Kalau anda tahu lubuk keriangan ini pasti anda merasai percutian bersama keluarga sangat indah untuk diingati apatah jika meraikan hari kelahiran atau sambutan lain, pasti mereka tersenyum puas! 

Julia dan suami bawa anak ke sini sebab ada 3 tempat dalam 1 kawasan sahaja. Orang dewasa seperti kami boleh berhibur sama di ke semua tempat yang julia tunjukkan melalui gambar diatas.

Hari lepas, julia ada update mengenai klik👉 Alive 3D Art Gallery, ramai yang dah tak sabar nak pergi tu kan, okey hari ini cerita Wild West Cowboy pula. Di sebelah petang kami ke sini dalam 3 jam lebih jugalah. Amboi lamanya, ye lama sebab ke semuanya pun ada 3 tingkat tau. Hujan ke panas ke tak payah risau sebab ke semuanya berhawa dingin. 

Abg Qi tu la paling teruja bila mana nampak di luar Wild West Cowboy tu ada replika patung kartun ala-ala Cowboy yang sungguh comel, apa lagi bergambar situ dulu sebelum masuk,.

Nak tahu harga? Di sini julia lampirkan harga terkini. Anda boleh merancang percutian anda ke sini awal-awal ya. Julia cadangkan ambil harga pakej, lebih murah dan berbaloi. Kalau nak tahu, sekali pakai tag di lengan tu boleh keluar masuk banyak kali, janji jangan hilangkanlah ya. 

Bayar sekali, main banyak kali, ye betul, sampai pengsan berhibur dalam ini puas-puas. Terbaik.

Senarai harga 
a) Alive 3D Art Gallery 
Normal Adult RM25
Normal Child RM20
Mykad Adult RM20
Mykad Child RM15

b) Wild West Cowboy
Normal Adult RM45
Normal Child RM35
Mykad Adult RM38
Mykad Child RM28

Lagi jimat kalau beli harga pakej:
(Alive 3D Art Gallery + Wild West Cowboy)
Normal Adult RM70
Normal Child RM55
Mykad Adult RM58
Mykad Child RM43

Inilah rupanya Wild West Cowboy di siang hari. Kawasan parking kereta luas dan senang. Julia sarakankan datang awal lagi bagus untuk elak kesesakan beratur dan sebagainya. Apa lagi jom masuk! 



Ada banyak indoor aktiviti yang boleh anda sertai bersama anak tau. Masuk pintu pertama, kami nampak 7D 5D Cinema. Wah! Menarik, jom tengok cerita apa.




Sejuk betul dalam cinema ni tau, kalau anda tak tahan sejuk sila bawa baju sejuk sekali bersama anak. Kami di beri cermin mata khas untuk menonton cinema tau. Ada banyak cerita dan paling menyeronokkan kerusi yang kita duduk tu akan turut sama bergerak ke atas kiri kanan dan ke bawah, hati-hati dan dalam keadaan bersedia untuk menikmati pengalaman cerita yang sangat seronok!



Sesekali pancutan air akan di rasai, hahaha memang macam real lah kalau masuk dalam ini. Best 5 bintang julia bagi. 


Okey, seterusnya kami bawa abg Qi ke sini, ia seperti macam taman permainan khas untuk si kecil. Ada ruangan tempat duduk untuk ibu bapa juga tau. Seronoklah dia main berulang kali hahaha.






Kan tadi julia ada beritahu ia bertingkat kan, okey kena naik tangga di pintu luar ini. Jom kita naik ke atas tengok apa yang ada. 



Untuk beberapa game, kena bayar token khas tau. Boleh beli kad token ini di kaunter berkenaan. Rasa nak main basket ball ada, nak bawa kereta lumba ada, bermacamlah.



Di tingkat 3, kami masuk taman ala-ala Snow White. Kat sini kami di beri tugas untuk mencari 6-7 jenis buah sahaja untuk di beri makan kepada Snow White. Buah-buahan plastik bersepah sana sini kita kena cari betul-betul tau. Jangan tersalah pilih sayuran. 

Ini secara tak langsung mendidik anak dan ibu bapa supaya bekerjasama dalam satu projek. Realisasikan impian dengan bersungguh-sungguh sampai capai kenyataan gituuu.


Abg Qi tu pulun betul cari buah, dia yang banyak nampak dari julia tau. Ada banyak bakul kecil di sediakan untuk kita kumpul buah tu.


Haaa, Snow White dah sampai, buah pun dah cukup. Abg Qi serahkan semua buah dekatnya secara melutut amboiiiii hahaha macam kisah dongeng yang betul-betul di depan mata terjadi ni. 


Lepas tu kami ke sini. Nampak terowong ini? Anda pasti akan rasa pening macam nak terbalik bila melihatnya sebab ia berpusing laju. Kena melintasi jambatan kecil ini sehingga ke hujung sana. Terkejut tau, bila julia lalu ia seakan macam nak berpusing sama. Padahal jambatan tu statik je pun. Wah ini sungguh mencabar!


Suka rumah hantu? Ini pertama kali julia masuk rumah hantu, betul-betul hantu tau. Haha mula-mula julia cakap nak masuk seorang sebab nak cabar diri lah paras rasa ketakutan tu. Memang betul-betul mencabarlah. Asyik terjerit-jerit je sebab ia ada surprise hantu di sana sini.










Ala-ala star wars pun ada, sejuk sungguh dalam ini. Tapi debaran semakin mendebarkan, semakin terjah semakin gelap sangat. Masa ini hp kena bukalah lampu, ada sikit penyelamat kalau tak, tak berjalan la sebab tak nampak langsung. Takut hantu menyorok haha


Mirror! Ya cermin, bukan sebarang cermin tau, ke semua dinding dari atas sampai ke bawah ia cermin. Anda kena melintasi cermin ini dan cari jalan keluar. Ia tak semudah di sangka. Menitik peluh dalam kesejukan mencari jalan keluar tau. Perghhh betul-betul mencabar minda dan akhirnya julia sampai berjaya keluar tau. Yeyyy!


Banyak lagi aktiviti sebenarnya, bukan itu sahaja ya, tapi julia tinggalkan kejutan untuk anda sendiri datang ke sini bersama keluarga dan rakan tercinta. Pasti anda rasa nak datang lagi macam kami tau. Berbaloi-baloi! 

Okey bila dah lewat petang kami balik ke hotel berehat, makan dan solat, di malam hari kami nak bawa anda ke suatu tempat. Di mana? Teruskan scroll ke bawah.


Stage Family Karaoke 
Kami bercadang nak berehat di sini, sambil berehat boleh keluarkan bakat masing-masing dengan karaoke tau. Ia bersebelahan dengan Alive 3D Art Gallery tau, kalau anda dan family suka menyanyi, inilah port yang berbaloi untuk anda rancang ke sini.





Amboi, dah pegang mic julia, lagu yang julia nyanyi banyak tau antaranya lagu Jampi, Aisyah dan lagu-lagu evergreen. Ada banyak genre muzik boleh di pilih secara layan diri tau. Bilik yang kami masuk jenis Queen, besar dan sangat luas. Dapat 2 air percuma boleh pilih jenis air yang nak.

Jenis bilik dan pax :
  1. K-box 2 pax
  2. Deluxe 3-4 pax
  3. Superior 5-7 pax
  4. Queen 8-12 pax
  5. King 13-16 pax
  6. Studio 17-20 pax


Besarkan! Bilik ini terletak di aras 3. Ada tandas dalam bilik Queen ini tau. Senang ada privacy dan family boleh rehat dan menikmati family berkaraoke sehingga puas. 2 jam juga lah kami mencungkil bakat sampai abg Qi tu pun join sama nyanyi lagu Jampi hahaha suka betul dia sekali sekala sertai aktiviti macam ini.

Inilah harga yang tercatat untuk setiap bilik disini julia snap untuk anda rancang.

Lagu ala-ala Sepanyol pun kami balun sama tau haha



Khusyuk betul dia orang berdua tu kan, layan je lah suara rock kapak julia yang sangat merdu tu hahaha, memang cara macam ini secara tak langsung boleh mengeratkan keluarga tau.



Rating kepuasan : Dari 5 bintang julia beri 4 bintang untuk keseluruhan di sini. Meriah dan tak sangka ia sungguh menghiburkan dan duit yang di laburkan beri pulangan positif dari segi erti mengeratkan tali kekeluargaan. 

Julia cadangkan kepada anda, jika ke Port Dickson masukkan 3 aktiviti di atas dalam tentatif percutian anda. Pasti mereka balik dengan wajah keriangan. Mahu ke sini? Dibawah julia lampirkan alamat dan info link untuk anda semua dapatkan info lebih detail. 

Entry akan datang julia nak kongsikan resort kami menginap sepanjang kami bercuti di Port Dickson, nak tahu? Tunggu selepas ini. 💋

Wild West Cowboy 
No. 61-64, Jalan DS 2/1, Bandar Dataran Segar, 
71010 Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia.
Telephon: +60 651 5401
Weekdays: 11am - 8pm
Weekends & Public Holidays: 10am - 11pm

Stage Family Karaoke
No. 41-42, Jalan DS 2/1, Bandar Dataran Segar, 
71010 Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia.
Telephone: +60 651 6213
Dibuka setiap hari: 4pm - 12am

12 Comments

  1. Xtau pn kt PD ada indoor theme park camni . Meriah btul.. Ank2 pasti happy dpt masuk sini . Ada kesempatan ke PD , bole singgah nanti.. Tq share info

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama kak amy, ye betul kak amy. Dulu julia pun sama tak tahu. Rupanya menyeronokkan sungguh datang kat sini kak. Yang best tu bayar sekali berhibur byk kali.

      Delete
  2. haritu kin ke PD tapi tak sempat ke sini. InsyaAllah nanti menyusul :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ramai yang nak terjah balik PD bila sis uar-uarkan di Fb tau...bertambah seronok nanti.

      Delete
  3. 3d art galeri tu dah pergi masa tak de humaira dulu nganhusband yang lain tu beum try,bolehlah terjah ni bila family dr kg dtg,45 min je dari rumahhehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Humaira dah ada...molek sgt bawa si kecik tu pergi pula sue...mesti dia suka hehe

      Delete
  4. Lama dah tak pergi PD, macam² tarikan dah ada sekarang.

    ReplyDelete
  5. Hari tu pergi PD, x menyempat nk singgah sini. Next time pergi, insyaAllah akan masuk kan dlm senarai. Hehe.

    ReplyDelete
  6. Lama tak masuk Family karaoke ni..kalau bawak budak² mesti diorang suka ni

    ReplyDelete
  7. wow....seronok tgk juju nikmati percutian...

    ReplyDelete
  8. Bayaran masuk je kan? Kalau nak main kat dalam tu kene bayar lain ke? Mcam wayang semua tu?

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)