Semua orang ada impian untuk memiliki sekurang-kurangnya 1 rumah betul tak? Rekod kewangan julia sendiri, julia adalah seorang pemegang ijazah sarjana muda, mempunyai loan dengan PTPTN sebanyak RM20k selama 3 tahun pengajian sejak tahun 2004-2007.

Okey, bagaimana julia atur bajet kewangan julia? Bagaimana julia lunaskan bayaran PTPTN secara lumpsump dan terus diistiharkan merdeka sehari sahaja, pelik tapi benar. 

Kalau nak tahu julia ringkaskan di sini baca 👉Simpanan tetap korang sebulan berapa?

Selesai baca, dah tahu pengalaman lepas julia macam mana kan. Terus kepada poin utama, bagaimana julia lepas beli rumah tanpa ada rekod CCRIS?

Tak faham CCRIS itu apa sila baca dibawah dulu:
  1. CCRIS atau Central Credit Reference Information System menyediakan laporan kredit dan diuruskan oleh Biro Kredit Bank Negara Malaysia. 
  2. CCRIS bukan sahaja mengandungi maklumat negatif seseorang, tetapi ia juga mengandungi maklumat positif, seperti permohonan pinjaman kredit yang telah diluluskan dan sejarah pembayaran semula yang positif. 
  3. Ia tidak mempunyai kuasa untuk menyenaraihitam mana individu, sebaliknya hanya membekalkan data untuk institusi kewangan bagi membantu mereka membuat keputusan.                                                                            [Sumber: comparehero.my]

Tak ada rekod kewangan amacam? Layan jelah angan aku tu haha
Ya, dah lah tak ada rekod kewangan langsung, kereta pun pada awalnya pakai kancil secondhand, pastu wakaf bagi ke pusat tahfiz, sekarang pakai kereta suami je. Bank mana nak talent customer macam ini. Takut oooo...prospek macam aku ini tak dapat di jangka, yelah rekod lepas tak ada langsung...nothing!

Cerita alkisah beli rumah idaman julia ni sangat menarik untuk julia rasa julia nak kongsikan untuk kalian. Julia selalu lalui kawasan berkenaan, kalau pergi atau balik dari kerja, hati julia tenang je melihat kawasan sekitarnya. 

Terus berdoa situ juga, "Ya Allah jika engkau izinkan aku nak tinggal dikawasan ini, nak beli rumah dikawasan ini. Tenangnya hati ku ya Allah. Engkau makbulkanlah. Amin". Itulah yang aku selalu katakan setiap kali aku lalu kawasan taman tu tau.

Masa tu tiada satu pun lagi rumah nak naik, tak nampak lagi projek bina rumah baru kat situ...yang ada adalah rumah lot2 besar dan taman perumahan biasa. Jalan raya pun bila lalu rasa aman damai sekali. Sejuk hati...kenapa aku rasa begitu...hanya Allah yang lebih ketahui.

Tak sangka tahun demi tahun, masa berganti masa, ada projek baru di kawasan berkenaan nak naik...mulanya hati tergerak, masih ada lagi ke rezeki kami untuk mencuba nasib. Bukan tak usaha cari tempat lain, tapi terlalu jauh bagi kami, kena hadap tol dan jem yang maha dasyat, aku tak sanggup. Poin aku nak dekat dengan rumah mama abah, kalau sakit demam ada lah aku nak jengukkan. Kak long sangat jawapan aku tu hehe.

Jumpa direct developer
Kami naik lah berjumpa dengan direct developer perumahan, masa tu niat nak tengok dan lihat je lah, sebab tak nak aim menggunung sangat nanti kecewa. Cuma aku beruntung sebab aku jumpa direct developer dan bukannya melalui orang tengah, sah-sah orang tengah makan untung dan kita kena keluar lebih banyak dari harga sebenar. 

Tengok rumah kondo contoh, aku kenan susun atur ruangnya, tak besar sangat tak kecil sangat, sesuai dengan minat aku tak berapa suka rumah besar, pening nak urus hehe.

Pastu suami tarik tangan tengok di papan kenyataan...ramai dah booking RM5k untuk book number rumah. Kami dok berdolak dalih...nak ke tak nak ke...maka kami dengar dulu penjelasan developer.

Dengar punya dengar, harga itu munasabah, bayangkan kalau rumah dah siap harganya mencecah RM500k ke RM600k lebih. Bayangkan...harga aku beli dalam RM300k lebih untuk 3 bilik, 2 bilik air dan lengkap segala kemudahan yang aku nak macam style hotel tu la ada gym, kolam renang, dewan dan bermacam lagi. 

Paling penting, tersangat dekat dengan rumah mama abah, tersangat dekat nak ke pejabat aku dan tersangat dekat dengan kemudahan sekolah, jalan raya dan tak kena tol langsung. Tempat yang aku doa itulah Allah makbulkan...masyaAllah! 

Maka hari pertama itu, ada agen bankers kebetulan datang di situ. Terus staf developer bawa jumpa julia dengan wakil bankers...nama bank di rahsiakan. 


Bincang punya bincang...sampai part CCRIS. 
Hahaha aku nak tergelak sebenarnya, memula aku tak faham CCRIS tu apa...padan muka. Aku tau cuma aku tak faham lebih mendalam..dengar2 gitu je lah. 

Pastu bankers explain la, aku cakap aku tak pernah berhutang mana-mana bank, PTPTN pun aku bayar lumpsump...tepuk dahi si bankers tu hahaha

Aku cakap baguslah dah selesai hutang, buat apa nak pening-pening, you tak percaya sama saya kah hutang PTPTN selesai bayar? Nak bukti?

Hahaha dia cakap, bukan tak percaya...saya percaya sama you...tapi saya mau tolong sama julia...kalau you tak ada rekod CCRIS, tak ada kad kredit langsung macam mana bank saya ni mahu kasi lulus itu loan...maksud saya macam mana nak tahu julia ni seorang pembayar hutang yang baik. 

Ooooo, panjang ooo aku depan dia muahahaha. Yelah, suami je ada rekod CCRIS dan tanggungan besar. So rumah ni aku layak nak beli cuma aku kena cari panel bankers lain...bukan dengan dia...wakil bank tu tarik diri awal2...kata dia nanti dia pass kepada kawan bankers dia yang lain mana tahu ada cara.

Sebab utama dia nak tolong?
5 sebab aku ada kelayakan ini, take note ya mana tahu korang nak ikut cara aku. 
  • ASB simpanan tetap 1k (simpanan gaji sendiri bukan loan ASB) sebulan tanpa culas sejak 2010-2017.
  • Rekod urusniaga perniagaan sambilan (6 bulan) aku kasi 1 tahun pun rekod terus.
  • KWSP (9 tahun bekerja)
  • PTPTN settle pun dia ambil rekod
  • Penjawat awam (jangan tanya loan gov ya, aku apply bank swasta)
  • Gaji minimum yang di kehendaki lepas

Inilah kriteria yang aku lepas beli rumah tanpa rekod CCRIS tau. Percaya tak? 

- ASB / Lulus sebab aku punya margin simpanan tinggi di ASB, aku tak pinjam loan ASB langsung, aku rajin menyimpan paling busuk RM500-RM1k sebulan tanpa gagal. Bukti rekod ASB kena cetak dan beri pada wakil bank yang urus bahagian perumahan korang tu. 

- Meniaga kecilan / Margin keluar masuk aku dengan #ephyra nampak membantu (korang kalau nak beli rumah sila rajin meniaga part time tak kisahlah online ke janji halal dan buat bukti transaksi semua melalui medium bank, bank sangat suka orang rajin meniaga kecik-kecik ni kira pendapatan pasif membantu lulus sangat tinggi, 

- KWSP aku boleh keluarkan dalam linkungan RM18k untuk pembelian rumah pertama. Bank nampak aku dah kerja lama, aku layak keluar duit max 18k mengikut 9 tahun aku bekerja. (Terus terang nak puji KWSP, dalam masa 4 hari hantar S&P dokumen kat KWSP, aku dapat mesej melalui hp, duit perumahan sudah masuk, ya sudah masuk! Cepat betul KWSP punya kerja cayalah) 

- PTPTN settle pun dia anggap aku layak sebab aku bayar sendiri lumpsump tau. Cuma aku tak sabar nak bayar bulan-bulan hahaha itu yang non hado rekod CCRIS. Kalau ada bankers pertama dah culik aku awal-awal.

- Penjawat awam, bankers ni memang suka kot kalau kata kerja dengan kerajaan mereka macam urus kita punya loan laju je, tak sampai seminggu tau dah jawapan. 

- Gaji minumum. Sekarang developer perumahan terutama rumah atas angin ni, mereka suka tetapkan aras gaji minimum untuk pembelian rumah. So tak sangka rezeki aku lepas fasa melihat iklan tepi jalan raya besar. Itu poin utama aku terus cari developer tu. Kalau tak lepas tak wujudlah pengalaman aku nak kongsikan hehe.

Ada banyak panel bankers developer perumahan ini bagi..sekajang kertas, kami kena hantar sendiri ke panel bankers yang mereka highlight kan. 


Hari tu tengok, hari tu buat keputusan, hari tu bayar RM5k...keje gila ke kejar peluang haha

Sebelum hantar...kami kena bayar downpayment rumah RM5k untuk ikat number rumah yang kami nak sangat tu...rumah aku mengadap pool dan paling hujung di koridor, aku tak suka rumah mengadap lif, aku suka privacy, suami pun suka pilihan itu. Maka terjadilah episod tanpa di sangka ikat number rumah...

Pergi ke Affin Bank masukkan RM5k, kembali ke developer serahkan butiran bayaran. Selesai? Ehhhh bermula fasa memeningkan belajar untuk sedia butiran peribadi dan sediakan rekod kewangan aku dan partner aku...partner aku tak lepas sebab tanggungjawab dia dah besar dengan bisnes dia. 

So aku jelah talian hayat yang ada. 

Adakah talian hayat aku tu melepasi?
Hahaha awal-awal dah cakap lepas...tapi sebelum nak lepas tu aku lalui bermacam jenis wakil bankers ceritanya macam-macam. Tak perlu ulang lagi, korang dah tau jawapan kat atas ada. Memula bagi harga monthly bulanan rumah sangat tinggi, yelah tak ada rekod CCRIS ini yang aku kena hadap...
  • Bankers pertama - tak mau (rekod CCRIS non hado)
  • Bankers kedua - tak bagi jawapan seminggu lebih
  • Bankers ketiga - mahal sangat, rumah undercons pun dah kena bayar terus macam rumah dah duduk punya harga what !!!
  • Bankers keempat - islamic bank pun satu hal...lama sangat nak tunggu jawapan...entah ya entah tak...kalau tak cakap kan tak, tak ada aku ternanti-nanti haha
  • Bankers kelima - ya, tak sampai seminggu aku diberi jawapan, dia kata aku lulus, dan monthly payment tu aku setuju, aku cuma bayar interest ikut progress rumah sahaja...wahhhh rezeki aku dan suami. 
Itu pun aku minta pada dia bagi aku masa 1 minggu untuk aku buat keputusan sama ada aku nak atau aku tolak...

Puas aku berdoa, minta petunjuk dari Allah, betul kah perancangan ini...macam-macam la. Akhir sekali suami bagi kata sepakat...kita terima. Rezeki ni.


Akhirnya aku terima, dan bermula sesi jumpa lawyer rumah, sign surat Sales and Purchase (S&P) helaian demi helaian depan belakang dengan banyak set, tak boleh copy sign, semua kena sign fresh, berasap! Memang banyak ooo dokumen kena sign depan belakang. Nak kata aku 100% faham ayat undang-undang perumahan memang tak lah hahaha...

Aku cuma tanya beberapa ayat penting je kt lawyer rumah...

Kalau aku mati atau berlaku kebakaran...rumah ni ada insurans kah?
👉Ya ada Tokio Marine Life, nanti pewaris terdekat seperti anak atau suami yang akan terima.

Kalau terjadinya penceraian, bagaimana rumah ini diuruskan?
👉Penama isteri dan suami (JV name), tapi loan nama aku seorang, maka aku yang berhak 100% ke atas rumah dan ex suami berhak keluar. Depan lawyer direct aku tanya hahaha jangan malu tanya soalan semasa ya. 

Nampak tak soalan aku, aku tanya bukan aku mendoakan, aku tanya sebab aku adalah seorang yang sangat berjaga-jaga, jika berlaku aku tahu dah dengan lawyer rumah ini yang aku boleh mengadu perkara yang berkaitan sahaja pasal rumah. Done !

Hari pertama kami pinang tanah ini, inilah pandangan pertama kami.

Terkini, genap 11 bulan, kami datang balik tapak, dah siap sampai aras 9, facilities area tingkat 8 siap dibina, sekarang progress aras 10 ke atas which is resident house yeyyy! 

Untuk pengetahuan korang, aku tak beli under mana-mana Rumawip ke, PR1MA ke, ni 100% private developer punya. So masa bayar kos pentadbiran around 17k aku ada terima diskaun awal-awal dah dari developer which is berbaloi untuk kami. 

Itu sahaja kot pengalaman aku pasal macam mana aku berjaya lulus loan, tips utama kalau korang dari mana pun asal usul, tak belajar tinggi mana pun, tapi kalau korang rajin menabung, rajin buat part time bisnes, bankers memang bagi keutamaan kat korang percayalah. 

Aku tak ada tulis surat2 rayuan ye, semua suami aku edarkan pada panel bankers sama je pada hari yang sama form housing loan. Cuma jawapan hari yang berbeza yang tu korang doa lah banyak-banyak semoga dipermudahkan urusan. 

Semoga korang pun berjaya suatu hari nanti beli rumah sendiri ya, jangan putus asa, kalau aliran tunai simpanan korang tak cun, CCRIS tak cun, sekarang tanamkan azam nak cun kan balik at least 6 bulan mulai sekarang, kalau rajin tahan sabar untuk 1 tahun terus cantikkan simpanan dan CCRIS korang jika ada ya. 

Semoga entry ini memberi semangat kepada kalian untuk terus kuat berusaha menabung kerana Allah, nanti Allah permudahkan jalan, lagi satu, abaikan suara-suara langau manusia dan desakan suruh beli rumah cepat-cepat. Mereka tak tahu yang korang sedang mendaki gunung perlahan-lahan untuk cantikkan simpanan...sabar dan terus capai target!

Alhamdulilah, my dream house come true...nanti next entry aku share kenapa aku suka dok kondo berbanding dok rumah bawah hahaha...aku punya minat suka hati lah aku nak cerita. Bye!

19 Comments

  1. Kegigihan Juju amat dikagumi. Teruskan perjuangan mu ya. Bukan senang nak senang...terbaik !!

    ReplyDelete
  2. tq juju for sharing..akak aritu pn riso psl CCRIS sbb akak tkde rekod hutang sbb kete dh abis byr, credit card tkde, loan pn xde...tp kita cuba je proceed..alahmdulillah dipermudahkan..akak aritu pn apply thru kwsp yg utk dptkn duit tu...mmg cpt duit masuk..

    ReplyDelete
  3. tahniah ada rumah baru julia.. tq atas info ni mmg amat berguna

    ReplyDelete
  4. Nice sharing jujue...x sabaq nk tgk rumah jujue siap nnt

    ReplyDelete
  5. kak juju! kenapa kak juju macam tahu2 je IQ mencari ilmu pasal ni! huhu, dilema ni kak juju, nak beli rumah bukannya senang, kena buat something dulu ni, kumpul duit banyak2..huhu

    ReplyDelete
  6. Kalau aku mati atau berlaku kebakaran...rumah ni ada insurans kah?
    👉Ya ada Tokio Marine Life, nanti pewaris terdekat seperti anak atau suami yang akan terima.

    Kalau terjadinya penceraian, bagaimana rumah ini diuruskan?
    👉Penama isteri dan suami (JV name), tapi loan nama aku seorang, maka aku yang berhak 100% ke atas rumah dan ex suami berhak keluar. Depan lawyer direct aku tanya hahaha jangan malu tanya soalan semasa ya.


    ----------->>> kite pun tanye soalan yang sama pasal perkara di atas tu masa hubby buat loan (bank) atas nama dia sebab kite sbg isteri kene tau jugak hak2 dan benda2 yg patut kita tau awl sblm ape2 jadik. Bukannya doa tp orang kata jodoh pertemuan ni semua kerja Allah. Tak salah beringat tp kita doa yang baik2 jer la nnt... insyaallah

    all the best k.. <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru jumpa blog puan julia..menarik sangat lebih2 lagi perkongsian rumah..:) :)
      berkenaan insuran biasanya insuran rumah dia akan cover loan sahaja..tp pewaris yang dapat adalah pewaris faraid..sekadar perkongsian tambahan

      Delete
  7. Bestnya Julia bakal duduk kondo nanti, Tahniah!

    ReplyDelete
  8. bgus soalan kak juju hehe. info tu . ! nk rumah kondo tapi mak tak suka rumah atas angin and belah en bakal pun tk suka. aiyarkk.. hahaha. alhamdulillah dah ada rumah tp rumah atas tanah je . Heee dh siap nti boleh la pi rmh kak juju. tumpang men gym haha

    ReplyDelete
  9. Ilmu mencari rumah untuk dibeli ni kena ada..saya pun baca pendapat blogger sebelum beli rumah..kena buat research dulu sebelum beli rumah..

    ReplyDelete
  10. memang nak beli rumah kena tau semua. bgaus tengok kesungguhan kak juju

    ReplyDelete
  11. terbaik...rezeki tu..Alhamdulillah...tu lah faedah yg dpt dr selesaikn masalah kewgn yg ade kan

    ReplyDelete
  12. Kami tak pernah beli rumah under developer. 2x beli rumah semua secondhand. hehehe.. sejenis tak menyabo tunggu rumah siap kot. hehehe.. tengok la rumah ketiga kami mana tahu rezeki dapat rumah baru.. btw, nice sharing, boleh tambah ilmu dengan baca pengalaman oranglain ni

    ReplyDelete
  13. salam juju, rekod ccris tu mudah je sebenarnya, boleh dapat dari kaunter yang disediakan dekat bawah Bank Negara Malaysia. hehehe, btw tahniah dah masuk rumah..

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)