Tiada lagi kisah pakaian berbakul-bakul dan deretan hanger sejak guna KonMari Method !
Pakaian Abg Qi sahaja sebelum kaedah KonMari, keseluruhan satu rumah menggunung!
Ya, kisah kemas rumah. Siapa suka kemas rumah setiap hari? Kalau tanya aku memang TAK LAH ! Dengan banyak aktiviti nak buat selain rutin bekerja, memasak dan jadi pemandu sana sini jemput anak sekolah mana mungkin setiap hari aku nak kerja lipat kain, terkadang tu bila sidai berjuraian hanger sana sini. Sakit mata, tapi nafsu membeli macam tak ada lagi pakaian di rumah.
Marie Kondo
KonMari Method 👉 Beliau ialah Marie Kondo seorang pakar mengemas kelahiran negara Jepun paling berpengaruh termasuk serata negara memperkatakan tentangnya. Kaedah KonMari yang disampaikan melalui buku “The Life-changing Magic of Tidying Up: The Japanese Art of Decluttering and Organizing” (Keajaiban transformasi hidup melalui seni mengemas: seni penghapusan semak dan organisasi dari Jepun). Kaedah KonMari mesti dibuat mengikut aturan ini – pakaian, buku, dokumen, barang rawak serta paling akhir barangan sentimental.
Aku suka tengok kaedah KonMari ini melalui websitenya👉 KonMari sebab mudah di ikut dan beliau ajar diri kita disiplin dan menghormati rumah.
Masalah melanda.
Aku dah alami lama masalah sakit mata tengok baju berbakul-bakul, berhanger-hanger sederet-deret sampai ada kala batang besi penyangkut baju pun menyembah ke bumi. Fuhh, mulalah salahkan besi penyangkut tak kuatlah padahal baju kau sangkut berat nauzubillah.
Entry ini mungkin tak sesuai dengan orang yang memang suka lipat baju setiap hari, suka kemas setiap hari dan tak ada kisah berbakul-bakul. Kisah ini sangat sesuai dengan orang yang mempunyai masalah dilema dalam mengurus pakaian kehidupan seharian yang tak suka lipat baju setiap hari.
Kalau membasuh baju aku rajin, sidai baju aku rajin....tang lipat baju, buat gunung ganang dalam bakul itu aku power haha, lepas tu nak cari baju pi kenduri kah, nak pergi aktiviti luar kah mulalah aku mengali dalam bakul, sepahkan satu ruang, lepas tu kambus semula.
Sambung basuh baju, dah kering aku campak dalam bakul. Lipat hanya 10%, selainnya semua pakaian kelemasan dalam bakul. Fuhhhhhhhhh, hakikatnya entry ini sesuai dengan orang yang ada sifat M besar dalam diri termasuk aku yang menulis ini haha. Okey jom belajar atasi masalah ini dengan Konmari method, lets tidying up!
Cara elak pakaian berbakul-bakul, berhanger-hanger sampai runtuh.
#1 Kalau ikut Konmari, dia ajar kita dulu 'How to greet your home'. Cara dia semacam duduk di satu ruang rumah, pejam mata dan berdoa dalam hati, kita hormati rumah ini kerana ia adalah satu tempat untuk mulanya "Sparks Joy".
Jadi kita kena pandai macam mana nak lentur diri agar diri jadi respect dengan rumah sendiri, ibarat rumah ini bernyawa dan kita bercakap dengannya setiap hari.
Kumpul semula segala baju, seluar dan pakaian si anak satu tempat, buat gunung macam gambar di atas. Pastikan tiada langsung tertinggal. Seluar dalam anak tu kecuali, ambil pakaian besar dahulu okey. Dah sedia?
#3 Ambil sehelai pakaian, cakap dekat diri "Is it SPARKS JOY?" Maksudnya adakah sehelai pakaian ini beri anda GEMBIRA, BAHAGIA dan CERIA? Jika ya letak sebelah kanan, jika ia TIDAK SPARKS JOY letakkan ia di sisi kiri. Jangan on radio, jangan ada gangguan orang lain. Kena buat seorang diri baru kita jujur dengan diri.
SPARKS JOY ialah perasaan terhasil emosi gembira terhadap sesuatu material sama ada kita amat suka atau ia memberi makna kepada kita. Emosi gembira yang dikatakan ini juga adalah seolah percikan api, kecil dan tiba-tiba dan oleh itu dipanggil ‘spark joy’. Jika ia membangkitkan rasa gembira, ia perlu disimpan dengan asingkan ke longgokan ‘simpan’.
#5 Ulang sehinga selesai. Kemudian yang NOT JOY, sila masukkan dalam satu plastik bersih, lipat elok-elok dan ikat plastik dalam keadaan tersusun. Kumpul sehingga semua sesi pakai selesai ikut fasa.
#6 Apa nak buat baju 'SPARKS JOY"? Macam julia, julia bahagikan macam ini. 3 pasang baju duduk rumah, 5-6 pasang baju kerja, 2 pasang baju jalan-jalan. Ini sahaja julia letak dalam bakul untuk kegunaan setiap hari. Selainnya? Sila gulung dan lipat elok-elok simpan dalam bekas pakaian macam ini, boleh di beli di online contoh Miniso atau Shopee.
#7 Sudah siap lipat, zipkan dan janji pada diri takkan guna semua baju ini. Kalau bayi dan kanak-kanak, diorang kan cepat membesar, jadinya elak beli baju berlebihan, pakai secara kerap dan bila lusuh baru beli baru. Jangan beli non stop.
Orang dewasa macam kita, tak mungkin meninggi lagi kan haha, mengembang adalah. Kotak sparks joy tu, kalau ada acara tertentu sahaja pakai dan boleh buka tapi kena janji selepas guna kena simpan semula di dalam bekas ini rapat-rapat. Jangan usik langsung. Faham, jangan usik!
Sistem Giliran Pakaian (Out) (In).
Selesai fasa pembahagian pakaian. Tadi julia kongsikan hanya baju harian sahaja tinggal di pakai dan buat pusingan. Contoh, macam baju pakai di rumah, kalau 3 pasang sahaja buat pakaian untuk 3 hari dan ulang basuh pakai baju yang sama, rasanya tak akan membukit bakul betul tak?
Kemudian rotate pakai lah baju tu sehingga ia jadi lusuh. Bila sudah lusuh dan tidak lagi beri SPARKS JOY, korang boleh kitar semula baju tersebut (out).
Barulah masa ini kita cari kotak simpanan baju untuk di ganti sepasang sahaja (in).
*Kalau ada 2 baju lusuh, ganti dalam kotak 2 baju sedia ada dan seterusnya. Konsep, In Out ini sangat berbaloi diamalkan sebab tak akan ada timbunan pakaian tidak terpakai bercampur dengan baju kebiasaan kita suka pakai.
Automatik, otak kita set pakaian di rumah banyak Sparks Joy, tak perlu beli lagi pakaian sehingga pakaian dalam kotak belum berkurang. Nafsu dahulunya suka beli pakaian jadi stabil selepas guna cara Konmari.
Hasil sisih OUT untuk di hantar di tong kitar semula. Jangan hantar dekat rumah adik beradik, jiran kah, ibu bapa kah sebab ia menambah semak 'TIDAK JOY" pada rumah orang lain pula.
Nak beli pakaian baru boleh
Tapi pastikan ada IN ada OUT. Bila beli 2 baju baru, kena ada 2 baju sedia ada di pakai OUT. Serius, aku rasa seperti tak perlu lagi beli baju baru setiap bulan, sebab inilah kita berfikir dulu sebelum buat belian, fikir dulu pakaian mana perlu di keluarkan terus dari rumah.
Buat tau, memang senang dan teratur julia rasakan. Abg Qi yang umur 7 tahun tu pun dah pandai sebut 'SPARKS JOY toys in' & 'Dont SPARKS JOY toys out'. Toys satu rumah dalam keadaan teratur dan tiada istilah lambakan toys sana sini berkotak-kotak. Hanya 1 kotak untuk toys yang beri sumber ceria dan kegembiraan.
Masalah kita semua. SAYANG NAK BUANG!
Termasuk aku, suami dan anak sendiri selalu cakap sayang lah janganlah buang boleh pakai lagi, padahal setahun pun belum sentuh pakai, simpan lah berhabuk dan basuh lagi, simpan, basuh lagi. Sampai ke sudah masalah ini tak selesai.
Ada masanya untuk kita lepaskan barangan tersebut dengan baik iaitu dengan mengucapkan terima kasih terhadap barangan tersebut kerana pernah suatu ketika berkhidmat kepada kita atau masa kita beli ia membahagiakan kita.
Seronok tengok rumah tersusun dengan kaedah paling mudah.
Mudah! Cuba ya.
"Less is more."
"Less is more."
12 Comments
waaa juju..rajinnya kemas baju guna kaedah konmari
ReplyDeletekemas
ReplyDeleteAda in...ada out..bagus juga..tak bertimbun baju yang dah betul-betul lusuh.
ReplyDeleteNasib baik akak dok berdua ja dgn cik abg..basuh baju pun 2,3 hari sekali..
ReplyDeleteTq jujue for sharing.. Kita pun nak buat la method 3 baju kt rumah tu... Sebab asyik rotate yg sama ja kan... Mnyampah tgk baju mnimbun2
ReplyDeletebtul tu..syg nak buang.hhee
ReplyDeleteammi pun rasanya baru dalam 6 bulan lepas clearkan almari...let go mana baju yg bertahun dok simpan "yg bajet nak kurus nak kurus tp tak kurus2".. sedih tp gigih.
ReplyDeleteCayalah juju 👍
ReplyDeletepernh tgk juga ni...bab mengemas bj2 ngan melipat fuhhh...aritu pn byk juga yg dh asing2..mn nk buang..mn nk sedekah
ReplyDeletedone Follow
ReplyDeletehttp://asmasuhaimi.blogspot.com/
kaedah ni senang .. tapi nak mengekalkan cara ni .. Allahu .. susah! hahaha
ReplyDeleteSuka guna method konmari ni.memang tersusun dan teratur je barang kat rumah. sangat pratical dan sistematik
ReplyDeleteSharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)