Percutian Bajet Keluarga Kecil Jelajah Dua Negeri Jakarta dan Bandung | Part 1
Masuk tahun baru, bulan Januari 2018 kami dah tak sabar nak tunggu hujung bulan tau. Sebab utamanya, kami dah merancang nak takluki 2 negeri baru sekali gus iaitu Jakarta dan Bandung selama 6 hari 5 malam. Kalau ikut cuti betul, 9 hari tau termasuk hari Sabtu dan Ahad juju berehat dari kerja. Lama tu kan, kebetulan ada 2 cuti umum dalam minggu tersebut beri satu keuntungan buat juju sekeluarga. Yukkk! Teruskan membaca !
Pertama kali merasai naik Malindo !
Awal kami sampai di KLIA, keluarga juju tak pernah naik flight melalui KLIA, selalu KLIA2 je, kat sini selalu juju naik masa zaman awal-awal bekerja dulu outstation sana sini naik MAS. Sekarang, nak cuba naik Malindo.
Kalau korang ada baca entry yang lepas, juju ada cerita kan beli tiket di mana? Kalau tak ingat klik SINI. Mudah kalau tahu cara bijak, buat penilaian, nanti korang tahu beruntung bayar mahal sikit tapi anak beranak tidur lena dalam flight.
Seawal jam 4.30 pagi bangun tidur tau. Padahal tak lena mana pun tidur sebenarnya sebab semangat hahaha. Malam sebelum bertolak tu kami anak beranak gotong-royong mengemas rumah tau, ye siap bersenam lap habuk, sapu dan mop lantai, lipat baju...sebab kami suka rumah kemas pergi travel. So bila balik rumah nanti, rumah dah kemas dan semangat nak mendobi plak yeyy!
Seawal jam 4.30 pagi bangun tidur tau. Padahal tak lena mana pun tidur sebenarnya sebab semangat hahaha. Malam sebelum bertolak tu kami anak beranak gotong-royong mengemas rumah tau, ye siap bersenam lap habuk, sapu dan mop lantai, lipat baju...sebab kami suka rumah kemas pergi travel. So bila balik rumah nanti, rumah dah kemas dan semangat nak mendobi plak yeyy!
KLIA juju perhatikan, selesa betul. Relaks je semua tetamu yang berkunjung disini. Ada kerusi boleh luruskan pinggang tau...yahuuuu, dah check in semua baggage masuk, dah dapat kat boarding sorang satu, so moh kita masuk dan relaks sambil main game kat ruangan menunggu.
Dua buah bagasi besar, satu penuh pakaian untuk 6 hari dan satu lagi beg kosong nak bawa balik barang shopping haha. Perkhidmatan Malindo ni bersekali dengan makan dan baggage setiap seorang 25kg, total 3 orang jadi 75kg tau, best...nikmat sangat rupanya naik Malindo ! Kalau penerbangan murah, kena add on macam-macam, huhh jenuh nak siap duit.
Baru check in 17.7 kg je, hmmm ringan je la...padahal 1 beg penuh pakaian tu rasa mcm berat bawa batu bata...macam bawa almari pakaian hahaha. 😁
Kami dah sampai gate yang dituju, itulah Malindo kami, cantiknya view hari tu, tak puas mata kami memandang. Beg bagasi semua penumpang tengah loading, kami kena tunggu lagi sejam, ulang alik bilik air je hahaha...sejuk oii KLIA.
Anak di beri layanan istimewa oleh pihak Malindo.
Bila nampak papan tanda tu, fuhh, lega dan semangat membuak. Gate dah open, apa lagi jom berbaris. Kebetulan kami ada anak kecil, staf Malindo mention yang ada anak kecil sila ke hadapan dan masuk dahulu.
Kami tetamu pertama masuk dulu ke dalam flight sebab Abang Qi tau, yeyyy, syukur alhamdulilah, tak sangka anak kecil di beri keutamaan masuk dahulu bersama keluarganya. Lepas ni kena beranak banyak sikit, bagi sentiasa ada anak kecil, tak payah fast lane bagai, anak dapat 1st prirority hahaha. Bangga rasa jadi mak orang bermaruah masa tu, kembang montot mommy daddy kahkahkah ! 😆
Bila duduk ! Perkataan pertama keluar, luasnya tempat duduk, wahh! kaki boleh lunjur panjang. Bayangkan kami ni geng comel boleh rasa selesa yang amat, kalau korang yang bersaiz sederhana dan kecil, lagi lah boleh bergolek tidur kot dalam flight ni hehe.
4 Kelebihan Malindo Saya Rasai :
- Skrin seorang satu - ya bukan setakat boleh layan drama, filem, tapi ada game dan kartun. So anak-anak korang tak ada sebab nak mengamuk bosan dalam flight.
- Caj hp - ye ada tempat usb bawah skrin, boleh caj bila dibenarkan.
- Earphone - kalau nak tonton drama kat skrin bawalah earphone sendiri tau, boleh cucuk wayar sebelah usb tu je...so kita dapat privacy channel.
- Makanan - PERCUMA - sedap plak tu, masa berlepas dapat makan pizza panas sorang satu tau.
Lihatlah abang Qi korang tu, tak habis-habis nak tunjuk dia terer main game, eleeehhhhhh nak cakap dia kumpul high score la tu, padahal mak dia dok lenjan ngadap drama itulah inilah, sampai tak sedar makanan pun tiba hahaha.
Itulah makanan kami, pizza tau, panas lagi fuhhh. Bau pun sedap, belum buka kotak lagi tu.
Abg Qi, jejaga lubang hidung tu, selambak nampak tau kawan-kawan umi baca hahaha, kemain la dia selfie haaa ko lubang hidung gak dia tayang, mujur tak dak taik hidung kalau tak semua kawan umi x mau dah baca blog umi tau kahkahkah!
Aku bab ngusik anak memang dok carta juara, selalu kena marah dengan husband, keje usik anak, menyakat anak tak habis-habis....hahhaha aku suka tengok muka dia kena usik, makin usik makin geram nak cium pipi dia...gerammmmmm! Gomol budak ni hahaha
Yummy! Lazat weh pizza tu, abg Qi jamah sikit je, aku balun 2 pizza...husband x habis kan pizza, aku balon dia punya plak, last sekali aku yang kekeyangan, pastu mengantuk tidur macam flight tu kau punya...mujur tak krohhh krohhh tidur...kalau tak kena tepuk ngan stewardess hahaha
Lawa sungguh awan biru tu korang! Kami ni selalu dapat dok kat sayap, kalau tak sayap belakang sayap, tak pun depan sayap...apa kami ni geng travel bersayap ke hahahhaha...
Perjalanan 2 jam lebih tak rasa penat langsung tau, aku plak rasa macam tak puas nak duk dalam Malindo haha, wehh korang, itu ke Pulau Belitung? Aku setakat hari ini tak lepas lagi drama Kekasih Paksa Rela tu tau, sebab dari jauh nampak pulau tu ada rumah api...aku rasa macam ye la, tu kot Pulau Belitung perghhhhhhhhh! Kalau betul memang cantik wehhh tengok live...hp aku cap ayam, so gambar blur sikit la.
Budak ni kan...suka sangat dok kat tingkap, mak dia nak snap gambar pun tak boleh sharp sangat, ketiduran dah...nak sampai Jakarta dah dia baru nak tidur...haip! Lena betul, sampai nak mendarat pun dia slumber tidur lagi...hahaha
Lepas aku syak rasa macam Pulau Belitung tu kan, depan sikit ada pulau-pulau kecil yang lain, ada bot pelancong meredah lautan...aku syak, aku syak itu la kot Belitung hahahhaha...nampak sangat macam kau nak pi kan....dah dah betulkan niat hehe.
Assalamualikum Bandar Jakarta !
Wah, inilah pandangan pertama juju di atas flight Malindo, tak sudah-sudah snap gambar. Nampak bandar dan kawasan penduduknya begitu membangun sekali. Hebatnya Jakarta!
Selamat sudah mendarat, ambil bagasi, isi 3 kertas imigresen tu dulu sebelum keluar. Nanti ada pegawai imigeresen kutip di pintu keluar tau.
Keluar je, lega kami weh. Semua selamat, beg pun dah dapat elok je. Kami terus melilau cari TAKSI = Teksi. Taksi di sana ada bermacam jenis, ada bermacam jenis harga, ada bermacam jenis orang.
Supir mana kami naik?
Kami tak tempah apa-apa agen mahupun supir dari awal, sebab kami nak redah dan cari sendiri. Sebenarnya banyak teksi boleh ambil kita dari airport ke hotel tau. Pertama kali, kami di sapa oleh seorang wanita.
Katanya,
"Ibukk, mau ke mana?"
"Ke Hotel"
"Kalau ke hotel tu dalam harga..."
"Okey, tunggu saya mau survey lain sekejap". Kata aku.
Tanya supir lain, mereka bagi harga yang tak masuk akal, lagi mahal tau, terus kami geleng kepala.
Rupanya kakak tadi tu dok la ikut kami dari belakang, dia tak desak pun, tapi kami pusing balik belakang nampak dia hahaha, kami buat keputusan ambil dengan dia.
Rupanya dia adalah agen kepada syarikat Taksi Garuda Biru tau. Kiranya macam taksi berlesen di sana. Legaaa aku tau. Yelah, kalau taksi berlesen ni kita yakin la sikit, sebab ada resit semua. Murah pun murah.
Lihat berderet taksi menunggu penumpang tepi Lapangan Terbang Soekarno Hatta di Terminal 2.
Kami kena jalan keluar sikit dari airport, tak jauh pun tau. Kat sini dia tunjuk kereta dan supir yang akan bawa kita ke hotel. Suami tengah deal harga, dapat ID220 ribu = RM63.48 lebih kurang harganya.
Murah kan...
Kami tanya taksi lain ramai letak harga melangit ID400 ribu = RM115.52 kalau convert kat hp. Memang mahal. Kereta pun lebih kurang sama je.
So aku cadangkan, korang kalau nak ke Jakarta, cari agen kat luar airport tu Garuda Biru. Pastikan dia beri resit. Lebih murah dan berbaloi harganya.
Jarak dari airport ke hotel kami dalam linkungan 30-40 minit kalau tak macet = jem. Sebenarnya, bila aku naik, tak ada lah jem mana pun, dekat 30 minit dah sampai, tak sempat panas bontot pun haha. Macet lagi KL sebenarnya kalau waktu kemuncak.
Keluar dari airpot Soekarno Hatta, berdebar rasa. Yelah, kami ni semua lone ranger tau. Memang redah, tak ada sapa-sapa jemput pun. Kami memang suka cabaran macam ini. Baru lah real travel. Real situasi susah dan senang.
Supir = Pemandu. Supir kami nama Pak Junaidi, tapi dia suruh panggil pak daddy hahahahha, kelakar sikit. Kemain nama manja dia pak daddy awwwwww mujur muda lagi, dah kawin, anak sorang umur 13 tahun, lelaki gak anak dia.
Wife dia kerja kat Mangga 2 shopping mall besar di Jakarta. Amboi habis semua benda pak daddy ni cerita, tak bosan la duk dalam kereta dapat pak daddy yang ramah dan hormati kami ni. Selesa.
Ada tol tau, sekali lihat nama Tok Kapuk hehe, unik betul nama kan. Mata tak henti-henti memandang setiap papan tanda jalan kat Jakarta. Seronok baca, seronok sebut, kalau salah sebut, pak daddy tolong betulkan.
Abg Qi tu mata dah layu, almaklumlah kena bangun awal haha. So dia layan je lah kami bebel dalam kereta sampai hotel.
Sepanjang perjalanan selama setengah jam menuju ke hotel, aku tak henti-henti sebut...wahhhh wahhhh besar bangat shopping mall Jakarta...ini baru satu, berlambak shopping mall hebat-hebat lagi disini tau. Tu nanti next part juju cerita okey.
Ehhh habis dah gambar? Haaa mesti korang tak sabar nak tahu di manakah lokasi Jakarta Barat yang kami menginap hotel 5 bintang yang super kondusif dan cantik serta harga berbaloi betul tak...nak tahu tunggu part 2 akan datang !
Mesti korang jatuh cinta macam juju !
Jemput layan video kat bawah, ada lagu best haha, pasang earphone tau, tanjat orang sebelah nanti haha, have fun!
Jemput layan video kat bawah, ada lagu best haha, pasang earphone tau, tanjat orang sebelah nanti haha, have fun!
Jejak link Holiday Jakarta & Bandung dibawah:
Teaser : Travel oversea lagi?
Part 1 : Percutian Bajet Jelajah Dua Negeri !
Part 2 : Hotel? (akan datang update)
14 Comments
xpernh lg naik malindo...tq juju for sharing psl malindo...berderet teksi menunggu penumpang tu..pak daddy supir juju hehe
ReplyDeletewoah. ttarik dgn pulau belitung hahaha
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Dah selamat dah juju menjejak Jakarta ya..
ReplyDeleteg jakarta .. soping n makan best ooo
ReplyDeletewow2..cuti2 jakarta n bandung. syok bangat..:)
ReplyDeletebest ye
ReplyDeleteWah, baca entry juju,excited nak travel naik malindo jugak tahun. InshaAllah 😊 tak sabar nk tunggu part 2!
ReplyDeleteTak pernah naik Malindo lagi. Nampak selesaa and lagi luas dari AA :)
ReplyDeleteBestnya jalan² shopping² kat Bandung, lama dah teringin pi sana tapi belum ada rezeki.
ReplyDeleteKita pun suka malindo Juju... Sebab fare dia dah all in dgn luggage.
ReplyDeleteRindu kat Jakarta & Bandung huhu... Ada rezeki teringin nak ke sana lagi
Wah seronoknya mama baca pengalaman jalan2 JuJu.. malindo mmg puas Hati ye
ReplyDeletetak pernah naik Malindo..nampak selesa jugak seat dalam Malindo..
ReplyDeletemacam best pula naik malindo tu
ReplyDeleteapa2pun best dapat bercuti sana
Kemain awal-awal tahun dah pergi jalan-jalan..ema tunggu anak habis UPSR tahun ni, baru boleh plan...
ReplyDeleteSharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)