Apa yang aku kongsikan, adalah pengalaman sebenar yang terjadi. Biarlah aku titipkan disini, agar ia tidak membebankan kenangan di fikiran, aku nak ia kosong secara berfasa. Bila luah dengan pencipta, kita rasa tenang dan rasanya perkongsian ini mungkin pembaca dan orang lain boleh ambil iktibar bila ujian sampai.  Bagaimana hendak pupuk diri jadi kuat dan redha...bukan senang, sangat susah tapi senang kalau kita boleh capai tahap apa itu R.E.D.H.A

Memang sejak azali, sebut wanita tak terlepas dari berfikir. Wanita dengan fikir macam sahabat baik, walaupun disuruh berkali-kali berehat dia akan tetap fikir sampai ke dalam mimpi tidurnya. Waktu tika senang mahupun susah, berfikir adalah satu resam biasa bagi golongan macam aku sendiri, tak terkecuali.  

Benda pertama sekali yang buat wanita emosi dan tertekan bila waktu dirinya diuji tiba-tiba dan ujian yang hadir tanpa dia mahu waktu itu. 

Siapa kita nak menidakkan takdir, betul tak?

Siapa kita? Aku banyak kali tanya dekat hati kecil, siapa aku nak tentukan aku sihat hari ini, petang nanti terus sihat sampai malam?

Ya, bila kita terlupa, terleka atau memang kita ingat Dia dimana sahaja pun, ketahuilah kita sebagai manusia tak kira lelaki atau wanita, pasti tak terlepas dengan ujian hidup di dunia. Sedangkan di akhirat sana pun sudah tentu ada ujian timbang tara, inikan pula di dunia fana yang sementara. 

Aku kaitkan pengalaman sebenar tekanan emosi yang aku kumpul hari demi hari aku lalui ujian tiba-tiba, tak pernah terbayang di fikiran akan melaluinya secara ekstrim. 

xxx

Begini, pada tanggal 27 Disember 2018 seingat aku waktu pagi aku keluar bekerja macam biasa. Sihat dan boleh gembira macam biasa. Tiba jam 3 petang, badan tiba-tiba mengigil keterlaluan, kesejukan yang teramat sangat. Pelik!

Sedegil-degil aku, memang aku tak layan sangat sakit sikit-sikit macam demam sejuk, demam panas. Aku syak mesti badan nak demam sebab rasa sejuk di luar teramat sangat, dalam badan rasa panas. 

Aku belek suhu aircond pejabat, suhu normal.

Sah badan aku nak demam, telahan dalam hati. Bertahan setengah jam, terkadang panas mendadak, aku cari ais batu dalam peti ais, mujur ada. Ambil tuala solat, pedapkan di badan. Rasa lega, tapi lagi sekali buat aku terkejut, cara tekap ais tu buat badan aku mengigil tahap TAK BOLEH TAHAN LANGSUNG. Mengeletar tahap teruk, tahap kau jalan pun tak tentu arah.

Arghhh sudah kenapa ni!

Nak jalan pun kaki dan sendi-sendi semua sakit teramat sangat. Bayangkan kepelikan yang terjadi bila sistem badan aku tetiba shut down slowly.

Aku stabilkan diri, selimutkan diri dengan pashmina yang ada. Masih tak cukup tebal, aku perlukan selimut! Rasa nak kebah dah...tapi aku tahan.

Call suami, jam 3.30 petang seingat aku, aku tak mampu bertahan lagi sejam untuk drive balik sendiri. Tak mampu langsung!

Minta suami ambilkan di pejabat, terpaksa keluar emergency...terpaksa bawa diri ke klinik swasta berhampiran. Doktor cek...diagnos aku punya kaki kiri macam membengkak sikit dan ada aliran cecair seperti nanah keluar tak henti-henti. Aku syak macam bisul, kerja mengaru dan pedap dengan tisu tapi masih tak henti keluarnya...

Diberi bekalan ubat demam dan antibiotik. Aku diberi MC 2 hari...malam tu aku dikejutkan lagi sekali. Demam panas 39c, muntah berkali-kali dan badan habis sakit sendi yang teramat sangat-sangat. Aku tak dapat tidur, bermacam jenis air sejuk badan minum, makan memang tak boleh...down gila. 

Sendi tangkap habis, aku nak jalan kena seret kaki, pelik...seingat aku baru balik dari Penang berjalan-jalan sana aku tak mandi laut, tak mandi kolam dan berselipar sepanjang hari dan solat tetap basuh kaki. Tapi bisul kecil di tepi kaki kiri tu kemerahan...aku biarkan dan sapu ubat macam biasa.

xxx

Esok tengah harinya, aku tersadai di ruang tamu rumah, suami balik hantarkan makanan untuk aku dan Abg Qi. Dia tak sedap hati, dia lihat aku hanya mampu baring sepanjang hari, muka pucat dan tiada seraut senyuman dilemparkan. Aku hanya mengeletar...aku syak macam kena denggi...tapi tak nampak sebarang bintik merah. 

Aku pernah kena denggi, so aku tau pengalaman yang aku lalui diatas lebih kurang sama dengan denggi aku lalui sejak zaman sekolah. Masih berfantasi macam nak kena denggi je...

Suami cakap 'Jom kita pi HKL sekarang'. Aku? Ketawakan aje...mana mungkin nak ke hospital sebab baru je terima ubat semalam di klinik...aku yakinkan suami untuk beri masa efek antibiotik jalan kesan ke dalam badan aku. Kemain aku yakinkan dia. Sebab utama, tak nak tunggu lama kat hospital haha. Korang faham-faham je lah kan...

Tapi si dia bingkas ambil beg dan masukkan baju dan seluar serta beberapa barang kelengkapan aku dalam beg...eh aku pelik, dia nak wardedkan isteri dia ke...sepanjang tindakan dia aku hanya mampu ketawa kecil...

Álah kecil je sakit ni, esok lusa kebahlah ni, tak payah lah pi hospital, tak payahlah' kata aku.

Dia tetap pujuk aku untuk dengar cakap dia kali ini, ye aku tak nak susahkan dia, selagi aku boleh tahan aku tahan lah gigil, tapi aku tau badan aku lain benar sebenarnya cuma aku diamkan aje. Tapi suami lebih kenal, lebih mengetahui apa aku rasa sebenarnya. Hebatnya hati dia, tetiba teringat drama Lelaki Kiriman Tuhan. Haha!

Okeylah, aku ikut. Cuma debaran tu aku terasa sangat, bertahun sungguh tak jejak kaki ke hospital HKL tu tau tak. Bila nak pi ni tetiba sendi aku semua jem, nak jalan teruk sangat, pulak dah kenapa!

Sampaikan aku minta kayu penyapu untuk alat bantuan jalan, tak mampu berdiri...fuhhh aku lawan, tapi sakit gila bentul sendi. Masa nak angkat kaki dalam kereta Allahuakbar...sakit yang teramat sangat...

Terus air mata turun laju, suami pandang. Dia diam. Dia tahu aku menyimpan sakit dalam diam, tapi tak nak juga keluarkan sakit tu biar lah sakit tu jangan ditahan lagi.

Suami bingkas masuk dalam kereta, minta Abg Qi masuk dalam kereta juga. Nak ke hospital, tapi Abg Qi kena letak rumah atok dia dulu. Mujur berdekatan, anak kecil seusianya sebaiknya tak payah ikut ke hospital, sudah tentu risiko tinggi dan kena tunggu lama...tu sudah semestinya, bukan senang nak dapat baton cepat ye. Sabar tu kena cepat-cepat tanam.

Sampai je HKL, laluan emergency...aku terus tak boleh langsung... (sambung part 2 ya)

2 Comments

  1. Sedih pulak kita baca huhuhu..
    Berat mata membaca, berat lagi yang menghadapinya..
    Tabah ya Ju..moga diberikan kesembuhan berpanjangan..makan jaga dan jangan lupa jumpa Doktor susulan ya..

    ReplyDelete
  2. bila kita sihat tiba2 sakit kdg2 tk sangka kan tp tu smua ujian

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)