Jumaat lepas, sebelum bergerak ke kampung nenek di Utara, suami cakap nak pi Sungei Wang, Kuala Lumpur. Katanya nak buat spek mata baru, kebetulan spek dia power dah low dan silau dia makin bertambah maka kena buat sesuatu sebelum nak mulakan perjalanan yang sangat jauh, takut apa-apa jadi tengah jalan kan.

Aku baru-baru ini ada tengok dalam media sosial, rakan-rakan aku sendiri kongsi pengalaman buat spek mata baru di Sungei Wang, aku tanya suami pernah dengar tak kedai baru Eye Pro Vision?

Dia cakap dia tahu tau awak! 😲
Terkejut aku bila dia cakap dia tau...kata dia, dia nak terjah situ sebab kawan-kawan dia pun ada uar-uarkan di FBnya, wowww viral sungguh sampaikan suami pun tahu, ini lagi senang kerja aku tak payah nak Google teruk-teruk haha. 

Senang betul nak ke sini, kalau korang nak ke sini naik je LRT dan MRT jalan kaki 5 min sampai depan Sungei Wang, kedai cermin mata ini berdekatan dengan kedai emas tau. So senang je cari, alamat ada aku sertakan di bawah sekali. 

Tapi sebelum itu jom aku nak kongsikan pengalaman kami pula disini. Tak semudah itu aku nak percaya benda viral tu tau, aku dah sedia macam-macam soalan kat owner kedai tu haha, sebab orang jenis aku bukan jenis kena putar belit, nanti kepala diorang aku belit okey gurau haha. 😍

Wow, banyak betul pilihan. Aku sendiri tak pernah seumur hidup pakai cermin mata tau. Tentang itu aku rasa tak perlu aku nak sibuk sangat. Tapi...akhirnya aku buat cermin mata sebab sesuatu yang aku rasa aku kena jaga mulai sekarang. 

Owner Eye Pro Vision
Encik William sangat sibuk masa aku sampai, aku tengok dia layan pelanggan yang lain tak putus-putus, sampaikan aku kena tanya staf lain Encik Jun nak kan layanan direct dari Encik William, sekali tengok dia perghhhh persis macam artis Korean hensem Jae Suk tu tau...

Mulalah dari suami nak tanya pasal spek dia sampai aku yang duduk tolong tanyakan hahahahaha well jelmaan oppa Korea depan mata kena tengok puas-puas, soal tetap soal tau. 😂😂😂
Khusyuk sungguh semua dengar Encik William terangkan pasal sinaran UV yang tidak bagus untuk mata. Maka dia perkenalkan dengan info terbaru yang aku selama ini nak tahu iaitu Alpha Blue 420.

Nak tahu lebih lanjut klik video di bawah. 
Ada penerangan terkini Encik William terangkan.

Encik William tengok cermin mata suami aku pakai pun dia tahu, ada coating tapi tiada Alpha Blue 420 khas untuk sinar UV. 

Apa itu Alpha Blue 420?
Ini dia dalam pamplet julia snap kelebihan untuk bacaan kalian. Macam aku, dari jam 7.30 pagi sudah mengadap PC dan hp sampai ke malam. Tiada langsung tapisan sinar biru dan sinar ungu dari PC ke hp direct ke mata aku. Bertahun sudah aku biarkan mata aku dengan cahaya bahaya, apa lah akan jadi masa jangka panjang? Sudah tentu aku pun naik risau sama.


Kelebihan Alpha Blue 420 yang perlu kita tahu!
  1. Cermin nipis - aku pakai spek ringan sungguh tak rasa beban dekat mata. 
  2. 12 lapisan coating - lebih tahan lasak dan tak mudah calar.
  3. Warranty 1 tahun - coating terkopek? Datang terus sini dapat spek mata baru. 
  4. Kalis air - masa hujan dan cuaca sangat panas akan timbul wap air di cermin kan? Tidak bagi jenis ini. 
  5. Anti silau - sesuai memandu waktu malam.
  6. 100% tapis sinar UV - anak-anak yang suka mengadap gadget seperti game dan belajar guna gadget harus digalakkan guna untuk jaga mata. Bagi orang dewasa yang belajar dan bekerja mengadap PC dan hp dalam jangka masa panjang sangat bagus melindungi mata. 
Macam aku bukan pemakai spek mata, boleh pakai spek mata jenis Alpha Blue 420 tak ada power tau. Dah lama aku nak cari sesuatu untuk jaga pancaindera yang aku sayang sangat terutama kedua belah mata. Yelah, nak guna kalau boleh sampai ke hari tua biarlah sihat dan tak ada risiko katarak mata. 

Aku dan suami tak lepaskan peluang ini begitu sahaja, kebetulan ada harga promosi yang sangat murah. Suami pun cakap dia dah biasa tempah biasa dalam harga 300 ke 400 ke atas tau, datang sini beza betul, tambah lagi Alpha Blue 420 dalam cermin mata dia lagi lah dia puas hati. 



Sambil tunggu suami masuk bilik khas untuk cek power mata dia, aku pun ambil kesempatan untuk cuba pelbagai jenis bentuk cermin mata. Ke semuanya ada Alpha Blue 420 lens tau, tak payah risau. Pilih je mana berkenan. Ini yang aku pakai antara design terkini. 

Orang ramai tak putus-putus datang kedai ini, berebut kerusi je kami hahaha. 

Kami sepakat pilih design ini. Betapa lamanya lahai nak cari yang berkenan di hati. Suami macam biasa dia suka bingkai macam itu, aku pula suka bingkai yang tak terlalu tebal. Sebab nak pakai masa waktu bekerja di pejabat menggunakan PC dan hp sahaja kan. 

Sekarang aku sendiri tak perlu rasa risau lagi mengadap PC dan hp dalam masa yang lama, sekarang aku sendiri amal pakai cermin mata khas Alpha Blue 420, harga dah lah murah memang tak dapat kat kedai cermin mata lain tau tak...barulah kami percaya viral kedai spek mata murah Encik William, ini baru betul-betul murah. 

Info pun kami dapat percuma tau tak...bukan beli dan belah je, beli dan dapat info berguna tentang mata. Sikit pun tak charge consultation tau. Terbaiklah oppa Jae Suk ehhh opps William haha. 
Terima kasih melayan kami dari A-Z Encik William, layanan terbaik! Suami pun puas hati dapat cermin mata bingkai idaman dia plus power dan Alpha Blue lens yang menjaga mata kami dari sinar UV yang merbahaya. Kami sekeluarga rekemen sangat ! 

Tempat: 

Eye Pro Vision
G111, Sungei Wang Plaza, Jalan Bukit Bintang, 
55100 Kuala Lumpur.

Kedai dibuka setiap Isnin-Ahad (termasuk cuti umum)  
11.00 pagi – 9.00 malam.

Maklumat lanjut: 
William 016-3771304

16 Comments

  1. Aduhhhh. Kita pun dah buat. Service terbaik dan produk berkualiti.

    ReplyDelete
  2. Okey kena pi terjah ni..SA memang memerlukan spec yang baru

    ReplyDelete
  3. Wahhh.. Nak pegi gak.. Tggu en. Abg free.. Lama x tukar spek

    ReplyDelete
  4. adudu..comelnya juju pakai spek. Kalau dpt mmg dah terjah gak ni.murah sgt harga dia..Psst..pesan kat abam qi jgn sengih..hihi

    ReplyDelete
  5. bagus ni murah dan berkualiti. layanan pn best

    ReplyDelete
  6. comel kak juju pakai spek tu..nad pun dah dapatkan satu..hehee..dekat kedai ni juga..layanan bgus..en william jawab je pertanyaan nad

    ReplyDelete
  7. Memang murah dan berbaloi beli. Lens Alpha Blue 420 tu pun best, dah takde silau bila memandu malam.

    ReplyDelete
  8. Sebelum ni buat spect main buat je tak kisah lens apa, datang sini, baru tahu ada jenis lens and function...

    ReplyDelete
  9. Banyak pilihan. Murah pula tu.

    ReplyDelete
  10. wahhhh omeinya kwn nora pakai spect mata tu. tgk harga pun boleh dikategorikan murah tu.

    ReplyDelete
  11. Waaa tahun baru ramai bertukar spek mata baru ye..
    Sis pun harini nak pergi amik spek mata baru gak hehehe

    ReplyDelete
  12. betul2...ni mmg murah..hehee... william tu layanan dia mmg baik...walaupun org ramai hehe

    ReplyDelete
  13. Menarik nih.. ada masa nk visit kedai nih.

    ReplyDelete
  14. Bagusnya. Jujur dia meniaga... siap bagitau fungsi lens

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)