Abg Qi dah menjangkau 6 tahun 8 bulan (dah masuk Darjah 1 dah pun hehe), korang pernah baca kan perkongsian julia dulu bagaimana julia melatih Abg Qi seawal umur 6 tahun lebih mula fasa membaca secara intensif. Kalau ketinggalan boleh baca link biru dibawah, jangan lupa klik:


Nak seribu daya tak hendak seribu dalih, ye tak dinafikan aku memang mementingkan ilmu anak. Sampaikan sekarang sekali sekala aku bagi Abg Qi pilih judul bacaan yang dia hendak baca, beberapa hari lepas janji dengan dia nak bawa ke perpustakaan awam, hari demi hari setiap hari dia selalu tanya bila nak bawa dia ke perpustakaan hahaha...

Jangan berjanji tapi tak tepati, akan tepati cuma tunggu masa umi dan walid free, nanti umi bawa ye, Abg Qi dah nampak mulai suka buku, lagipun dekat atas meja pejabat julia penuh bahan bacaan berupa buku motivasi. 

Perlukah aku bantu Anak Membaca Awal?
Yang buat aku terdetik berlari pantas bab nak ajar Abg Qi membaca saat dia sambut hari jadi yang ke-6 tahun pada bulan 8 tahun 2018, masa itu dia langsung tak tahu tau membaca. 

Bayangkan lah aku biarkan dia bertadika macam biasa je selama 2 tahun, bab ilmu agama memang tadika bagi penekanan hebat, cuma bab membaca aku perasan Abg Qi lambat nak pick up, apatah lagi nak suh aku ajar, aku pun tak tau teknik macam mana, asyik nak marah je sikit-sikit menyinga ada kala lah haha.

Alih-alih aku tersedar yang aku kena rawat ilmu bab membaca si dia dengan kadar segera. Aku tak nak dia ketinggalan...takkan nak pi sekolah baca nama sendiri pun tak reti? At least, baca nama kelas pun perlu betul tak. 

BULAN PERTAMA HINGGA BULAN KE-3
So aku masukkan dia ke kelas 3 bulan...memang membantu sungguh! 
Baca sini klik 👉Hasil 32 hari belajar membaca

Program 3 bulan

Tamat 3 bulan apa langkah seterusnya aku buat?
Bila dah tamat program 3 bulan, aku tak biarkan dia macam itu sahaja tau. Bulan ke-4 hingga bulan ke-5 setiap malam dia kena baca 1 tajuk cerita pendek, intensif, kadang-kadang ulang balik buku program dia macam dekat video diatas kalau dia ada buat kesalahan. 

BULAN KE-4 HINGGA BULAN KE-5
Ya, tamat program dia dah dapat step by step bagaimana hendak menyebut terus tulisan dua suku kata, empat suku kata dan seterusnya...fasa ini jangan korang tinggalkan dia. Kena ada sambungan, caranya latih dia membaca buku baru, buku cerita yang dia suka nak baca. 

Belikan. Jangan tangguh...
Baca salah? Tegur dan tegur, masuk kali ke tiga dia ulang salah minta dia ulang-ulang perkataan tu sampai dia bosan hahahaha...ye sesekali kena ajar cara hukum macam ini, baru dia serik sikit nak ulang kesalahan sama berpuluh kali.

Bila rasa susah, kemanisan dia akan belajar dia Ingat!

BULAN KE-6 HINGGA BULAN KE-7
Ye setiap hari Ahad, exam membaca. Bukan ulangan bahan ye, all new exam, fresh! Bangun pagi lepas sarapan kena baca buku 2 tajuk cerita, tengahari lepas solat zohor iqra on. 

Wajib buat tanpa culas! 

Petang sampai malam free and easy, sapa cakap anak seorang dimanja dibelai? Alhamdulilah, apa pun berpada kan. 

Seronok tengok pencapaian Abg Qi hasil 7 bulan sahaja sudah nampak membaca tiada kesalahan langsung, 7 bulan intensif, benar latihan demi latihan hasilnya barakallah! 
Setiap tajuk bacaan ada markah dan tarikh dicatat dihujung helaian tujuan utk beri dia motivasi, tiada istilah pilih kasih, hari ni dia dapat markah A+++++ dari awalnya D. 
Ikhlas!  ❤
Buktinya, hasil 7 bulan belajar membaca. 

Alhamdulilah...syukur! Anak korang juga boleh, julia yakin. Cuba ye, teknik julia. 
More speed reading soon! Go Abg Qi Go ! 👍👍👍

4 Comments

  1. nice sharing juju. memang risaukan kalau anak tak boleh baca dengan lancar ni. Abg qi bijak, cepat jer pick up. semoga terus berjaya dalam pelajaran

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah abg Qi dah pandai baca.. Yeayy!! Tahniah abg Qi, umi n walid..

    ReplyDelete
  3. Tahniah abg qi ..mmg kita sebagai ibu sure risau if anak tk lancar membaca. .nk2 zaman skarang sistem pembelajaran pn hebat ..

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)