KRABI Part 1 | Perancangan bajet pertama ke Krabi, Thailand
Aku dah sampai KRABI ! 💗
Follow hashtag #juliatakeskrabi #juliasukajalan kalau nak tengok gambar dan video di FB, IG dan lain.
Follow hashtag #juliatakeskrabi #juliasukajalan kalau nak tengok gambar dan video di FB, IG dan lain.
Gambar diatas gambar sebenar julia sedang menikmati pemandangan indah di salah satu sebuah pulau namanya Koh Phra Nang Cave, Krabi. Kemudian nanti julia cerita di lain entry kisah 4 island hopping yang sangat menyeronokkan dan mencabar! Naik speedboat, vrooommm! Hoi syok gila hehe.
Alhamdulilah, wish list ke Krabi, Thailand sudah berada dalam genggaman julia, macam mana persiapan pertama julia sebelum ke Krabi? Teruskan membaca dan catat okey.
Your money, your satisfaction!
Melabur lebih kau dapat lebih, kepuasan!
Jangan tanya ini travel bajet ke?
Yelah ini travel bajet keluarga anak satu, macam julia.
Kalau travel berdua, bertiga dan berapa ramai anak kau sekalipun, kalau kau pandai atur nafsu nak bajet, akan dapat bajet travel tapi nampak ala-ala mewah.
Jangan tanya kenapa nampak macam aku tak bajet travel sangat...
Aku rasa setiap kali entry naik pasal jalan-jalan, memang semua pasal bajet melancong murah.
Sebab itu aku ulang sekali lagi, Your Money, Your Satisfaction!
Aaaagituuu haha. 😂
Okey, ramai kan dah pergi Krabi, Thailand?
Yang sudah pernah pergi Krabi Thailand pasti korang merindui suasana tenang, kecantikan pulau dan keenakkan makanan di sana kan. Harus!
Kalau yang belum pernah pergi dan ingin pasang impian nak ke sana, aku cadangkan inilah langkah perancangan pertama yang anda kena lihat dan buat.
#Tempah penerbangan!
Kebetulan beberapa minggu lepas bukan masa promo tau aku dapat tiket harga sangat berbaloi untuk 3 orang. Abg Qi harga dewasa ye.
Total 968.40 nampak banyak?
Sebenarnya kalau aku buat pecahan jadi terus kau kata aku travel bajet.
Congakan:
RM968 bahagi 3 orang = RM322.70 seorang
RM322.70 bahagi pergi/balik = RM161 sehala
***(Makanan tak termasuk sebab aku makan siap nanti dengan keluarga, baggage hanya satu sahaja check in pergi balik sebab bukan nak shopping mana pun, travel santai sahaja, seat pun aku tempah pergi balik ye, aku tak suka AA campak kami merata-rata ikut suka)
Jangan bergantung pada iklan harga murah sahaja, sila selalu intai Air Asia, Malindo atau flight lain bermain dengan tarikh. Mana tahu rezeki macam aku, aku pergi waktu 1 hari cuti umum sedang berlangsung tau. Jimat cuti tahunan aku terus. 👏
Kebetulan Abg Qi pun sekolah dia bagi suruh cuti sebab abang dan kakak nak jalani UPSR, maka kredit besar bagi keluarga sendiri. Tiada istilah ponteng sekolah semata nak holiday.
Rancang!
Aku suap terus tau, tinggal kau nak buat ke tidak je haaa, melainkan kalau kau baca je bulat-bulat tajuk entry aku dan terus komen maka aku anggap kau tak berminat nak tahu pasal apa aku plan untuk holiday kau haha.
👿Jangan komen jawapan yang ada dalam entry tau, nanti aku delete komen kau kekal jadi batu bersurat haha.💀
Jangan malas, rajin baca luas ilmu kau. Suap dah ni, makan puas-puas! 😆
Aktifkan dan buat tempahan
1. Overseas ATM facility - klik Activation - Done!
Kau dah tempah flight pergi balik, jangan lupa bank. Itu nadi perjalanan kau jadi selesa. Teringat tu terus setkan awal-awal tau. Manalah tahu last minute tu lah kau teringat kat airport nak activate ATM Overseas, bikin macam-macam hal nanti.
Macam aku, seminggu sebelum nak berlepas aku set kan siap-siap tarikh mula dan akhir aku nak guna kat sana.
Aku activate sehari awal dan aku lebihkan activate hari dalam 3 hari macam itu. Sebab aku tak tau apa jadi kat sana tau.
Nasihat aku jangan activate masa tu ngam sangat dengan tarikh flight, pastikan sehari awal dan lebihkan tarikh.
Sampai Malaysia, selamat semua. Kau buka balik apps bank, tekan semula Overseas ATM facility klik 'Deactivation'. Selesai. Mudah!
Depan hotel aku menginap di Aonang Beach, Krabi ada satu mesin ATM yang sangat berdekatan, aku keluar duit kat sini kalau tiba nak shopping lebih ke haha.
2. Debit card purchase limit - RM1-3k - Done!
Paling penting nak ke luar negara, walaupun negara tu negara jiran kita kena sediakan payung sebelum hujan. Mana lah tahu setibanya di sana kita dah over budget, atau ada kecemasan paling tidak kena ada 2-3k dalam akaun bank simpanan.
Kalau negara europe tu agaknya kena lebihkan sikit kot, yelah mata wang sana kan berganda-ganda.
Kalau ada kad kredit tu lagi senang, nanti sampai Malaysia boleh bayar balik kan. Tapi kau kena jujur bab bayar balik, kalau tak makan diri.
Macam aku ada kad debit je, maka aku kena sediakan lebih dari biasa jika ada apa-apa berlaku luar jangka. Doakan aku semua berjalan dengan lancar.
Min pengeluaran ATM mesin di Thailand
[ THB2,000 = RM337.51 ] tahun 2019
Hari ketiga di Krabi aku keluarkan duit di mesin ATM, senang dan sangat praktikal. Kalau nak shopping lebih, fulus kena sentiasa lebih dalam ATM. Kot lah teringat nak beli apa-apa yang menarik.
3. Tempah Hotel melalui Booking.Com - Done!
- Kebetulan naik pangkat ke Genius Peringkat 2 Traveler, aku layak menikmati 15% diskaun sepanjang tempahan mana-mana hotel.
Macam mana aku dapat? Teruskan setiap buat tempahan dengan klik link👉Booking.Com korang pasti boleh dapat, sekejap je aku naik dari Peringkat 1 ke Peringkat 2.
Hotel mana aku menginap?
Tunggu entry Part 1 Julia ke Krabi akan datang, aku kena survey dulu pro & cons pasal hotel ini dulu. Janji ia murah dan SEAFRONT hooreyy! 😍
4. Shuttle : Krabi airport 👉 Aonang / Aonang 👉 Krabi airport
Website ini sangat membantu perjalanan julia sekeluarga. Tak payah nak cari bas atau teksi on the spot, tak payah nak tawar harga depan airport. Harga yang dipaparkan sangat munasabah ke kawasan hotel korang tempah.
Nanti entry akan datang julia cerita lebih lanjut beserta gambar Abg Qi, dia terkejut dapat surprise bila ternampak... tunggu tau haha.
4. Pakej underground
Senang aku cakap kau siapkan duit untuk pengangkutan/makan dan sebagainya. Apa jenis pakej kau nak ikut duit poket kau sebenarnya.
Bagi aku, dah namanya holiday aku allocate lah dalam 1k untuk 4 hari travel. Hari-hari naik kenderaan, hari-hari makan entah berapa kali makan nak di kira haha tu belum bab shopping lagi. Aku kali ni tak nak shopping sgt, aku nak makan dan tengok laut puas-puas.
Pantai sana kan biru kehijauan atau mat salleh selalu up kat IG, turqoise beach aaagiituuu...
Aku nak tengok keunikkan sebenar empat pulau sekitar Krabi di mata aku.
Ehh nantilah aku pecahkan part by part ye pasal pakej speedboat ni aku tempah melalui website juga.
8 Sept 2019 jam 4.30 pagi, flight jam 9.30 pagi.
Tapi tak ada maknanya, berlepas awal jam 9 pagi tau. Jangan main-main last minit sampai, nanti kena tinggal. Ingat tu, bukan AA tunggu kau, kau kena tunggu AA.
5. Kau enjoy lah!
Kan senang hahaha, jangan fikir pasal Malaysia buat masa ini, pergi negara orang kau jaga santun, budi pekerti kau. Jaga kebersihan, jaga masa, masa, masa sebab apa aku ulang masa banyak kali? Sebab orang Malaysia kalau berjanji selalu tak tepati, ehh ni bukan semua aku cakap pada sesetengah orang tau.
Kalau ada kecemasan tu lain cerita, itu pun kena info awal untuk elak orang salah sangka. Kalau sengaja terbangun lewat tu menempah bebelan orang lain tau haha.
6. App Kalkulator Tukaran Mata Wang Asing
Sila cari kat Play Store hp korang dan download app tu awal-awal. Senang setiap kali kau nak tempah makanan ke, naik tuk tuk ke, nak pergi shopping ke setiap nilaian kena congak dalam app dulu.
Kalau otak kau jenis senang congak dan faham tak apa, macam aku ni jenis cepat lupa. So suami aku lah aku punya kalkulator bergerak, kalau harga 1 tshirt THB180 kau ambil hp buka app kalkulator tukaran mata wang asing, baru tau harga semasa, kalau mahal pepandai lah kau nak tawar. Jangan malu buat macam ni depan penjual, kau buat tandanya kau bijak macam aku haha, so diorang tak ada lah menipu harga tinggi sangat, silap-silap rezeki kau dia tanya how much you want?
Masa inilah harga kau pegang! Faham kan?
Pandai...haha
Okey, cukup sudah 6 tips aku beri.
Masa korang tengah baca ni aku dah selamat sampai kat Krabi, agaknya tengah sibuk ronda-ronda sekitar Krabi.
Sempena travel kali ini, aku hadiahkan percutian istimewa ini buat anakanda kami yang tersayang sempena hari jadinya yang ke 7 tahun pada 31 Ogos 2019.
Alhamdulilah, rezeki dia. Sampaikan nama pickup kenderaan di airport Krabi pun aku setkan nama Mr. Qaiser Ilman. Tersenyum manis dia bila nampak nama dia terpampang di bumi Krabi...buktinya nanti aku share next entry beserta video hehe.
Bila lagi nak hargai si anak, asyik kita je nak anak hargai kita kan. Tunjuk contoh elok, insyaAllah si anak akan faham suatu hari nanti.
Rujukan Krabi aku banyak baca:
***Part 2 aku nak cerita barang-barang apa aku bawa ke Krabi, penting beli siap-siap dari KL lagi. Jangan beli kat sana last minit, mahal tau. Tunggu next update.
Boleh ikuti episod lepas klik link biru dibawah:
Part 1 : Perancangan bajet pertama ke Krabi, Thailand
Part 2 : Lapan tips barang travel penting perlu bawa kalau nak buat island hopping.
Part 3 : Tempah kenderaan dari airport Krabi ke Hotel pergi dan balik cara VIP
Part 4 : Hotel apa juju menginap di Aonang Krabi? (coming soon)
Boleh ikuti episod lepas klik link biru dibawah:
Part 1 : Perancangan bajet pertama ke Krabi, Thailand
Part 2 : Lapan tips barang travel penting perlu bawa kalau nak buat island hopping.
Part 3 : Tempah kenderaan dari airport Krabi ke Hotel pergi dan balik cara VIP
Part 4 : Hotel apa juju menginap di Aonang Krabi? (coming soon)
Jangan lupa tekan SUBSCRIBE Youtube Channel Julia Johari ya.
Selamat menonton!
11 Comments
Rajin mencari. Bijak berkira-kira. Ikut list jangan terbabas.inshaAllah OK. Terima kasih perkongsian.
ReplyDeletewow bestnya
ReplyDeleteBestnye. Rancang awal2 smooth je perjalanan ye. Marina jenis plan last minit. Thank you share. Bolehla jadikan pamduan kalau nak ke krabi nanti😊
ReplyDeleteHappy belated birthday abg qi! Anak Merdeka rupanya dia :)
ReplyDeleteEnjoy your holiday juju ❤️
Seronok melancong dengan family kan.. Travel is about enjoying your time exploring the places.. Kalau nak budget sangat sampai tak enjoy tak best jugak kan...
ReplyDeleteThankyou kak ju tip yg berguna
ReplyDeleteWow bestnyaa.. kongsilah banyak-banyak tips lg ye sbb nanti nak buat bajet pergi krabi jugak. insyaallah kalau ada rezeki..
ReplyDeletenice.. tips yang sangat berguna. thanks for sharing
ReplyDeleteGood tips . Boleh try nanti . hehehe
ReplyDeleteTunggu next entry Juju... Teringin nk pi Krabi gak..
ReplyDeletefuh gigih baca tau..terbaikla kak..alahaii jom travel sama kak..hehee
ReplyDeleteSharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)