Jenis tanam dalam, memula aku suka yang macam ini tapi entahlah aku beli yang lain hahahaha😝 (Sumber gambar : Google)

Asah kuku jap! Haha, haaa dah masuk channel kisah perihal rumah. Part 2, lebih senang aku cakap nak cerita kisah singki dulu. Kenapa singki? Kenapa tak langsir ke, lampu ke, perabot ke, but why singki? Haaa, tahu tak. Sebelum masuk rumah selain basuh kaki rumah zaman dulu kala apa perkara kedua yang kita buat?

Basuh apa? Basuh tangan...pandai !

Itu sebab kalau rumah di bandar mahu pun di kampung, singki juga kita tatap dulu. Tak kisah lah singki dapur ke, singki bilik air ke betul tak. ✌

Why Singki?

Jadinya, hari ini cerita pasal singki idaman juju yang mana satu berjaya mencengkam kalbu? Semua jenama singki zaman sekarang, lagi-lagi dah masuk tahun 2020 makin terserlah kehebatan dekorasi singki tau tak. 

Aah, singki pun ada yang capai ribuan ringgit sebuah. Tudiaaa! Ya awak, ribuan, itu bagi yang ada duit dan gemar barangan yang ada citarasa tersendiri.

Hasil pantauan aku yang setiap minggu intai sana sini home expo di KL, kebanyakkannya banyak yang mengguna pakai kaedah buatan dari German. Bila lawat mana-mana booth yang jual singki aje, pasti nama German juga lah terpampang sana sini. Kemain di agung-agungkan gitu...

Aku? Sambil pegang pamplet, jeling halus dan teruskan perjalanan, ye awak, simple je tapi ribu kau gila juju, masa tu hood dan hob dapur pun belum lepas beli hahahaha. 😂

Ya, ramai suka singki jenis satu kolam, dua kolam mahupun ada 3 kolam macam gambar di bawah yang aku share melalui Google. 

Tiga jenis kolam

Macam gambar di bawah, 3 jenis singki. Woww kan, tapi. Ada tapinya. Ruang dapur rumah juju sangat limited. Kalau buat macam ini di mana aku nak letak segala macam rice cooker dan keetle hahahaha, singki 3 ni pun dah ambil ruang dry kitchen aku je weh. 😱
Dua jenis kolam
Jenis ini memang kegemaran wanita rakyat Malaysia. Ya, kalau pergi mana-mana rumah kebanyakkan suri suka pilih 2 singki. Ada yang letak sampai 2 jenis paip air tau. Jadinya bolehlah si suami dan si isteri sama-sama basuh pinggan dan memasak. So sweet lepas tu kena rajinlah menyental 2 singki, 2 paip air sama-sama. Gituuu...

Memula aku ingat nak macam ini, tapi ada masalah aku hadapi. Pernah menyewa rumah lama mula-mula kahwin, singki macam ini lah. Aku nak menyiang ikan, ayam dan nak masak nasi sekaligus, masa tu jugak tangan capai sayur daun nak basuh. Sudahnya benteng tengah singki ni ada kala membuatkan mata aku nampak ia semak. 

Yelah, letak besen besar je dah tak celus, pastu belum lagi letak periuk ke atau kuali nak basuh mesti tersekat di tengah-tengah tu. Hmmm....jadinya aku pangkah!

Cerita pengalaman yang sama, cumanya singki ini ada perbezaan dari segi size sahaja. Bagi aku yang suka sedia bahan dalam keadaan pukal ia tidak membantu julia. Malah memeningkan otak aku. Ini aku punya taste ye, kalau korang suka teruskan. Aku cuma kongsikan apa aku rasa dan hadapi. 
1 Singki BESAR
Aku kan dah pindah 2 minggu lebih. Tau apa aku rasa? Heaven gila guna 1 singki tapi BESAR dan tak ada penghadang di tengahnya. Best sangat, sebab ini buktinya. Aku boleh basuh beras, aku boleh letak ayam di tepi dan letak bahan asas nak masak dalam satu kolam yang sama. 

Itu pun ada lebih lagi ruang singki. Hanya diperlukan 1 paip air sahaja. Tak perlu dua. Dalam ini juga wet kitchen aku berjalan tanpa perlu proses bahan di atas top konkrit. Ya, semua dalam ini. Senang aku nak masak, tiada lagi dapur berkecah, no more stress, sepanjang hari memang kerap basuh tangan singki ini juga aku datang hahaha. 😂

Tengok, nak basuh 30 biji telur tak perlu letak atas top konkrit, semua dalam 1 singki besar itu pun ada space lagi. MasyaAllah, sambil basuh telur dengan cucian khas sambil tu sempat karoks kat dapur tau haha. 

Di mana julia beli?
Julia beli singki besar ni di warehouse, bukan home expo di shopping mall yang ternama tu tau. Masih lagi berjenama, cuma ia lebih murah. Tak silap aku singki ni dalam lingkungan dalam RM200 ke bawah sebuah. Boleh baca klik 👉 sini

Kelebihan singki dapur julia?
  • Waste strainer dia besar, tau apa? - Lubang keluar air kotoran tu lah. Jadinya air cepat meresap laju tau.
  • Stainlees Steel Sink - tidak karat dan besi kuat.
  • Merangkap bunyi air paip - ya, nak beli singki sebaiknya ada penyerapan bunyi air. Tak adalah bila buka air singki sampai bilik nombor 3 korang boleh dengar korang tengah bertukang. Singki julia kalau buka air, bunyi air jatuh tu tidak sekuat macam singki zaman-zaman dulu dari jauh dah tau siapa kat dapur. Agak bising walaupun bunyi air je kan hehe. 
  1. Nak tahu singki korang ada perangkap bunyi cuba semak bawah singki yang berkenan tu, ada tak satu pelapik khas kecil di tampal di bawah singki. Jika ada tanya pihak penjual singki tu untuk apa. Macam julia tanya inilah jawapannya. Bunyi senyap dan ada gaya.
  • Berukuran luas panjang dan lebar - sebaiknya ukur dulu besar masa dapur korang, sesuai tak nak beli macam julia di atas. Kalau sesuai teruskan. Macam ruang dapur di rumah julia walaupun kecil tapi julia banyak guna proses barang berair dan kering dalam satu tempat yang sama, itu sebab singki besar diperlukan. 
  • Pelbagai benda boleh basuh termasuk mandikan bayi - ya betul haha, dulu nak basuh periuk belanga yang berukuran besar susah betul sebab asyik berlaga dinding singki je. Sekarang 3 periuk besar boleh muat dalam singki ni tau.
  • Tak payah rendam dalam baldi dan terbongkok-bongkok kat bilik air semata nak menyental baju atau pakaian dalam yang perlu cucian tangan. Bayi sampai umur 2 tahun lebih boleh bagi mandi dalam singki juju ni tau sebab dalam dan luas, silap-silap boleh main dengan anak itik mainan sekali hahaha. 
Yang lain-lain bagi aku kena rajin sental, macam aku memang lepas memasak suka sental singki sampai bersinar hehe, barulah semangat nak masak esok hari. 

Okey ini sahaja perkongsian aku pasal singki. Bagi yang baru beli rumah, ini adalah beberapa tips julia sampaikan hasil dari pantauan, pengalaman sendiri dan keupayaan singki bagi sesuatu rumah sangat besar efeknya. 

Cerita dekorasi rumah part 3 yang seterusnya pasal apa?
InsyaAllah, mungkin nak cerita pasal plaster ceiling yang julia pilih. 
Stay tune readers !  


9 Comments

  1. wah ..jrg tgk org pakai yg tkde penghadang mcm juju beli ni..nmpk beso ..senang ltk byk2 brg hehe

    ReplyDelete
  2. Baru tahu singki pun ada perangkap bunyi.
    Saya pun suka singki besar dan dalam.

    ReplyDelete
  3. Rumah sewa kita yang sekrang ada 2 sinki kak juju. Okey la senang satu sinki letak pinggan mangkuk kotor satu lagi buat cuci-cuci sayur ayam segala macam. Tapi bila tengok sinki besar ni mcm cun gak kan. Tunggu beli rumah sendirilah baru blh fikir nak sink cemana. heheh

    ReplyDelete
  4. suka juga sinki besar mcm ni. senang nak humban segala periuk basuh. xde tersekat2 kan. jue.. tnjukla full haouse rumah jue.. inspirasi nak tgok.

    ReplyDelete
  5. yeeeeeee tatse kita samaaaa,senang nak basuh kuali periuk besar hahahahha

    ReplyDelete
  6. cantik sinki juju..jarang nampak org pakai sinki gitu :-)

    ReplyDelete
  7. Singki besar memainkan peranan yang sangat penting.

    ReplyDelete
  8. Kami rumah second hand, owner lama pakai sinki yang ada 2 bowl. Kecik-kecik kedua-dua bowl tu. nak basuh kuali yang sederhana besar pun dah rumit. Kami plan nak tukar ke sinki 1 bowl yang besar. Tapi ada je kerosakan lain yang lagi urgent kami nak kena repair berbanding tukar sink.

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)