(Ujian Darah yang mendebarkan...kali kedua rujuk perubatan moden)

Mulai 17 Sept sehingga 23 Sept, ujian sakit untuk seorang blogger nama julia sedang diuji giat oleh penciptanya. Rawatan moden sebanyak 2 kali dikhtiarkan, tetapi semua lalui dengan tiada kesudahan. Panas di kepala tengah titik pusar semakin lama semakin panas. Setiap malam tak dapat tidur, bayangkan betapa penat, meracaunya aku di akhirnya. 

Aku sendiri tak sangka aku di uji setahap ini, setiap hari mengimpikan kebah, ya aku kebah, berpeluh sakan peluh tetapi tidak pada suhu, suhu badan tetap turun naik, dan terus naik sampai ke tengah malam sehingga ke pagi.

Berdiri straight aku mengadap panas tiada kesudahan...aku menangis, redha merapati ujian aku saban hari semakin tak larat nak menunaikan kewajipan hatta solat wajib sekali pun aku terpaksa biarkan. Badan tak mampu urus dengan sempurna. 

Pegang kepala panas, pegang badan sejuk, sejuk panas tidak sekata...sehingga lah sampai tarikh temuduga sekolah rendah anak Al-Amin. Nak tahu kisah awal baca entry lepas ya.

Sehari sebelum temuduga, aku diuji sangat dasyat. Sehinggakan aku perlu diberi rawatan islam. Tentang perkara ini biarlah aku simpan bersama keluarga. Sekarang aku sudah melepasi rawatan hari keempat, hari ketiga semalam terakhir rukhyah dijalankan ke atas aku. 

Ubatan ciptaan manusia, klinik swasta dan hospital kerajaan, pernah satu malam tu panas sangat aku tadah diri nak masuk wad, di tolak mentah kerana baru terima ubat antibiotik dan test darah. Bayangkan ada tak manusia dalam dunia ni suka-suka tadah diri menawarkan badan nak masuk daftar wad, ye aku lah tu, aku tak nak dah susahkan suami yang siang malam bersabar berlembut melayani kerenah aku merengek kepanasan, sudah tak mahu menagih simpati sesiapa. Aku tekad nak masuk wad, tapi....di tolak. Aku di nasihatkan bersabar dan merawat sahaja di rumah. Aku tak terkata...keluar air mata.

Test darah aku 
(Doktor sahkan OKEY, masa ini aku terkejut teramat sgt, sebab aku tahu badan aku, aku rasa tak okey, ada something hidden di sini, aku tanya kali kedua, bukan denggi ke doktor?

Bukan julia, darah awak OKEY.

Terus aku di beri kertas untuk dapat ubat seterusnya, dia belek antibiotik terdahulu, agaknya dia nak beri pilihan lain. Aku dapat MC ketiga, hati berlalu masih tidak mendapat kata pasti)

Aku redha, walhal masa itu suhu 39c pagi, tengah malam 39c maintain untuk 5 malam, 5 hari siang. Bayangkan aku pucat lesi, berjalan pegang tuala di basahkan dengan air paip. 

Jalan mcm mayat berjalan, pucat sebab mereka lihat aku dari atas ke bawah, bisikan mereka pun berkata pusat lesi dia tu. Aku dengan berpakaian selekeh, tidak hiraukan bisikan mereka...kuatkan hati untuk fight sembuh.


Baru aku faham. Kesihatan tidak sihat berpunca dari dalaman yang perlu dirawat, dan perlu di fahamkan.
Sekarang di mana aku istigfar dan zikir, dengar alunan Al-Quran, solat pada awal waktu. Amal makanan sunnah dan memaafkan semua orang. Terima kasih uztaz, jikalau ustaz baca warkah ini, tak terkira saya nak ucap jutaan terima kasih. Berkat pertolongan dan penjelasan ustaz saya semakin pulih, semua dari Allah...selainnya biar saya simpan ketat-ketat bersama suami dan anak, terima kasih adik ipar yang bersabar melayani semasa akaknya diuji. Barakallah!

Syukur semakin pulih, masih lagi on ubat antibiotik dan ubat lain sehingga habis. Doakan aku ye. 

Perkara yang aku nak kongsi sangat tentang pengalaman kami sebagai ibu ayah di temuduga di sekolah rendah al-amin gombak sabtu lepas. Abg Qi selesai menduduki ujian diagnostik. Baca di 👉 SINI

Apa yang aku ceritakan sebelum ini, hanya 50 % soalan yang aku teka memang di tanya oleh para pendidik di sana. BarakaAllah, antara paling lama ibu bapa yang ditemuduga kamilah antaranya. Orang pertama berdaftar, orang pertama isi borang soal selidik, dan orang pertama di jemput untuk temuduga lisan dengan cikgu. 

8.30 pagi setelah usai sarapan ringkas di kedai...tiada gambar (aku membiarkan moment suci ini melekat bersama dengan keluarga dan anak sahaja)
Aku berbaju jubah, warna sedondon dengan suami hitam merah. Abg Qi berkemeja merah jambu lembut dan berseluar jeans bersepatu lengkap, di tangan sarat bimbit pensil case dan maklumat peribadi. 

Di saat kali pertama melangkah kaki kanan masuk ke dalam perkarangan kawasan sekolah tersebut terasa hati sejuk yang tidak pernah dibayang sebelum ini. Mata terus melirik kepada cikgu-cikgu jikalau ada yang sudah mula temuduga...rupanya ada sepasang ibu bapa sedang menunggu. Satu senyuman manis terukir diwajah ku, lantas ku menegur seorang ibu yang menyambut senyuman ku dari jauh.

Cikgu?

Bukan, bawa cucu temuduga...

Cikgu ke ni?

Tak, saya pun bawa anak temuduga....(Pecah hilaian gelak ketawa)

- Terus bersembang, dapat kawan sebaik itu, seperti berada didalam syurga, Puan Rafeah (cucunya Diyyad).

Mari doakan sama-sama, tawakal sama-sama. Ada rezeki adalah, tugas kita sudah selesai untuk usaha demi masa depan anak, cita-cita sudah di ceritakan pada si pendidik yang berwajah keibuan dan penuh kasih sayang terpancar diwajah mereka. Sejuk melihat penemuduga yang dahagakan kasih sayang kita kembali di tautkan kembali jika ada rezeki. 

Lega seleganya....sekarang tunggu keputusan 5 Oktober, (10 hari dari sekarang, menghitung hari, semakin dekat semakin rasa sesaknya dada) Jika tak tertulis rezeki untuk Abg Qi di sana, rezeki sekolah kebangsaan sedia ada memang sudah sedia terbuka, tempat mengaji (day care pun sudah di lawat (open day) hari yang sama sudah di nilai, selesanya bukan kepalang lagi, guru-guru siap ada buat khas latihan kerja sekolah untuk anak-anak transit sekolah kebangsaan petang)

Kedua-dua rezeki sangat menarik, jikalau salah satu tak dapat, dapat rezeki yang baik di sini pula. Begitulah hidup, Allah uji cukup-cukup, dia beri kecukupan waktu untuk kita beringat, masa sihat buatlah kebaikan sebanyak mana, solat diawal waktu dan banyakkan sumbangan...bila di uji, tandanya Allah ingat kita, sayang kita, jangan rasa risau keterlaluan, lalui dengan tenang...sekarang aku rasa tenang sangat. SubhanaAllah. 

Akan update lagi selepas ini...doakan kami. Terima kasih pembaca setia. 

9 Comments

  1. Alhamdulillah Juju dah beransur sembuh dan moga ada rezeki Abg Qi.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..juju dah beransur sembuh..yg pahit itu jadi kenangan untuk hari2 mndatang..

    ReplyDelete
  3. Apa pun yang sedang diusahakan moga semuanya Allah permudahkan ya..aamin.

    ReplyDelete
  4. lama juga tu juju tk sihat tp alhamdulillah dh beransur pulih...utk abg qi smoga dipermudahkan ..kalo dpt nanti alhamdulillah tp kalo tk dpt xpe...janji dh cuba kn

    ReplyDelete
  5. Moga diberi kesembuhan ye juju. Ujian tanda kasih Allah pada juju, moga beroleh pahala yang besar aamiin.

    Take care!

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah... moga dalam lindungan allah selalu juju

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah..gembira dengar Juju dah semakin pulih

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)