Bertahun sudah lamanya julia sendiri tak buat biskut raya sejak zaman sekolah. Bayangkan sejak belajar di universiti sehinggalah sudah berkahwin ada anak usia 6 tahun barulah berputik kembali untuk ajak abg Qi sama-sama buat biskut raya. Entah berapa tahun tu kan haha, ingat senang nak jentik hati masuk rencah baking? Kalau minat tak apalah, julia bukan tak minat tapi semangat M tu yang sangattttt haha.

Bila abg Qi dah usia 6 tahun, dia punya semangat nak buat biskut raya lagi membara. Aku kalau tengok ada partner yang ajak buat biskut raya mesti aku ikut sama nak realisasikan, kalau sorang-sorang memang kelaut nak bawa mood rajin membaking tu.

Siap semua bahan dah beli, kali ini aku sempat Google cari resepi paling senang dalam dunia. Hanya guna 3 bahan asas je, maka jadilah 3 jenis biskut raya hasil air tangan abg Qi sendiri. Cayalah raya tahun 2018, dapat rasa biskut raya air tangan anak sendiri, perghhh feeling tu sampai terbawa-bawa tak boleh tidur tau. Happy sangat susah nak digambarkan dengan kata-kata...haha (gelak nakal).
Bahan-bahan nak hasilkan 3 jenis biskut raya

Biskut Susu Warna Warni Aidilfitri

Bahan
Tepung Jagung
3 sudu besar Susu Pekat
1/2 Butter
Chocolate rice - hiasan

Caranya:
Masukkan 1/2 butter ke dalam mangkuk bersama tepung jagung sedikit demi sedikit. Masukkan sekali susu pekat sikit demi sikit ikut nak manis tahap macam mana. Julia suka kurang manis, kurang dari 3 sudu besar sudah memadai. 

Uli adunan ikut macam rupa di bawah. Agak-agak dah lembut dan tak melekat dekat jari maksudnya adunan dah okey. Biarkan ia dalam setengah jam sebelum guna acuan biskut. Lepas tu boleh hiaskan dengan chocolate rice warna warni dengan sapu telur diatas biskut terlebih dulu. 

Bakar dalam suhu 130c selama 20 minit. 

"Umi jangan buat tau, bagi Qaiser buat kacau-kacau!"
"Dah tu umi nak buat apa? Takkan dok saje?"
"Umi tengok lah Qaiser buat macam mana ni....😅"

Amboi, nampak sangat abg Qi suka dan semangat membara sungguh nak buat biskut raya. Kata dia nak jemput kawan sekolah tadika datang beraya nanti, hahaha, kecik-kecik pun pandai jemput kawan tau, amboi sangat dia sambil buat mulut kecik tu dok sembang macam-macam.

Dah boleh join geng pakcik bawang seangkatan dah ni abg Qi hahaha...tak sangka, dia dah besar, dah faham apa itu erti hari raya dengan biskut raya.

Sebagai umi, aku biarkan dia explore sendiri. Bagaimana nak ambil telur ayam yang sudah di basuh bersih dari peti ais, ambil mangkuk dan sudu. Pecahkan sendiri guna sudu. 

Dia berjaya buat sendiri tanpa sikit pun aku tunjuk skill tu, nampak telur ayam yang dipecahkan. Percubaan pertama dia berjaya, walaupun ada kulit telur bersepah sikit itu tak mematahkan semangat dia untuk kutip kembali kulit tu dan buang ke dalam tong sampah. 

Terus dia kacau telur tu sehingga hancur. Tujuan untuk sapu di atas biskut nanti. Kasi nampak shining dan berseri gitu. 
80% semuanya abg Qi yang buat. 20% aku uli adunan dan kawal suhu oven tu je. 
Anak korang suka main play doh? Bagi anak korang main puas-puas play doh seawal mungkin agak-agak diorang dah faham play doh tak boleh makan, masa itulah develop skill dia suka bereksperimen dengan acuan play doh.

Rupanya bila umur 6 tahun, kemahiran suka bermain play doh diadaptasikan dengan cara sebenar hasilkan biskut rayanya sendiri buat pertama kali.

Jangan biasakan diri kita untuk halau anak main jauh-jauh bila nak masak atau buat biskut atau kek, ajak anak bersama di sebelah untuk cerita padanya kisah kita sejak kecil tolong atok dan nenek buat biskut raya. 

Dari situ anak seusia abg Qi sudah faham, kita sejak kecil sendiri sudah buat biskut raya. Maka dia sendiri akan nak juga kenangan itu. Jadi realisasikan impian si kecil, coretkan kenangannya.

Agar nanti bila dia sudah dewasa, sudah berkahwin punya anak dan cucu cicit, pasti kenangan ini akan dikongsikan untuk generasinya pula. 👪

Paling di sukai, corak acuan Micky Mouse. Berebut nak sakat berebut dengan dia haha, yelah geram kot tengok acuan mickey tu. Gebus gebas biskut susu yang abang Qi susun, dari situ kita boleh lihat sikap anak.

Antara sikap yang kita boleh tengok:
  1. Cara dia kemudi sifat kesabaran - sabar untuk hasilkan acuan biskut  dan susun ikut nombor yang ditetapkan.
  2. Mengira biskut yang sudah siap
  3. Ikut arahan dan peraturan langkah demi langkah - selepas susun biskut, sapu telur dan tabur hiasan atas biskut.
Ini semua kemahiran yang sangat mahal untuk kita sendiri lihat depan mata. Seronok lihat aksi anak dengan biskut raya pertamanya. 



Selepas biskut susu warna warni aidilfitri sudah sejuk, biar anak sendiri susun didalam balang biskut rayanya. Bagi dia rasa semua kenangan tu, perkenalkan setiap adunan tepung gandum bagaimana rupanya sehinggalah selesai dia berjaya melakukan tasknya.
Air tangan si anak, seronok lihat hasilnya. 

Sebagai reward, pujilah si kecil. Bagi dia rasa biskut rayanya selepas waktu berbuka puasa. Kata padanya, terima kasih banyak Qaiser ilman, tanpa Qaiser tak mungkin umi dapat realisasikan impian buat biskut raya secantik ini untuk tahun ini. Dapat 2 balang penuh biskut susu abg Qi, syukur. Terus soletap tepi tudung balang biskut dia untuk elak angin masuk.

Tersenyum manis Encik Qaiser ilman, katanya nak buat lagi biskut raya haha. Okey resepi biskut raya butter dan biskut raya hashtag tu entry akan datang julia up. Tunggu ye resipi mudah!

8 Comments

  1. kalau dekat..xsmpat raya dah serbu ni..hihi.. tambah2 pakwe kita buat biskut..lg teringin nak mkn..hihi

    ReplyDelete
  2. senangnye bahan .. nanti k.sal nak try buatla ..k.sal kalau bahan mudah laju je nak try

    ReplyDelete
  3. rajinnya Abg Qi yerr. Meh lah datang umah auntie pulak..kita wat sama sama yer. tehehehe

    ReplyDelete
  4. Waaaa meriahnya biskut dia...Ngajin Qaiser menolong Umi ya...

    ReplyDelete
  5. Pandainya abang Qi buat cookies. nanti raya auntie nak makan boleh x? mesti sedap.

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)