Tersenyum manis si penulis tu kan, penat lelah dia berbayar dengan wang sendiri haha

Nak dekat pantai, nak hotel murah, nak bilik besar, nak dekat dengan kedai cenderamata, nak dekat kemudahan pengangkutan, janji nak dekat pantai!!! Haaa itu dia aku punya keutamaan, NAK HOTEL DEKAT PANTAI KRABI ! Titik! 😂

Carian dan kajian yang paling buat aku pening adalah hotel di Ao Nang Krabi, sebab bukan satu atau dua hotel jenis bajet, tapi berpuluh-puluh ada tau. Tapi, haaa ada tapinya. Kau kena tengok diri kau nak yang macam mana? Kau kena tengok kau kalau pergi seorang diri atau bersama rakan nak duduk ala-ala dorm memang tak jadi masalah.

Aku tak cadangkan korang tempah hotel di Bandar Krabi, agak membosankan haha kat sana lebih kepada aktiviti membeli belah, dari airport Krabi nak ke Ao Nang Beach melalui kenderaan hanya 40 minit sahaja, kalau dapat driver bijak dia guna laluan pintas dekat je aku rasa. 

Yang jadi masalah bila kau nak kena cari yang murah, testimonial pelanggan dulu yang cerita hot, dan kena dengan motif kau ke Krabi. 

Macam aku, sejak azalinya kalau travel ke mana sahaja memang jarang lah angkut ramai, kami selesa sebenarnya bertiga, senang nak gaduh ke nak gurau kasar ke tak adanya sentap bagai, nak ikut...ikut...kalau tak babai haha gituuu aku jenis brutal bab travel. 
Dapat check in awal tau jam 11.30 pagi lebih kurang sebab aku buat request awal dekat page Booking.Com mengatakan aku akan sampai ke sini anggaran masa 11 ke 12 tengahari. Sekali green light sungguh dapat masuk awal. Yahuuu, jimat masa! 

Hotel iRest Ao Nang Seafront, Krabi pilihan terakhir kami
Kenapa aku pilih hotel ini sebab ke semua yang aku cerita diatas menepati kehendak dan keperluan aku sepanjang aku berada di Krabi 4 hari 3 malam. 

Pada mulanya, top list aku adalah nak menginap di Phra Nang Inn, di hujung jalan besar utama Ao Nang Beach, tapi aku di psiko teruk harga dalam klik link sebelah 👉 Booking.Com hahaha, semalam harga rendah, tiberrrrr esok check harga melambung naik, naik dan tak turun-turun sehinggalah tinggal beberapa hari lagi aku nak berlepas...mencikkk! #rate asal murah tu aku check dalam 400 lebih utk 4 hari 3 malam la. Harga tu jadi semakin tinggi bila aku survey harian cecah 600 ke 700 lebih utk 4 hari 3 malam...apooo! 💦💦

 Laluan masuk utama nak ke hotel kami, dari jalan besar boleh nampak direct, dekat sebelah MCD Ao Nang Krabi, sebelah MCD ada Watson haa senang hidup kot nak cari apa-apa keperluan. 


 Aku saje ekori diorang dari belakang, tengok macam nak ke kiri dah tu haha, sekali ada seorang staf hotel ni kalut keluar laju tegur kami, Sawadikap! Dia nak tunjuk lobi di sebelah kanan, bukan di situ abang-abang dua orang tu haha, semangat diorang jadi tourist, tu sebab aku seronok dapat partner lebih semangat dari aku yang sudah sedia semangat dari dulu lagi kahkahkah. 💃💃

 Pandangan pertama, sebijik macam dalam website kami tempah tu. Banyak pokok, segar mata. 

Sebelum tempah sini, kami aim yang lain dulu haha
Tapi bila dia melonjak naik dan tak turun kami kena kental, aku percaya ada lagi hotel yang lebih merestui kami. Kami usya guna Google Image, kami survey melalui image, habis ke semua jalan dan kedai sekitar hotel tepi pantai kami dah hafal haha. 

Ternyata pilihan Hotel iRest Krabi paling aku sukai bila aku sekeluarga menginap di sana dan pilihan kami sangat tepat. Terus tak merajuk lama haha. 

Harga bilik pilihan di iRest Ao Nang Seafront Krabi. 

1 Bilik = 1 x katil queen (tapi aku tengok macam King) + 1 x katil single (Abg Qi)

MYR 463

7 % VAT RM32

10 % Caj perkhidmatan penginapan RM50
Total RM545
(***Hotel ni korang kena sediakan deposit THB1000 sebelum masuk ya, nanti nak check out dia bagi balik tapi kena pastikan tuala semua cukup dan barang tak rosak lah untuk refund)

Inilah hotel bajet yang murah bagi kami paling dekat dengan pantai Krabi hooyehhh, kami tak add on sarapan sebab kami beli sarapan dekat 7E depan hotel ni ada, kami makan CP brand, ada nasi goreng dan pelbagai jenis sosej. Senang! 
 Abg Qi usya siapa tu haha, haip! 

 Bilik penginapan kami no 105, tak payah naik tangga lega disitu haha, pastu ada kerusi dan penyidai tuala siap sedia ada di luar, eh macam resort mahal-mahal tau rasa, cantik lah dekorasi minimalis dia. 

Jom usya bilik kami, selesa tau. 😉


Abg Qi pau donut kat 7E lapor katanya hahaha, 
orang sibuk bergambar dia makan dulu. 😋

 Bilik air luas sangat, serius sangat luas, ada sabun mandi dan shampoo rambut disediakan. 


Kelebihan
  1. WiFi - ada masa laju, ada masa lembab. Tengok keadaan, sepanjang aku guna WiFi hotel lagi laju dari sim kad internet suami aku beli sebab aku share mobile WiFi tapi tak berapa kuat haha. Balik hotel baru aku upload gambar kt FB gituuu! 
  2. Bilik sangat luas
  3. Staf sangat friendly, boleh berbahasa Inggeris dengan baik
  4. Penginapan ala garden style
  5. Banyak tempat duduk di luar bilik.
  6. Pagi ke petang suasana sunyi je, mendamaikan.
  7. Bersih, kemas, dan tak kotor.
  8. TV banyak channel, jelas - terhibur dengan siaran Thai.
  9. Tuala dan katil di tukar dan dikemaskan setiap hari, hanya gantung kad di luar pintu.
  10. Tak dengar orang sebelah cakap, dinding kalis bunyi lah kira haha. 
  11. Mudah akses ke pantai, dekat gila sebab betul-betul tengah Pantai Ao Nang
  12. Dekat dengan tugu ikan todak, mercu Pantai Ao Nang Krabi. 
Kekurangan
  1. Hotel ni dekat sebelah kelab malam, haha dalam jam 6 petang diorang dh start set up kelab tau, bila kau balik bunyi dari kelab tu kedengaran agak kuat lah, tapi bila masuk bilik kami tak kuat dah lagu tu sebab bilik kami jauh sikitkan. Selamat sikit.
  2. Tak ada kolam mandi - itu bukan jadi masalah utama kami sebab kami ada Pantai Ao Nang haaa mandi puas-puas haha
  3. Ironing room - tak ada iron yang dihantar ke bilik korang tau, kena pi bilik iron dekat lobi hotel di sediakan. Sepanjang aku menginap, aku tak seterika tudung atau baju, sebab aku dah siap-siap bawa yang iron less. Jimat masa!
  4. Makanan deretan tepi hotel sangat mahal, ye mahal. Nak murah kena naik tuktuk ke Ao Nang Muslim Street, ala 5 min dah sampai. Banyak pilihan makanan muslim di sana dan murah. 
Perbandingan secara keseluruhan, kelebihan mengatasi beberapa kekurangan. Yes, kami suka menginap di sini, puas hati !

Siap gantung semua baju di hotel, terus kami solat Zohor dan bersiap nak jalan sekitar Pantai Ao Nang, panas terik, jangan lupa pakai sunblock, pakai cermin mata gelap dan pakai topi untuk elak panas berlebihan terutama yang ada anak kecil, pastikan mereka cukup minum air mineral. Beli kat 7E siap-siap. 
Tenang dan sangat cantik, besar tau Pantai Ao Nang Krabi, terkesima aku melihatnya. 

Peace! Lepak tepi pantai dekat 2 jam, kami tengok banyak mat salleh berjemuran haha.


Abg Qi tak sudah-sudah cakap, 'Umi, kenapa diorang tak pakai baju? Tak hitam ke? Aurat lah..." 😂😂😂 sesi menasihati Abg Qi sudah mula...aku sebagai pendengar hanya mampu senyum gatal hahaha, serius suami dan Abg Qi cakap hotel ni selesa dan sangat mudah untuk diakses. 💪


Selama 4 hari 3 malam, tak pernah lupa ootd depan hotel hahaha, semua berkepak, entah, pesen baru ootd juju pelik2 aku ajar hero-hero diorg ikut je gila-gila aku bergambar hahaha 😜😍💘

Alamat: 
Hotel iRest Ao Nang Seafront, Krabi
273 Moo 2, Beach Road, A. Muang
81180 Pantai Ao Nang, Krabi, Thailand. 

Okey, selesai bab hotel bajet di Krabi, Part 5 julia akan cerita perihal tentang app berguna untuk tempah 4 island hopping di Krabi menaiki speedboat, bukan long tail boat, tapi speedboat mewah!

Murah dan ternyata menjimatkan masa, duit poket dan tenaga. Macam kami, tak payah buat survey sekitar Krabi, hanya tunggu masa je nak beraktiviti. Yeyyyy! Itulah kuasa membaca, luas pengalaman. 

Tunggu tau, 4 island hopping checked 👍

Boleh ikuti episod lepas klik link biru dibawah:
Part 1 : Perancangan bajet pertama ke Krabi, Thailand
Part 2 : Lapan tips barang travel  penting perlu bawa kalau nak buat island hopping.
Part 3 : Tempah kenderaan dari airport Krabi ke Hotel pergi dan balik cara VIP 
Part 4 : Hotel iRest Ao Nang Seafront
Part 5 : 4 island hopping Krabi tempah awal guna app je dari Malaysia (coming soon)


Jangan lupa tekan SUBSCRIBE Youtube Channel Julia Johari ya. 
Selamat menonton! 

15 Comments

  1. Juju i thougt hotel bajet Juju tu rm80+. ni RM500+..Huhuu bukan bajet ini :) wish me sampai sana tau.. nak berjalan macam juju juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 4 hari 3 malam
      545 bahagi 4 malam = 136 satu malam (bagi juju yang travel dgn suami dan 1 anak, inilah travel bajet bagi kami)

      Dah cukup murah sebab kena tgk tujuan korang ke Krabi? Mcm juju ulang balik tulis sini, juju nak hotel dkt Pantai Krabi tau...so x mungkin nak hotel below 80 sbb tgk juga kawasan mana...juju survey harga tu x logik utk kami duduk sbb x capai matlamat asal...nak dkt pantai...pagi petang malam tatap pantai Krabi puas hati...bab makanan jatuh no 2...yg ni boleh akses guna tuktuk je ke aonang muslim street.

      All the best Ummi, hrp memahami reply juju. Kalau travel kedekut sgt tak enjoy namanya. 🤣

      Delete
  2. Owh kat area blkg mcd tu eh. Akk igt igt lupa. Tp blkg tu mmg byk hotel. Next time nk try hotel juju ni la. Akk klw pegi kena ambik 2 bilik. Maklum la anak2 dh besor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat Ao Nang Krabi tak silap juju ada 2 MCD tau, yang kami duduk ni dekat Ao Nang Beach, facing beach. Memang berbaloi-baloi sebab rata-rata hotel dekat beach MAHAL. Kedudukan pun strategik sebab berada di tengah-tengah pesisiran Pantai Ao Nang...ehhh rasa nak pi lagi hahaha

      Delete
  3. cantik hotel dia kak juju..bestnya dapat bercuti satu keluarga

    ReplyDelete
  4. Kat Ao nang ni kena pndai pilih Hotel. Kami pernah stay kat dlm skit. Dia mcm ala2 resort... Dalam tu ada swimming pool apa bagai... Yg kami duk ala2 rumah.. Dalam rumah tu ada 1 blik.. Lpas tu yg kt ruang tamu tu pun ada katil... Kita muat la utk kami 5 beranak time tu. Time tu Adriana kecik LG.. Pi dengan mak dengan adik... Harga dalam rm250+.. Consider cheap la kan sebab boleh masuk ramai.. Cuma cons dia tak dpan pantai betul2 la... Tpi kami pi dengan kereta OK la.. Senang nak gerak pi mana2 kan... Yg second time pi family day pun amik bungalow.. Yg dpn rumah tu ada swimming pool. Jauh dri pantai... Tpi OK la anak2 semua enjoy... Betul kata juju.. Kita pi ni kena tgk priority kita nk mcm mana... Payah la nak Dapat bwah rm100 kalau sekali dengan anak kan... Apa pun accommodation kena selesa gak.. Baru la enjoy kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju !!!!
      Seronok bila ada kereta...yg ni satu bonus sgt2 sebab boleh bergerak sendiri ke sana ke mari...boleh stay lagi murah.

      Yes Priority...ikut keutamaan agenda masing2...nak murah mmg byk bersepah...tp kalau nak depan pantai, carian juju buat masa itu inilah yang berbaloi dengan duit poket...janji PANTAI hahaha.

      TQ sharing Alia...i like so much your comment membina mcm ni...terbaik!

      Delete
  5. cantik gak bilik dia kan kak juju. Berbaloila dengan harga

    ReplyDelete
  6. Nak tanya, macam mana check-in awal ya?ke letak bag dlm loker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapat check in awal jam 11.30 pagi lebih kurang sebab julia buat request awal dekat page Booking.Com mengatakan kami akan sampai ke sini anggaran masa 11 ke 12 tengahari. Sekali green light sungguh dapat masuk awal. Yahuuu, jimat masa!

      Ikut rezeki masing-masing tau sebab masa julia check in bukan musim orang ramai ke Krabi. Boleh agak bila tgk suasana sekitar agak sunyi sikit, syoklah tenang.

      Delete
  7. pls share kan yg mobile apps tu..btw i terjebak dh book phrang inn tu..hehe..tq for sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Almost welcome pari-pari gelap hehe unik nama samaran awak tau hehe, saya dah kongsikan nanti cari kat entry2 lepas ye

      Delete
  8. Insyallah, bulan Jun nie ke Krabi dan tempah hotel yang sama.. terima kasih atas panduan.

    ReplyDelete
  9. Okay bookmark and hotel ni masuk dlm list

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)