Tahun 2019, dari tanah kosong sejak Nov 2016 sekarang dah berdiri siap, sedang mencantikkan dalaman.
Ramai dok risik sebenarnya, sebab terlalu lama julia tak kongsikan sampai tahap mana dah rumah idaman julia (undercons) tu di bina. Bila semak balik entry last yang julia karang pasal rumah ni di bulan Nov 2017, what ! 

Lama betul, sebenarnya ada juga rasa malu dan rasa sesuatu. Takut pemahaman pembaca mengatakan julia kalau selalu kongsi pasal progress rumah nanti dikatanya menunjuk, riak dan sebagainya. 

Maaf eh korang aku kena jelaskan kat sini apa aku rasa. Takut persepsi pembaca lain, padahal niat aku lebih kepada catatan pengalaman dan aku tahu ramai pembaca diluar sana berkeinginan nak beli rumah, tapi tak tahu cara bagaimana, bercampur takut nak mencuba dan takut kena tipu. Itu lumrah, kena cabar diri yang kita boleh!
Awal tahun 2019 tak silap, lama gambar ni aku simpan, ini progress bawah rumah, laluan utama nak masuk parking. Dulu tapak ni tanah kosong je, sekarang terbina mahligai. InsyaAllah sarang burung pipit kami yang kecil ini harap jadi tempat berteduh sementara sebelum pindah ke alam nyata.
Sebab niat aku kongsi ni lebih kepada pengalaman dan ilmu sedikit cuma dalam konsep beli dan melihat rumah undercons. Kalau beli rumah siap tu lain ceritanya kan. 

Undercons perlu kesabaran, seperti melihat seorang bayi membesar depan mata sehingga genap umur tertentu untuk ke sekolah.

Macam itulah julia rasa. Sabar dan tatang duit interest bulanan di bank dengan sebaik mungkin. Yang ini memang aku suka awalkan bayaran, dapat je gaji terus aku bayar sebelum tiba 1 hari bulan, kira bayar awal dari tempoh sepatutnya untuk jaga rate interest. 

Alhamdulilah, aku selesa dengan bayaran sekarang, tak mahal sangat tapi ia mengajar aku erti sayangkan rezeki dan peluang diberi.

Bagi yang terlupa, aku pernah karangkan satu entry di awalan bagaimana aku dan suami hunting rumah, sangat bersahaja dan tak sangka peluang depan mata kami rebut dengan izinNya. Boleh baca sini klik 👉
SINI
Anak panah merah, gambar ni dah beberapa bulan lepas diambil, rasanya dah siap jalan depan kondo ni.

Aku suka struktur reka bentuk corak parking tu, ada jaluran dan berkotak, nampak unik di mata. Aku suka macam ini, bukan setakat kita kena fikir deko atau reno dalam rumah, luaran rumah kondo pun kena menarik baru rasa nak balik rumah selalu, nak melekat dekat rumah selalu haha. 
Sarang burung kami ada kolam, ini work progress kolam, pertama kali tengok juga ni, gambar kolam ni ihsan dalam group owner kondo, siap ada group wassup, husband je join i tukang tengok haha alhamdulilah ni salah satu sebab kenapa aku suka duduk rumah cukup facilities/amenities. 

Sebab korang sedia maklum, aku dan family kecil aku suka travel, tak jauh dekat2 jadilah. Ini jadi salah satu sebab untuk sentiasa menginap ala-ala mini hotel tapi bentuk rumah sendiri. barulah syok hidup, ada motivasi hidup dalam bekerja dan kehidupan seharian. 

Kadang-kadang nak cari rumah ini bukan setakat memenuhi keperluan, tapi lihat balik apa kita minat lakukan relate dengan kediaman. 

Mungkin kawasan sekitarnya, rupa rumah, kadang-kadang kawasan kejiranan juga perlu kita pantau agar timbul rasa harmoni sepanjang nak menetap di rumah. 

Takkan kita nak jadi katak bawah tempurung ye dak...hidup ni kena bermasyarakat sikit baru lah sejahtera rasa.

InsyaAllah, katanya sebelum hujung tahun 2019 dapat kunci, aku tengah buat senarai semak untuk part minor reno, rumah kecil pun kena bagi sikit sentuhan ala-ala menginap mcm hotel bajet tau, aku nak macam itu, ada rasa sense of hotelier (a person who owns or manages a hotel aagituuu kekdahnya haha kemain angan tu) 😜

Aku tak update lagi dalaman, ada je gambar, tapi aku rasa logik kalau aku jimatkan masa untuk uar-uarkan sebelum dan selepas reno, baru rasa seronok sikit nak mengarang. Bab semak defect tu aku tak share sebab tu perkara biasa bagi setiap orang untuk audit kan. 

Nantikan bila tibanya aku up story pasal reno atau belian barangan dalam rumah, simple je janji tak mahal sangat dan kena dengan bajet kami. 

Doakan ya urusan sarang kami dipermudahkan. Amin. 😍

14 Comments

  1. wah bestnya rumah juju. next open house kat sini pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi ummi, alhamdulilah hope everything goes well on schedule hehe, haaa open house insyaAllah, but will choose private invitation only...tak larat handle kalau open house haha

      Delete
  2. Terbaik jujue.. Nanti da dpt kunci boleh cerita part deco2 plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks a lot Alia, always here support my dreams, now soon my dreams comes true...i'm so exited to share with you all here hahaha, by the way decoration will be more simple coz my house so so tiny one Alia hahaha so dream big with tiny house :p

      Delete
  3. tahniah sis, dh nka siap rumahnya

    ReplyDelete
  4. akak suka bc entry org share psl umh...atleast bole dpt ilmu...yg fikiran ckp nk riak ke tu tu masalah hati depa...tp rasanya die pn sibuk juga nk tahu kan kalo org share info...juju nanti share tau progress...akak pn nanti nk update juga cuma tk kesempatan...sbb kita bole tgk progress umh kita kan..apa perlu byr..apa yg nk kena bli kn...

    ReplyDelete
  5. Tahniah, Ju.
    Cantik nampaknya. Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  6. Wah... Hari2 abg Qi berendam la mcm Ni... Jimat duit Umi Dan Walid p hotel naaa... Anyway, cogrts kak ju������

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah tahniah juju!
    Seronok dapat beli rumah idaman kan :)

    ReplyDelete
  8. semoga dipermudahkan juju masuk rumah baru..

    ReplyDelete
  9. suka tengok rumah baru juju. di kat area putrajaya ke ni?

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)