Abg Qi sekarang dalam fasa sedang sembuh dari Chicken Pox, itu nanti la aku cerita kemudian. Tak sabar nak kongsi dengan korang berita gembira, abg Qi dah lulus tulis nama sendiri tau 5 tahun 8 bulan. Harus kena coretkan dalam blog sebelum aku terlupa hehe...

Setiap moment perkembangan yang buat aku terharu mesti aku dahulukan untuk cerita dalam blog, ya hari ini dah masuk hari ke-4 abg Qi hidap chicken pox, tapi tidak bermakna kuarantin di rumah makan, tidur, makan, tidur dan sapu ubat memanjang. 

Aku selang selikan aktiviti dia dengan hiburan macam ini. Drawing storyboard macam diatas sangat bermanafaat untuk usianya. Semalam dia mengomel, cakap umi kecik la papan ni, tak puas nak tulis, nanti umi beli yang besar tau.

Wahhh, dia nak suruh umi dia up grade nampaknya. Aku suka storyboard yang mudah di bawa ke mana sahaja tau. Boleh belajar kat mana-mana aje, dalam kereta pun boleh.

Nanti nak cari dekat kedai DIY, sebab macam pernah tengok ada story board yang lagi besar dari ini. Mesti puas nak menulis lagi rancak.

Sebenarnya kan, sudah berpuluh kali latihan baru dapat yang baik macam kat atas tau. Itu latihan dalam sehari, ye dalam sehari sahaja! Korang mesti tak percaya kan?
Percayalah, bila kita puji si anak, dia mesti nak tunjuk dekat kita yang dia boleh buat yang terbaik. Caranya, bila dah banyak kali latihan, tetapkan masa dalam dari panjang ke masa paling singkat supaya dia mahir laju menulis dan tak buang masa untuk langkah seterusnya.

Itu cara aku la latih si abg Qi. 

Sekarang dalam fasa ini...

Masih lagi dalam sesi mengingat huruf dan menulis. Harap minggu ini dia dah lulus tulis nama lengkap dia.

Best homeschooling, nikmat ajar cara simple je, baring kat katil pun leh belajar. Haha! 

9 Comments

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)