Throwback: Penulis tersenyum girang bersama dengan cinta hatinya, pertama kali menjemput Abg Qi dari sekolah rendah Darjah 1 selepas discharge dari wad HKL selama 23 hari, happy new year pun kat wad, orientasi Abg Qi darjah 1 pun berlangsung semasa julia di wad juga, ujian yang tak pernah terlintas aku hadapi, pelbagai tekanan di rasai, bermacam jenis orang berkata ujian seorang ibu mcm aku lalui kecil sahaja, tapi tidak bagi aku...Abg Qi sebut "Umi" dari jauh bila nampak umi depan ni...air mata hampir nak jatuh dah.

Kesan baru sebulan lebih sekolah rendah islam agama, pergi jalan, dalam kereta, kat luar ni pun Abg Qi zikir. Rakam perubahan dia. Nyanyian zikir Abg Qi, sesekali lidah kami terusik untuk ikut sama alun ikut rentak bersama. 


Biarlah teruk sikit pi hantar dan pi ambil ke sekolah, 
asalkan dia rajin bersolat. .

Biarlah akademik tak sekukuh sekolah biasa, 
asalkan dia rajin bersolat.

Risau dengan keadaan generasi akan datang...datanglah sistem baik macam mana sekalipun, jika anak-anak tak solat, habislah kita. .

Perkongsian seorang mualimah/mualim (cikgu) disekolahnya baru-baru ini sewaktu sesi perjumpaan ibu bapa, kata mualimah, 

"Jikalau kita tanya secara rambang sahaja anak-anak ini, sudah bersolat ke belum? 
Pagi tadi bangun solat subuh ke tidak?

Tahu jawapan anak-anak kecil ini? 
"Saya tak solat mualimah/mualim"

Ibu? Ayah? Mereka solat tak? (Tanya mualimah)
"Tak mualimah"...(jawapan anak-anak)

Mereka ni putih bersih, kalau tanya tentang solat, mereka mengaku tak solat. Termasuk kita sebagai ibu ayah pun diaudit sekali. MasyaAllah. Nak anak sekolah bagus, akademik bagus, tapi solat kita pun entah ke mana hilangnya. .

(Malam tadi Abg Qi menangis tersedu sedu, dia mengelat solat Maghrib, leka bermain set permainan dam haji baru beli, sekali suara harimau berkumandang, teresak-esak si anak kecil ni berlari ke bilik air ambil wuduk, subhanaAllah, harap dia memahami, laungan mak rimau tu utk mendidik dia agar bersama-sama segerakan solat, menangislah, teresak esaklah, kerana umi dan walid juga diaudit oleh Allah akan erti tanggungjawab mendidik mu Abg Qi, termasuk diri kami pun cukup liat nak paksa diri untuk bersolat sesekali tu, siapa nak mengaum dekat kami kalau kami sendiri tak mengingat satu sama lain. Cukup berat sebenarnya audit depan Allah tu. Nanti suatu hari, Abg Qi memahami akan auman umi tu...

Biarlah orang nak kata apa,
asalkan anak saya bersolat.

Renung, Fikir, Bertindak Bijak.

4 Comments

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)