Kredit pic by  Rancangan Tumit Tinggi

Apa tinggal lagi 10 hari! Tadi belek kalendar pejabat, nampak tarikh siaran semakin menghampiri fuh, dan dan terus seram sejuk, bulu roma naik tegak semacam je....oh ye dulu julia ada janji nak kongsikan detik pengalaman emas kali ketiga julia di jemput sebagai personaliti blogger jemputan siaran televisyen...kali ini siaran khusus untuk wanita bertajuk Rancangan 'Tumit Tinggi'. 


Pengalaman blogger jemputan klik link:
Rancangan 'Tumit Tinggi'. 
Untuk pengetahuan kalian dan readers yang disayangi semua, rancangan ini adalah rancangan terbaru di terbitkan oleh pihak RTM TV1 ya. Siapa sangka, selepas kejutan jemputan siaran Rancangan Walla - Menu Kita bersama Masterchef Malaysia julia sekali lagi di jemput, dirisik, di kejutkan kali ketiga melalui talian telefon oleh pihak RTM.

Saat pertama kali hadir ke ibu pejabat RTM, time ni debaran memacam adeh

Rasa nak gugur jantung, tergolek-golek...jemputan dan sokongan suami serta sahabat semua di FB, IG untuk julia sahut cabaran ini membuatkan julia bertambah semangat untuk harung 2 hari shooting lebih kurang 7 jam sehari rakaman. 
"Tumit Tinggi - sebuah program Majalah TV terbitan RTM yang memaparkan pelbagai isu berkaitan wanita dari aspek kejayaan, permasalahan dan gaya hidup. Rancangan ni berbentuk majalah yang ada 3 segmen berbeza iaitu Bijak & Hebat, Jom Bantu & Bersama Blogger."
Bayangkanlah shooting bulan Februari 2017 lepas, pengalaman emas selama 2 hari rakaman julia kutip dan belajar bidang penyiaran ini bukannya satu kerja mudah, kesabaran tahap paling tertinggi diperlukan kalau korang bercita-cita nak jadi penerbit rancangan atau kru penyiaran...wehh bukan calang-calang mereka ni semua.

Sabar diorang tu julia nampak di raut wajah mereka, nak hasilkan sesuatu rancangan baru yang berkualiti...lagi-lagi jumpa blogger yang gagap-gagap...skrip tak hafal...main bedal cakap ulang-ulang mau tak keluar peluh betina! Haaaaa aku dah rasa, tapikan semua cabaran tu semua aku rasa sangat manis.
Wowwww cantiknya lobi RTM, terkesima sekejap tengok sementara menunggu kru dan penerbit appointment jam 11 pagi. 

Rakaman indoor & outdoor.
Tentang tajuk apa julia akan ke udara tu julia rahsiakan dulu eh...mau kasi surprise! Haha now nak story sikit pasal pengalaman rakaman.

Dulu masa rancangan Walla, kawan-kawan gelar julia MTS, mts tu panggilan pengacara terkenal maria tunku sabri, jauh tau korang fikir julia ke tahap tu hehe...mungkin cara naturalnya julia suka bercakap formal itu sebab nampak ala-ala MTS kihkih.

Kini rancangan tumit tinggi ini berlainan sungguh dengan rancangan walla yang sinonim dengan dunia makanan. Kali ini julia diberi penghormatan tinggi untuk berkongsi lebih mendalam sejak bila julia melibatkan diri sebagai blogger dan hobi julia dimasa lapang.


 Scene bertumit tinggi jalan ulang alik tengah panas, kata bukan sekadar blogger...buktikan julia buktikan haha 

Siaran Scene 7 minit
Berbeza sekali, tahun 2016 scene walla lebih kurang 3 min siaran memerlukan setengah hari rakaman tau, untuk scene kali ini lebih kurang 7 min diperuntukkan untuk julia seorang. Gila tak WOW! Tapi wownya banyak scene julia belajar...

Sebelum kereta bergerak, scene dalam kereta julia bebel pasal kisah blogging...haaaaa bab bebel dalam kereta aku suka sebab setiap hari aku menyembang sorang-sorang pasal kisah di jalanan kahkahkah ye aku ceramah sorang-sorang. Itu sebab bila ada scene dalam kereta aku seronok lah cakap sambil stering konar kiri kanan, mata dok tgk kamera...



Port scene julia tengah update entry blog bermacam-macam tempat tau, dari luar panas terik, ke dalam tempat beraircond sambil pakai tumit tinggi (tak berapa nak tinggi pun hahahhaa) jalan-jalan la sambil cakap-cakap...

 Time ni la nak betulkan cincin jed hahaha kemain, nak update blog je pun julia oiiii hahahha

Okey serius balik...masa ni shooting sedang berjalan...shooting entry blog tau...apa yang julia tengah update tu nanti siaran sebenar korang baru tau haha

Tak malu !
Ya, aku perasan, aku ni tak malu kalau orang tengok aku tengah shooting. Aku tak tau kenapa. Padahal banyak kali gak lah aku kena repeat scene tu orang ramai tengok aku...aku anggap itu cabaran aku kenkonon tengah live update dengan readers aku beb...serius! Bukan nak tunjuk kau power puff girl...tapi itu cara kau nak twist rasa gugup melampau...

Kalau aku tak anggap penonton sebagai readers blog julia johari yang tengah pandang aku dok krik krik krik sorang-sorang dengan kamera sana sini...mau tak aku bertambah krik krik (cengkerik ajeeee teman haha)


Kru RTM bersama Penerbit RTM sedang berdiskusi setiap scene untuk julia, habislah...habissssssss lah julia mana mau lari, ganyang julia ganyangggg hahaha.

Mark kalender handphone korang tau sesiap, seram nak kena bahan gelak ketawa ngan korang hahaha...apa scene seterusnya nanti julia update next entry ye. Stay tune!


Save the date:
Ahad 23 April 2017
12.00 tengahari
Hanya di TV1 

[Nota kaki] → Jangan klik lagi siaran ulangan tau belum disiarkan lagi haha saje beri link awal kot korang sibuk masa tu leh la klik siaran ulangan di http://myklik.rtm.gov.my/

43 Comments

  1. Alaa 12 mmg susah skit tgk tb. Nt lisa tgk ulangan jee la hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lisa tak pe...leh tgk siaran ulangan kat myklikrtm...

      Delete
  2. alamak kat kl la masa tu.. leh tgk online tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak ita, yes boleh tgk kat myklikrtm Taip "Tumit Tinggi Ep 2."

      Delete
  3. Wahh bestnya..pengalaman berharga as blogger swronoknya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah, pengalaman 3 tahun berturut2...semuanya diundang tanpa disangka...malu sebenarnya. Saya ni tak ada apa-apa pun.

      Delete
  4. Perghhhh Alhamdulillah rezeki akak. Syoknya dapat masuk tibi! Haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur alhamdulilah adik syed, ini sebagai satu pengalaman berharga, peluang yang diberi dibuat sehabis baik untuk ikutan dan teladan.

      Delete
  5. wahh seronoknya Juju.

    betul ke kena buang perasaan malu and lebih bersahaja depan kamera barulah nampak natural gitchew. Cici pulak kalau zaman photoshoot dulu segan sikit kalau orang tengok tengok -__- studio ke outdoor ke rasa nervous pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Paling besar cabaran adalah emosi dan fizikal, kena set di fikiran kalau orang lain boleh, kenapa kita tak boleh...jadi diri sendiri itu paling betul kata cici...

      Delete
  6. Description tumit tinggi tu agak mgelirukan. Hahahaha. Hai juju...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi kak onah miss you...juju dah betulkan ayat ada overlapping words hehe tq mmuah!

      Delete
  7. Wahhh Save The Date ni nampaknya. Alhamdulillah.. semoga makin dikenali kak julia :)

    ReplyDelete
  8. Tahniah juju.. Akak ms mula2 tgk video juju yg kuar tv9 pn dh tau juju bole berkomunikasi dpn camera ngan begitu berkeyakinan..moga2 dpt tgk 16/4 nanti.. Kalo tk dpt, kena tgu juju share video kt blog la

    ReplyDelete
  9. Tahniah juju.. Akak ms mula2 tgk video juju yg kuar tv9 pn dh tau juju bole berkomunikasi dpn camera ngan begitu berkeyakinan..moga2 dpt tgk 16/4 nanti.. Kalo tk dpt, kena tgu juju share video kt blog la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak mama tisya, terharu julia...sebenarnya malu nak kongsi teaser ni, okey julia faham, nanti julia share video di blog nanti.

      Delete
  10. Wahh tahniah kak Juju. Taksabar nak tengok :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih dik nani...malu nak tup muka la dik nani nak tgk hahahaha

      Delete
  11. Klu hr ahad mmg xdpt tgk la.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apa normi, boleh tengok siaran ulangan di myklikrtm Taip 'Tumit Tinggi Ep 2'

      Delete
  12. Wah.. Tak sabar nk tgk.. Hihi.. by the way, kipidap sis👍

    ReplyDelete
  13. cantik lobi RTM tu <3 insyaAllah kalau x lupa, duduk juga depan tv 16 april tu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Nour ! Aah cantikkan lobi RTM...nice!

      Delete
  14. Siaran sebenar Tumit Tinggi Ep. 2
    16 April 2017 hari Ahad jam 12 tengahari.

    Saya dah tulis kat dinding progrem ni. Harap2 tak bzi hari ru.

    Ju, kongsilah video yg lama2 tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Encik Adam, terima kasih ye sudi save the date, terharu saya sebagai blogger picisan sahaja ni...video lama-lama itu saya ada kongsikan di sisipan belah kanan side bar, kalau perasan boleh klik baca dan ada link dalam entry tersebut.

      Delete
  15. akan ingt tarikh tu, dah mcm artis juju..hihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih zie sudi save the date...bukan artis, saya blogger suam suam sahaja...cuma rezeki Allah buat sebaik mungkin hehe.

      Delete
  16. Replies
    1. Terima kasih Raihanah. Save the date 16 April 2017, TV1 jam 12 tengahari :D

      Delete
  17. auchh nak tgk hakak kita ni bebel lagi..ehehe

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)