Musim open house sana sini, tahun ni memang meriah lah berbanding tahun-tahun sebelumnya. Sampaikan julia dan suami pun sepakat nak anjur jamuan makan hari raya serta niat kesyukuran selepas keluar dari HKL tahun ini. Tujuan kenduri kesyukuran tu nak buat sejak awal bulan 2 lagi, sebab ada kekangan tertentu jadi jamuan hari raya aidilfitri 2019 haha, janji niat kerana Allah tu dah sampai. InsyaAllah.

Hari ini julia besar hati nak kongsikan satu tips yang mungkin berguna untuk kalian yang bercadang nak buat jamuan makan kecil-kecilan atau besar-besaran tanpa catering. 

Maksudnya, sama ada korang masak sendiri menu jamuan atau sub order dari restoren terpilih. Tak semua restoren yang kita sub order menu boleh menyediakan peralatan sajian makanan tau. Jadi kami dah ada pilihan menu order bagi sajian utama, yang memeningkan kepala nak saji guna mangkuk apa, takkan mangkuk nasi biasa kat rumah tu mana cukup nak ulang-ulang letak dengan nak melayan tetamu datang...haa ini tipsnya. 


Aluminium tray jawapannya!
Macam pernah dengar, tahan kah julia?
Ya memang tahan, tapi jangan alihkan sangat bekas ini bila dah isi makanan. Maksudnya ia keras, utuh dan sejenis aluminium yang sesuai untuk isi makanan ulang-ulang tambah. 

Dimana julia dapatkan?
Di Ninso, kebetulan kedai Ninso ini sangat popular di kawasan Selatan dan Timur tanahair, baru sekarang Ninso bertapak di Greenwood Gombak. Satu tray ni baru RM2.10 sebab semua kedai ini sekali pandang memang macam kedai Eco tu tau. Cuma disini kawasannya lebih luas banding kedai Eco. 

Ada berapa bentuk?
Setakat julia survey dan ingat ada dua bentuk. Satu jenis memanjang dan satu lagi jenis empat segi. Suami pun setuju kami guna kaedah ini, berbanding niat asal nak beli bekas letak makanan plastik jenis keras tu yang ada di Giant. 

Ada lekuk untuk saiz panjang, julia cuba picit di tengah bekas ni, agak keras dan sedikit melendut kalau kita penyet, tapi ia kembali ke kedudukan asal bila tak tekan lah. Memang nampak mudah dan praktikal cara ini. 

Semasa nak isi makanan, kami basuh dulu Aluminium foil ini bersih-bersih, kami letak ayam goreng, gulai ayam 2 kali refill, nasi impit, spagetthi, kuah pasta panas-panas. Aluminium foil ini dapat bertahan lama, bayangkan jamuan makan raya kami persediaan makan pun di awal pagi, dengan buah potongnya serta lain-lain. 

Contoh salah satu menu dessert julia persembahkan dalam aluminium foil, kek lapis pelangi Sarawak homemade, potong kecil-kecil dan susun dalam bekas ni, senang di bawa ke mari tau.

Lepas habis majlis jamuan, tak ada kisah nak cuci bekas makanan jamuan, kami simpan lebihan lauk dan kami hanya perlu penyetkan sahaja aluminium foil dan kumpul setempat untuk kitar semula. Mudah dan sungguh praktikal. Cubalah ye idea julia, sebab ramai yang suka cara ini. Kalau beli di kedai kek agak mahal dan berbeza sikit kualitinya, baik beli di Ninso. 

Kedai Ninso ini baru kami jejak selepas balik dari beraya di kampung Pahang, ramai juga yang datang sini selepas habis bekerja dan ambil anak dari sekolah. Jom tengok apa yang menarik dalam Ninso Greenwood Gombak. 


Pinggan plastik pun design simple menarik perhatian. 

Softener ni RM2.10 gak satu, julia saje beli satu try guna untuk mesin cuci baju, wangiiii...nanti nak beli lagi berbaloi dan murah. 


Puas hati, inilah tips julia kalau nak anjur jamuan. Apa sahaja event macam picnic ke, jamuan opis ke, jamuan keluarga ke boleh guna kaedah ini. Selamat berjamuan dan rapatkan silaturrahim. 

Nanti julia share entry baru akan datang, gambar sekitar jamuan hari raya 2019 kami. Tak sabarnya nak up entry...tunggu!

17 Comments

  1. owhhh..bagus2.. yg penting jimat ruang nak simpan. if beli yg keras..mmg ssh nak simpan.mkn space

    ReplyDelete
  2. boleh rabak poket kalau akk ke ninso ni. x pernah sampai lagi padahal hari hari lalu lalang kat sini.

    ReplyDelete
  3. Dah sampai Ninso ni... Tabah jer laaa, dah masuk macam tak jumpa pintu keluar! HAHAAA...

    ReplyDelete
  4. Julia dah sampai ninso ni ye. Thanks for the info. Baru tahu kedai ni jual apa hihi. Selalu lalu tapi dari tepi jalan Greenwood tu nampak peralatan catering; dome, tray dsbnya. Will terjah definitely :D

    ReplyDelete
  5. dkt greenwood..tk pernh prasan tmpt ni..nmpk ala2 eco..tq juju sharing..nanti bole terjah tgk

    ReplyDelete
  6. sedapnya kek tu..
    ninso tak pernah pergi, mcm kedai eco ke?

    ReplyDelete
  7. tak pernah masuk ninso ni.. bagus jugak jue share.. at least tahu amenda dalam tu.. huhuu

    ReplyDelete
  8. anak2 aida kalau ke ninso, hmmmmmm fengsan ibu nyer nih!
    elok bekas ni, Ju. tq for sharing.
    nowadays, kebanyakan food selller pun jual makanan dlm bekas ni.
    mudah. boleh masuk dlm oven / microwave.

    ReplyDelete
  9. yang kuih warna warni rainbow tu nampak sedap sangat. rasa mcm nk gigit laptop ni. haha

    ReplyDelete
  10. Terima kasih perkongsian ni.x pernah pergi ninso.
    Dah mark down cari satu hari pergi

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)