Dari hotel kami menginap nak ke kawasan Podomoro City Jakarta hanya 10 minit sahaja menaiki teksi. Dekat sebenarnya, Jakarta Barat mempunyai banyak pusat membeli belah yang sangat gah dan terkemuka setanding antarabangsa. Kagum sangat, pembangunan Jakarta Barat sama pesat seperti di Bangkok, Thailand.

Rupanya persepsi julia dulu meleset sama sekali. Jakarta sangat moden, terkadang kelihatan pembangunan di sini sangat terkini, rancak dan unik sekali.

Terasa macam KL tu maju, tapi lagi maju dekat Jakarta dari segi pencakar langit. Itu pandangan mata kasar julia ya, kalau anda pernah ke Jakarta dan pernah melawati kawasan Jakarta Barat pasti tahu apa yang julia cuba kongsikan. 

Pengangkutan kisahnya...
Kesesakan lalu lintas tidaklah seteruk yang digambarkan sebenarnya, walaupun kereta banyak sana sini, ia seakan seperti macam di KL juga bila waktu puncak. Kalau nak banding di KL, KL lagi sesak sebenarnya haha serius tak tipu. 

Itu pengalaman sewaktu julia berada di sana dan memerhati tahap kesesakan tu di tahap macam mana. Banyak perkhidmatan awam kita boleh naik selain Busway, menaiki teksi bermeter dan Go-Jek (motosikal) dan Grab. 

Kami pernah nak on Grab di sini, kebanyakkannya pemandu sendiri banyak reject disaat akhir (stress), lagi-lagi waktu masa puncak. Kena rancang masa untuk ke sesuatu tempat tau. Kami senang guna teksi Blue Bird sepanjang masa. Tak perlu sewa kereta. 
Dalam Podomoro City ada 3 mall besar Central Park, 
Neo Soho & Taman Anggerik


Central Park Jakarta
Dari Malaysia lagi memang julia nak bawa sekeluarga menyinggah salah satu pusat membeli belah terkemuka di Jakarta iaitu Central Park. Kagum lihat gambar di bawah kan. Memang besar sungguh, nak masuk berjalan di dalam pun lenguh kaki tawaf baru Ground Floor, ada banyak tingkat disini. Setiap satu shoplot dekat sini memang kerlas tau, seperti di KLCC, hanya orang berpoket boleh membeli lah kan.

Kami hanya window shopping sahaja, beli apa yang patut sudah tentu Food Court pilihan utama, murah dan banyak pilihan masakan Indonesia yang enak. 


Laman luar Central Park, ada taman kehijauan dan kolam ikan yang tersangat cantik dan bersih. Nyaman je rasa bila lepak di waktu petang setelah penat seharian memborong pakaian di Thamrin City sebelah pagi. 


ATM please!
Sudah pasti sesiapa yang travel ke Jakarta mesti ATM nak cari kan, banyak ATM macam Maybank ada didalam Central Park mahupun di luar jalan raya besar pun ada. Memang banyak Bank Maybank Jakarta. Sila aktifkan pengeluaran ke luar negara tau. Julia dah set siap-siap, julia pergi ke LG. 

Turun escalator pusing kiri terus jalan depan lagi dan akan nampak ATM tersusun rapat dengan ATM lain. Nampak ATM Maybank, terus masukkan kad untuk pengeluaran duit ke Bandung esok hari. 

Bukan tak nak bawa cash banyak, risau keciciran. Senang tau, terima kasih ATM Maybank Jakarta, selesai urusan pengeluaran duit Rupiah, tak perlu convert dekat money changer, jimat masa. 

Sogo Central Park
Jom pusing Central Park, shopping mall pertama sekali kami nampak SOGO. Haa gelak besar kami bertiga, Sogo weh, ingat dekat KL je ada Sogo rupanya Sogo Jakarta lagi besar, laig gah perghhhhhhh cantiknya !


Kami masuk Sogo, saje berlegar-legar. Memang ekslusif sangat. Bukan calang-calang lah pembangunan di sini, sama hebat dengan antarabangsa. Punya kerlas tersendiri, kami ni dekat Sogo KL tak nak bergambar pun, tapi Sogo Jakarta bukan main bergambar haha, itu kebiasaan bila jadi pelancong. Gembira tu sampai dulu, malu letak tepi jap. 😊

Lawa kan escalator dalam Sogo Jakarta? 
Weee bau harum perfume sana sini wanginya arghhh!


Fun World Central Park
Bukan nak shopping pun saje nak berjalan cuci mata, sekali Abg Qi jerit nampak kawasan ini, wah kawasan hiburan seisi keluarga rupanya. Besar betul Fun World, dekorasi sana sini menarik perhatian sesiapa pertama kali menyinggah disini tau. 

Apa lagi jom kita gembirakan si anak, dia dah ikut sana sini borong shopping sejak pagi lagi, petang ni dia punya liburan. Jom yuk!

Nampak cantik betul tak? Sampai ke bumbung julia snap nak tunjuk dekat korang dekorasi fun world ni cantiklah, cun gila. Ada tema-tema dalam hutan lah, berwarna warni, mainan pun best-best, suka!


Kami ni jadi terpengaruh kumpul mata kertas banyak ni tau, bila banyak boleh tukar dengan hadiah sebagai cenderahati. Apa lagi partner dan anak main sepuas hati sebab nak hadiah haha. 

Salah seorang player kumpul tiket nak tukar hadiah kemain diorang, aku geleng kepala tengok diorang rancak bermain. Jadilah pelepas penat seharian berjalan, bagus juga datang ke sini, ceria anak beranak. 


Francis Bakery
Puas di fun world, kami nampak francis. Jual bermacam jenis kek dan roti. Gebu-gebu tengok dari jauh, ehh geram mana boleh lalu je kena masuk ni. Haha. Aku perhatikan francis punya roti nampak sungguh menarik, harga pun murah dan semua roti dibuat besar-besar puas hati nak makan!


Jangan lupa beli roti kat sini, memang sedap sungguh. Menangis beli satu je roti gula icing gebu tu gambar dibawah nampak kan, roti tu dalam dia ada filling cheese custard aku rasa, sedapnya menangis berebut makan dengan Abg Qi dekat hotel. Meronta nak lagi...jangan lupa beli tau. 


Urban Kitchen Food Court
Terletak di aras L2.202 take note. Ini yang kami nantikan, cari food court sampai dapat. Tak tanya orang, tak ada rujukan tapi kami aim mesti ada food court hehe sampai dah. Kat sini ada restoren halal dan tidak halal. 

Hati-hati...aku hampir nak order nasi campur sebab kedai tu tulis nasi campur rupanya ada dalam menu banyak-banyak tu BABI. Ye, sebelum nak beli sesuatu makanan sila baca dulu senarai menu yang terpampang di dinding atau di meja restoren terlebih dahulu ya. 

Mujur lah mata aku ni jenis peka sikit, kalau tak mau termakan free erkkkk! Minta jauhlah. 

Kami makan chicken rice, sedap dan halal. Siap dapat percuma air botol mineral jimat dah duit. Pastu kami tapau 3 set Nasi D'Penyet. Sedap sungguh sambal dia dan ayam penyet D'Penyet sini. Buat makan malam di hotel. 

Krup krap krup krap dia punya ayam garing dan juicy, arghhhhhhhhh bila teringat sekarang juga rasa nak terbang Jakarta balik haha. 

Food court di Central Park sangat luas, puas hati tempat duduk banyak dan ada banyak pilihan jenis restoren, korang cubalah survey bila datang sini ye cuba pelbagai variasi menu istimewa Jakarta. 

Neo Soho Jakarta
Central Park dengan Neo Soho ada jambatan khas menyeberangi antara satu sama lain, cantikkan jambatan sini, suka tengok! Tak perlu melintas jalan raya besar, hanya guna jambatan ini terus sampai dengan selamat. 

Kami tak tawaf neo soho sangat, sebab dah kepenatan sangat, dengan makannya lagi hmm lain kali lah. Kalau anda larat singgah Taman Anggerik Mall tau pun berdekatan dengan Central Park. Taman Anggerik Mall pun besar juga, puas hati window shopping sampai lebam, kaki pun membesar dah jari-jari minta balik rehat di hotel. 

Selesai hari kedua di Jakarta, hari ketiga kami sepakat nak ke Bandung. Dari Jakarta ke Bandung dalam 3 jam melalui jalan darat, nak tahu bagaimana kami tempah pak supir ke Bandung tunggu entry selanjutnya. Bandung kami datang ! 😍

Jejak link Holiday Jakarta & Bandung dibawah: 

5 Comments

  1. Kota metropolitan di Jakarta memang mewah...

    ddan jangan hairan orang kaya di Indonesia lebih ramai dari yang ada di Malaysia

    ReplyDelete
  2. Perghhhhh Kota Jakarta semewah ini... Memang nampak kemas bersih besar plak tu mall dekat sini.. Macam tak caya je ni semua dekat Jakarta.

    ReplyDelete
  3. Kota Jakarta memang sgt mengkagumkan - besar, kan... Btw, byk shopping kat Bandung? :D

    ReplyDelete
  4. Seronoknya dapat jalan ke sana, bila ada kewangan yang cukup saya pun nak kesana jugalah.

    ReplyDelete
  5. aida baca-baca aje, Ju.
    lom pernah sampai sana, tak tau nak komen pe.
    mewah ekk jakarta.
    mcm kolumpo.

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)