Cermin jadikan backdrop haha 😜

Aku pernah kongsi bulan lepas yang aku TAK BOLEH MOVE ON ? 
Korang ingat lagi tak kisah tu? Alaaa jamuan hari raya rumah julia tu lah klik SINI, lepas dah anjur pada 22 Jun 19 lepas, masuk tarikh 20 Julai 19 aku ON balik jamuan makan-makan hahaha. Inilah namanya AKU TENGAH MOVE ON !!! Come on Julia setiap bulan nak anjur majlis makan-makan ke? 

Ehh tak ada lah setiap bulan, korang tahu kan tahun-tahun lepas kami kerap travel ke sana ke mari, tahun ini kami kurang travel. Dapat hidayah anjur majlis makan-makan. Aku dah rasa feeling event planner ada je idea nak buat event itu dan ini...

Bulan Jun 19 jamuan raya, bulan Julai jamuan makan sempena apa juju?
Haaaaaa....ini yang nak khabar kat follower dan readers semua.

Jamuan makan-makan 2.0 sempena 'Hari Ulang Tahun Perkahwinan Julia dan Suami yang ke-8 tahun'. 💕

Selalu dengar majlis hari jadi, majlis akikah grand kan orang anjur jamuan, ni aku ubah event kepada wedding anniversary celebration khas dengan kawan-kawan tau. 

Only kawan, yang lepas-lepas dah buat reunion dengan keluarga so kali ini kasi peluang juju dengan kawan-kawan meraikan hari ulang tahun kami. Yahuuu!
 Aku tak reti nak deko untuk jamuan, teringin nak deko, aku buka You Tube, hasilnya aku buat sendiri tadaaa!!!

Ya, kawan kau ni, orang kata aku gigih sangat! Erkkk! Aku rasa aku buat bukan sebab nak tunjuk aku pandai deko, bukan sebab aku pandai reka bunga ni, aku sedang ajar diri aku berfikir dan buat di luar kotak. 

Dulu mana aku reti, sekarang mencurah-curah idea untuk deko majlis sendiri tanpa hire mana-mana event planner. Mengimbau saat 8 tahun lepas aku dengan suami buat semua persiapan kahwin berdua tanpa harap sesiapa...dah kahwin aku buat sendiri, bukan egooo..no, no, no, ni namanya GIGIH kawan aku cakap siap ada yang komen minta kak juju ajarkan macam mana, ya percayalah! Haha. 

 Aku survey kat kedai, bunga kipas macam ni harga dah siap mahal lah, kenapa aku tak jumpa harga murah, itu yang aku buat sendiri, kos tak cecah ringgit pun, guna kertas apa yang ada, gam dan gunting. Soletap je kat cermin, senang rupanya nak hasil bunga kipas tu hehe. 

'BEST DAY EVER'
Ayat Best Day Ever tu aku beli kat Kaison, memang susah nak cari wording Happy Anniversary, semua kedai DIY, Ninso, Daiso aku pi tak ada signage tulis ayat ulang tahun tu...dah kenapaaaaaaaaa kedai tak nak jual? **tiberr emo hahaha

Tolong jual lah...kesian aku...tak semestinya wedding anniversary kena di sambut, banyak ulang tahun kan...macam-macam jenis....juallah ayat kad board "Happy Anniversary" senang beli dan sangkut. 

Aku ye otak pilih yang paling safe, 'BEST DAY EVER'. Kira ayat motivasi gituuu khas untuk sambutan anniversary...okeyyy mujur leh pujuk hati haha. 
 Sekali tengok macam sukaneka pun ada hahaha, lantak, rumah aku ikut suka aku nak deko, janji ada lah kelainan betul tak, bendera warna warni tu aku beli kat kedai DIY, panjang sungguh, aku kerat setengah. Setengah lagi aku buang, nak simpan pun lom tentu nak buat apa haha, mujur murah !


 Tulisan julia ni, haha, disebabkan nak dapatkan tema ala-ala jamuan ulang tahun aku deko 3 kertas di tangga, so bila tetamu duduk diorang boleh nampak dan baca...8 tahun aku kahwin dengan ayat ala-ala sikit romantik...kena berani macam julia nak tulis macam ini, mujur suami sporting...hahahaa (mesti dalam hati dia berbunga)

 Untuk tetamu, lebih kurang 15 keluarga aku jemput, lucky draw ni aku ikhlas beri kat geng mak-mak. Semua tema barang dapur hehe harap diorang sukalah tuan rumah bagi hadiah istimewa sempena hari ulang perkahwinan kami. 😍

 Mandi cili kering ke julia? hahaha

Seminggu sebelum jamuan, aku sibuk dengan persiapan cili kering, apa lagi sebemban cili kering aku bawa di pejabat gunting waktu lunch, serius weh! Ingat senang nak jadi supermom? Kerja hakiki aku dahulukan dulu ye...waktu lunch adalah waktu aku, so jangan cakap aku tuang kerja...nanti kena tumbok hahaha #gurau. 😝

Inilah dia persiapan, 2 hari ke 1 hari sebelum.
Kek tu sehari sebelum majlis kami berdua pergi ke Bukit Beruntung nak beli kek sedap dan murah haha, ye murah dan bagi tekak kami yang cerewet ni cakap memang sedap. 

Tu sanggup beli drive masa sejam lebih baru sampai...gilerrrrr kan! Ada senang order online tak nak...nak gak pi beli sendiri...tapi takpeeee...puas hati !

Dua biji kek borong terus, kau rasa? 😝 mana nak dapat sedap dan murah kat area rumah?
Kena merantau sikit dan borong baru berbaloi tol kau haha. 
Sehari sebelum jamuan ulang tahun aku di uji weh!

Jumaat lepas 19 Julai aku cuti kerja, baru claim cuti gantian. Aku ber ME TIME dekat rumah seorang diri hias rumah dan buat persiapan awal untuk jamuan makan, sebab hampir 80 peratus aku masak. 20 peratus lagi macam kek dan aiskrim malaysia aku beli dan sejukkan dalam peti ais. 

Nak jadi cerita, dari pagi sampai petang jam 3 lebih baru aku duduk. Aku berdiri sejak awal pagi tau, dengan tak lalu makan...semua aku sibuk persiang bahan-bahan mentah di dapur sambil dengar radio...

Solat semua, aku ke Bukit Beruntung dengan suami, balik dari sana jemput Abg Qi kat sekolah, alang-alang dinner kat luar terus. 

Balik je rumah, aku buka pili nak basuh beras awal utk masak nasi lemak esok pagi senang aku campak je keesokkan pagi dalam rice cooker...sekali kau AIR TAK ADA., hatta setitik pun!

Dengggggggggg! Jemmm kepala otak aku...terus macam gelap depan singki.
Dari jam 8 malam, sampai jam 10 malam aku melanggut depan dapur...aku solat berdoa Allah permudahkan majlis esok...tapi gerak hati aku cakap ONZ ke TAK ONZ?

Bincang dengan suami, kata akhir dia bagi tahu, baik beri tahu awal kawan-kawan masalah melanda...aku down...down sebab aku masih berharap air ada jam 1 pagi nanti.

Sekali buka page fb Air Selangor, ada masalah pencemaran bau di sungai Selangor. EMERGENCY kata mereka...ALLAH berderau jantung aku....air bekalan di bilik air aku hanya cukup mandi dan basuh. Untuk memasak TIADA langsung air!

Sedihhh ooo...aku cuba nak tahan sebak...sekali lepas solat aku menangissssss kat anak tangga...suami dengar, Abg Qi dengar...diorang diam je....diorang tau aku penat...aku takkan penat kalau air ada...malah makin bersemangat. 

So aku pm semua kawan-kawan cakap tak jadi....
Esok aku sambung cerita ni tau...

5 Comments

  1. Alahai...tengah seronok- seronok ada plak musibah ye...hey cepat sambung...

    ReplyDelete
  2. dah tau ending nyer.
    abang Qi makan nasi lemak penuh sambal :) hi hi hi hi...
    tahniah Ju.
    rajin. bersemangat. lenkali jemput aida ekk, kalu free, dari Melaka aida ke sana.
    proud of u, Ju.

    ReplyDelete
  3. seronok tgk juju punya event makan2,cik sue pun suka jamu kawan2,tapi skrg si kecik ni melasak,tak mampu nak.bergaduh ngan dia,tggu besar2 abam.qi la senang suh kupas bawang hahahhaha dulu2 zaman bujang,siap masak n antar kat kawan2 lagi...seronok kan feel bg org makan ni...

    ReplyDelete
  4. Sikit hari lagi boleh jadi event planner juju ��

    Bah air takde tu memang dugaan betul huhu...

    ReplyDelete
  5. kalo jenis yg suka deco2 ni sebolehnya mmg akan buat sdiri...kwn akak sorg suka juga bab2 deco ni walaupun ada ank kecik..kdg2 kami tgk die penat tp die suka bab2 deco

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)