarkan bagaimana perasaan bila kitchen kabinet juju tersusun dengan rapi sekali. Di masa akan datang, juju akan tunjuk macam mana juju susun pinggan, mangkuk paling minimal ruang okey. 

Kesannya: Tak serabut, tak bersepah, tak berhabuk, tak bertindan dan semua well organized mengikut bajet juju. Subhanallah, terima kasih kerasa selama ini selalu menyokong juju.

Next entry, juju nak sangat kongsikan tips penjagaan home care kitchen kabinet. Tunggu ye.

11 Comments

  1. Rak ladder tu cantiknya! Beli mana, harga berapa?

    ReplyDelete
  2. cantik dapur juju. kemas & tersusun jee

    ReplyDelete
  3. kemasnya... suka la tengok macam ni. seragam dan tersusun je semua. kami punya takde la seragam macam ni. janji ada je. main tangkap muat je kami punya dapur. hahaha!

    ReplyDelete
  4. Kemasnyaa
    Cantik susun balang macam tu

    ReplyDelete
  5. Memang kemas dan cantik. Teratur dan boleh lihat semua sekali gus. :)

    ReplyDelete
  6. Hurmmmm bila laaa dapo kita nak ada rak cantik 😅😅😅 - acik yan

    ReplyDelete
  7. Cunnnnnn jujueeee..... Pinterest sangat2 ni

    ReplyDelete
  8. cantik juju susun..kemas...jeles lak kita tengok..

    ReplyDelete
  9. Awww jatuh cinta jugak haha... Suka tengok kc warna putih tu

    ReplyDelete
  10. Waahh cantiknya dah tersusun rapi. suka lah dengan susun atur rempah ratus dan stok makanan macam ni. sedap mata memandang bila semua sync.

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)