Pernah dengar aiskrim organik? Selalu kita dengar aiskrim tak bagus untuk kesihatan, sebab nanti akan mendatangkan pelbagai karies gigi dan peningkatan gula di dalam badan jika diambil secara berlebihan. Tahukah anda, Softree adalah sejenis aiskrim organik yang di adun menggunakan susu segar beserta madu asli adalah sangat terkenal di Seoul Korea sejak tahun 2013 lagi.   

Menariknya, Softree adalah aiskrim susu organik dan madu yang lembut. Ia diperbuat daripada bahan-bahan berkualiti, segar dan tulen dari Korea Selatan.

Bila sekali imbas nampak aiskrim ini persis macam company lain pun ada dijual tetapi Softree adalah original brand yang mula-mula sekali memulakan perniagaan 'soft serve milk ice cream and honey comb'.   

Kebaikan Aiskrim Organik:
Kelebihan kalau kita makan aiskrim dari bahan organik ialah kandungan nutrien dari bahan organik lebih tinggi berbanding makanan yang diproses. Makanan organik lebih bersih kerana melalui proses secara semula jadi. Di samping kaya vitamin, garam galian dan serat, makanan organik turut berupaya menyimpan nutrien untuk jangka masa yang lebih lama. 

Ia sesuai dimakan untuk semua lapisan umur dan peringkat.

Gambar diatas julia kongsikan dari page Softree di FB, lihat lah kedai Softree di Korea, ramai betul masyarakat di sana amat mengemari aiskrim Softree. Kini di MyTown Kuala Lumpur adalah satu-satu cawangan yang anda boleh nikmati aiskrim ini tanpa perlu ke Korea tau, yeyy! 
Sedapnya alahai, kecur mulut melihat gambar Softree Aiskrim di bawah ini kan, ia boleh dibeli dalam cup atau pun dengan cone tau. Memang banyak volume aiskrim ni, order satu pun makan boleh tak habis makan, sedap dan mengenyangkan!


Di mana letaknya Softree Aiskrim?
Senang sahaja, di mana sahaja anda berada, pastikan anda on Google Maps atau Waze ke MyTown Shopping Centre. Terus ke tingkat B1, landmark nya berhadapan dengan Family Mart. Mudah sahaja kan.

Harga dan perisa bagaimana?
Range harga bergantung kepada menu dari perisa original harga diantara RM10.90 sehingga ke RM13.90 bagi perisa berlainan. 

Ada lebih kurang 12 jenis perisa yang boleh anda rasai antaranya ialah:
  1. Original
  2. Dark Chocolate
  3. Wow! Honey Chips
  4. Liquid Honey
  5. Guerande Sel
  6. Snow Like Sel
  7. It's Magic Lamp
  8. Yogurt Rangup
  9. Cheese Ice Cream
  10. Mango Mango
  11. The Good Affogato
  12. Mother Bread

Inilah dia kiosk Softree yang terletak didalam MyTown Kuala Lumpur. Kecil comel je kiosk dia tapi jangan di sangka kecil tau, ada bermacam jenis softree aiskrim sedap-sedap di sajikan disini. Lihat my son abang Qi dah tak sabar nak beratur beli aiskrim Softree. Jom lihat kawasan sekitarnya. 

Kenal pasti menu sebelum buat tempahan.
Sebelum nak mulakan order, pastikan korang lihat menu di papan iklan depan softree ini. Julia tanyalah cashier, menu apa yang paling pelanggan suka order. Pilihan popular kalau anda pertama kali nak order sebaiknya cuba perisa original atau dark chocolate.

Anda peminat coffee?
Jika mahu ekstra menu yang berlainan boleh pilih mengikut citarasa korang hajati. Bagi peminat kopi, boleh pilih menu 'The Good Affogato', kalau ada peminat roti aiskrim boleh pilih 'Mother Bread' dan jika sukakan cheese boleh pesan 'Cheese Ice Cream'.

So apa lagi order jangan tak order!


Kon yang berwarna warni ini menarik perhatian sungguh melihatnya. Kalau suka nak makan dalam kon order je tau. 



Inilah paling dinanti, Wow! Honey Chips - terdiri dari susu organik aiskrim bersama honey chips diatas. Ia original madu ya, setiap hari mereka gunakan susu segar dan madu asli, hari-hari renew yang baru, menyihatkan!
Dalam banyak sajian dibawah, julia paling suka 'Mango Mango' sebab julia peminat buah mangga. Bila rasa buah mangga tu manis betul, ketulan mangga pun dipotong besar-besar dan puas dimakan bersama aiskrim Softree. Gabungan yang cukup hebat!
Suami julia pilih menu Mother Bread sebab dia memang pengemar roti aiskrim. Ketulan slice aiskrim softree ini korang boleh pilih nak perisa original atau dark chocolate. Suami pilih perisa coklat, bila di makan dengan roti bakar bersama slice aiskrim tu wahhh memang puas hati, tebal isinya dan kalau dibiarkan diatas meja dalam 10 minit ia tidak mudah cair tau tak. 

Rasanya tak begitu manis, rasa manis-manis buah. Elok dimakan tak mengira peringkat usia. 


Tunggu apa lagi, jom lah makan!


Lihat family julia, kami memang suka makan Softree Aiskrim, dulu julia selalu tak bagi anak makan sangat aiskrim sebab risau bahan kandungan gula tinggi untuk seorang kanak-kanak. Kini tidak lagi, anak julia boleh makan puas-puas aiskrim ini sebab ia dari bahan semulajadi, kandungan susu segar dan madu itu yang buat kami tak henti-henti makan. Menyeronokkan!


Masing-masing sangat khusyuk sehingga tak sedar suami ambil moment kami sedang fokus menjamah Softree Aiskrim hihi. 

Ya, sedap! Bila dah mula makan, susah nak berhenti, semakin makan semakin suka nak makan, sudu dia comel sangat tau.

Inilah nama-nama Softree Aiskrim yang boleh anda pilih, laig bagus anda sendiri follow page Softree Aiskrim di FB dan IG mereka untuk ikuti perisa terbaru. Mana tahu ada promosi ke kan, haaa jangan lepaskan peluang. Nanti julia kongsikan link dibawah entry nanti. 

Pembaca blog julia, nanti julia nak bagi secara percuma voucher diskaun 20% seramai 10 orang. Siapa nak pm julia tau. 

Jemput tonton video ketika kami di Softree Aiskrim di MyTown Kuala Lumpur baru-baru ini, lepas tonton mesti korang tak sabar nak rasa hahaha. 



Rating kepuasan: Julia bagi dari 5 bintang kepada 4 bintang untuk Softree Aiskrim, harga dan kuantiti dia berbaloi setanding kualiti aiskrim yang dihasilkan penuh kandungan organik dan baik untuk badan. Hari-hari makan Softree Aiskrim pun tak apa awakkkk! Hahaha tunggu apa lagi, jom serbu MyTown sekarang cari Softree Aiskrim sekarang di aras B1. 

Alamat:
Softree MAlaysia
Lot No. B1 056, Basement 1, 
MyTown Shopping centre, 
No.6, Jalan Cochrane, Seksyen 90,
55100 Kuala Lumpur. 

Tel: 03-92868100

Facebook: https://www.facebook.com/softreeMY/
Instagram: https://www.instagram.com/softree.my/

18 Comments

  1. Sedapnya tgk aiskrim organik juju

    ReplyDelete
  2. ohmmm.. nom nom nom nom..terasa kat tekak dah aiskrem nihh..

    ReplyDelete
  3. Sedapnye aiskrim tuuuu...nak voucher tu kak juju!!! Huhu

    ReplyDelete
  4. Nampak sedap.. tk berkeswmpatan nak try lagi :)

    ReplyDelete
  5. Sedapnya ice cream...macam nak je voucher tu tp ntah bila nak pergi tak tau

    ReplyDelete
  6. waa...puas makan aiskrim... harap ada cawangan dekat sini one day. Ehehe.

    ReplyDelete
  7. Wahhh aiskrim organik, baguslah! Nanti nak bawak anak² jugak makan kat situ.

    ReplyDelete
  8. sedapnya lahaii...esok rasa nak jalan mytown

    ReplyDelete
  9. Alahai sedapnya, tapi tak rajin pulak pergi ke My Town tu...hehe

    ReplyDelete
  10. Sedapnyaa kak Juju. Nanti nak try jugaklah :)

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)