Ramadhan 2018 - Buka Puasa di The 39 Restoran PNB Perdana On The Park
Saat pertama kali melangkah ke PNB Perdana On The Park yang terletak di jalan Binjai, Kuala Lumpur mata terpaku melihat tatarias dekorasi ruangan sudut hotel ini, gah dan sangat romantik bagi sesiapa yang memasuki ruang legar lobinya. Terus terdetik dalam hati, suatu hari nanti nak menginap di sini semalaman.
Terus ke lif utama yang terletak di kawasan lobi, tekan punat 39. Paling tinggi arasnya, kali ini berbuka puasa di The 39 Restoran. Bertemakan Nostalgia Ramadan, aku sekeluarga telah abadikan saat indah bersama dengan yang tersayang dengan pukauan seleksi juadah aneka pilihan berkonsepkan masakan tradisional Melayu dan antarabangsa.
Pakej harga Bufet Ramadan
(18 Mei ini hingga 15 Jun)
The 39 Restoren
RM123.00 dewasa
RM61.50 kanak-kanak (4-12 tahun)
Restoran 10 Binjai
RM98.00 dewasa
RM49 kanak-kanak (4-12 tahun)
Aku bersama keluarga dapat melihat sendiri
panorama indah pemandangan bandaraya Kuala Lumpur sambil di buai dengan
keindahan elemen muzik. Okey ini sungguh romantik, nanti aku tunjuk gambar permandangan tersebut, sebelum itu kita lihat apa seleksi makanan menarik di sini. Boleh buat dua pilihan hendak berbuka di The 39 Restoran atau Restoran 10 Binjai.
Kami sepakat pilih The 39 Restoran, sebab kami suka lihat permandangan yang menakjubkan nanti hehe. Jom jamu mata...
Menu Berbuka Puasa di PNB Perdana On The Park
The 39 Restoran
- Nasi Minyak Badam,
- Ayam Masak Merah,
- Daging Salai Percik,
- Ikan Pari Asam Pedas,
- Sotong Lemak Cili Padi,
- Kacang Panjang Goreng Taugeh,
- Kambing bakar bersama sos istimewa,
- Ayam Golek Madu Lembah Pantai serta seleksi pilihan seafood untuk sajian grill.
- Kerabu yang terdiri daripada buah-buahan dan salad juga disajikan.
Restoran 10 Binjai
- Nasi Beriani Kismis,
- Ayam masak Beriani,
- Daging Rendang,
- Ikan Tenggiri Masak Taucu,
- Kupang sambal bawang,
- Kobis masak lemak.
- Live cooking stall yang menghidangkan makanan seperti Mee Rebus, Keow Teow, Murtabak, Roti Jala.
The 39 Restoran
Daging Masak Percik
Asam Pedas Ikan Pari
Sotong Masak Lemak
Sayur Buncis Goreng
Pelbagai sajian pencuci mulut dan kuih tradisional ada disini. Antaranya kuih tepung pelita, sedap dan cukup rasanya.
Deretan coklat fountain yang dilimpahi dengan deretan buah-buahan, kita perlu makan fiber banyak untuk kekal sihat sepanjang bulan Ramadhan tau, jadi kawasan ini sangat di minati bukan sahaja orang dewasa, anak julia pun suka.
Murtabak Mini bersama kuah kari.
Kuewtiaw goreng aku paling suka makan bersama dengan kambing bakar, rasanya kuewtiaw goreng tu sedap dan sangat menyelerakan, menepati citarasa.
Kuah kacang yang pekat dimakan bersama dengan hidangan sate ayam dan daging.
Ketupat palas bersama lemang, jarang tau jumpa port berbuka ada ketupat palas, ABC pun boleh diy sendiri hidangan.
Aku suka cara susun atur di restoren ini. Nampak ekslusif dan sedap mata memandang.
Semua gambar di ambil menggunakan kamera mirrorless Sony A6300, tu sebab kalau korang tengok gambar lawa dari sumber kamera inilah. Hahaha kemain puji lawa haha
Inilah boyfriend julia, abg Qi dah 6 tahun, semakin segak nampak duduk di meja tu kan. Tak sabar dia nak berbuka puasa, padahal tak puasa pun haha.
Sudut pencahayaan pun menarik.
PNB
Perdana On The Park yang berkonsepkan syariah islam sememangnya telah diiktiraf
halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sejak tahun 2007 lagi. Jadi tidak timbul keraguan di kalangan masyarakat Islam dan masyarakat penganut lain.
Tadaaaaa! Inilah dia ruang legar yang boleh melihat bandar KL di waktu siang dan malam. Ruangan ini ada disediakan tempat duduk dan meja. Tapi tak dibenarkan bawa makanan ke luar tau. Semua kena makan di dalam. Nyaman je suasana di lewat senja sambil menanti waktu berbuka puasa.
Cantik tak? Nampak KLCC dan Menara KL. Ini waktu siang, kalau waktu malam...cuba scroll lagi.
Perghhhhh! Cair tak korang tengok...subhanaAllah.
Memang lawa dan terpaut sungguh melihat gemerlapan lampu di sekitar bandar KL.
Kami anak beranak menjamu selera, eh mesti korang nak tahu kan di mana ruang solat berada? Kami bergilir-gilir solat masa ni.
Masuk lif tekan punat 5, surau berada di aras 5. Ini ada ruangan solat wanita, ada telekung disediakan bersih dan paling mengejutkan ada ruangan khas untuk tempat penyusuan.
Lihat betapa seronoknya anak julia menjamu selera bersama suami tercinta, ketupatlah, nasi lah, aiskrim la semua dia makan. Syukur!
Kawasan parking pelawat selesa, harga flat rate ye, aku bayar RM8 je. Tak mahal sangat pun berbanding apa yang kami dapat disini cukup lengkap kemudahan disediakan.
Sehingga ke temu lagi ya, insyaAllah akan ke sini lagi untuk menginap nanti.
Tak puas?
Jemput tonton video yang julia rakam sepanjang di sana.
Alamat:
PNB Perdana On The Park
10 Jalan Binjai, 50450 Kuala Lumpur,
Malaysia
Malaysia
Untuk tempahan:
The 39 Restaurant : 03-7490 3939
Restoran 10Binjai :
03-7490 3838
Maklumat lanjut,
sila layari http://www.pnbperdanaonthepark.com/
22 Comments
Pergg.... Kena gi ni. Terbaekk.
ReplyDeleteaduhhh sesat masuk blog ini..banyakkannya makananan... lapar
ReplyDeleteterus rasa nak pergi lagikkk.....
ReplyDeleteberbuka puasa di tingkat 39?
ReplyDeletememang terbaik rasanya tu.
Memang best buffet kat PNB. Terasa nak pergi lagi...
ReplyDeleteBanyaknya pilihan menu, berbaloi jugak berbuka kat sini!
ReplyDeleteAllah, kenapalah singgah sini pagi2, telan air liur jadinya..sedap2 menunya, sotong masak lemaaakkkkk..sedap tu!!!
ReplyDeleteteringin nak berbuka di sini. InsyaAllah. 1 day
Dekat The 39 Restaurant ni memang sedapp! Kambing diaa memang takleh lawan!
ReplyDeletebanyak pilihan menu dia juju .. terkasima k.sal kejap..boleh rambang mata dibuatnya nak pilih makan apa
ReplyDeleteWahacam2 pilihan menu yang ada .. mesti la best boleh pilih macam macam ikut selera berbuka masing2 .
ReplyDeleteHuwaaaa.. ... Juju jahat!
ReplyDeleteGambar meletop bikin kak nina terliur. Huhuu...
Hari tu tak merasa tepung pelita. Huhuuu...
Kena pi lagi ni..
alhamdullilah
ReplyDeletewah menu makanana tu menyelerakan sungguh na
ReplyDeletemmg awesome.. menu tukar2.. hr tu g xde koewteow
ReplyDeleteBestnya... Sayang tak dapat pergi haritu... Sedap-sedap nampak semuanya..view pun cantik..
ReplyDeleteSatay kat situ memang sedap!
ReplyDeleteBestnya ada lemang..
ReplyDeleteNampaknya kena pergi lagi sekali ni..hari tu pergi tak ada kuew teaw...sedapnya
ReplyDeleteHarga berpatutan, view cantik, makanan macam2 jenis. Kena try ni
ReplyDeletewahh menarik.. gambar cantik kak.. teruja lak yanie tgk menunya
ReplyDeleteKena tunggu lama sikit sebab gmbr loading huwaaa , nampak menggiurkan semua ..
ReplyDeleteview yan cantik tu best ..dan paling tinggi..makanan pun semua sddap
ReplyDeleteSharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)