Rancangan berbentuk majalah TV ‘WALLA’ akan bersiaran tak lama lagi di TV1 bermula Oktober 2016. Rancangan ini memaparkan kepelbagaian makanan yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Setiap episod akan memaparkan makanan atau menu yang menggunakan bahan asas yang berbeza. 

Julia diberi peluang dan kesempatan dari Allah sebagai hos jemputan untuk Rancangan Walla 2016 bagi musim kedua. Lama betul julia ambil masa untuk up entry shooting ni yang sudah lama sejak bulan Julai 2016 lagi, tau sebab apa?

Sebab rasa diri ini tak layak. Betul tau, julia rasa rendah diri bila terima undangan dari pihak RTM, nak berwawancara bersama Abang Brian pulak tu, siapa tak gugup kan...tapi tak sangka, kisah yang julia alami, sangat manis rupanya di pengakhiran shooting...manis bila penerbit dan penolong penerbit suka berkolaborasi dengan julia...tak sangka! :D

Dari dulu lagi julia memang suka tonton Abang Brian masak, dia kalau masak sambil cakap sama laju je...tup tup siap dah...pandai dia kan...tak sangka dapat peluang bersegmen dengan beliau...best!
Kemain haaa abang brian beraksi hehe

Pengalaman singkat tapi indahnya.
Baru kini julia tahu, nak menerbitkan sesuatu rancangan di televisyen bukan mudah yang disangka, pertama kali julia membawa diri ditemani suami pada awalnya suami beri galakan dan kata-kata perangsang. Syukur, dia beri restu. Takkan julia nak main-mainkan peluang yang diberi, harus lah julia ambil peluang ni sebaik mungkin kan.

Skrip awal telah diberi pada julia sebagai panduan, selebihnya julia banyak skrip goreng sendiri hehehe, penerbit dan penolong penerbit rancangan Walla serta Abang Brian lah banyak membantu julia, mujur mudah rupanya...cuma banyak kali casting tu biasalah kan...nak yang berkualiti dan sempoi semulajadi gaya bukan senang ye...

Teaser shooting - Nanti last entry ni korang tonton short video shooting julia upload dalam you tube tau, jangan ketawa hahahaha...




Orang kata nasi ni memang legend. Kalau di Ipoh memang nasi ni carta pertama setiap tahun. Dalam satu set nasi vanggey ni ada nasi putih, ayam goreng vanggey (ayam goreng yg dicampurkan dgn rempah khas dari Ipoh), telur masin, sayur campur, sambal kelapa dan campuran 3 jenis kuah yang berbeza (kari ayam, ikan & daging). 

Harganya berpatutan hanya RM8 sepinggan. Istimewanya nasi vanggey ni, bila dah rasa sekali akan teringat-ingat sampai bila bila. 

Di sebalik tabir episod nasi vanggey.

Proses membuat sambal kelapa. Antara ramuan utamanya adalah kelapa goreng, cili merah, daun pudina, kacang dal, asam jawa, garam dan serbuk cili. Setelah siap digaul, ke semua ramuan ini akan dikisar menggunakan mesin kisar khas.


Salah satu makanan popular nasi vanggey. Sambal kelapa. Selepas bahan-bahan utamanya digaul, ia kemudiannya akan dikisar menggunakan mesin kisar khas. Rasanya memang umphhh!!!



Tunggu...ada lagi entry!
Nanti dah di siarkan di TV julia akan up satu lagi entry siapa mereka yang kerja kuat di belakang tadbir menjayakan segmen ini tau...pasti julia akan ceritakan satu-satu kisah manis yang mencuit hati untuk korang semua tahu...

Kemain muka juju drama muka tengah bengang tunggu abang brian tak sampai-sampai...air mango dah tinggal setengah dah hahahahha...sian Brian tak dapat minum berapa kali kena cut...juju je sedap duduk banyak kali minum adoiii kelakar part sini banyak kali lupa sebab tang ni panjang sikit kena cakap, orang lalu lalang julia tak peduli dah...nak habis cepat punya pasal sampai terlupa lupa cut! ...hahahahhaha 

Nah mai dekat sini, click video kat bawah...bagaimana julia pertama kali shooting dengan RTM bersama Abang Brian yang sangat petah berbicara depan kamera hahahhaha asyik nak ketawa je tengok gaya dia...memang peramah habis Brian ni...best kenal dan berborak pengalaman dengan beliau...soon juju cerita lagi ye...bye!


Ingat makanan... ingat WALLA. Nantikan bagaimana segmen julia ajak Abang Brian dalam episod nasi bajet bulan Oktober 2016.

Coming soon musim ke 2 hanya di TV1. #episodnasibajet

16 Comments

  1. Seronok tgk juju dlm TV... Kita plak bangga

    ReplyDelete
  2. Tahniah juju! Konpem terliuq tgk juju makan nanti hehe

    ReplyDelete
  3. Woww Tahniah Juju dan KBBA9! Tumpang bangga dan gembira 😍😍😍

    ReplyDelete
  4. Tahniah Kak Juju. Lapar pula tgk makanan tu :D

    ReplyDelete
  5. gilerrrr ar, telo asin tu menarik betol laahhhhh

    ReplyDelete
  6. tahniah ju! pengalaman manis yang tak dapat dilupakann betul tak ;)

    ReplyDelete
  7. bila tu kak ? nti leh tlg record kan hehehe

    ReplyDelete
  8. Hebat juju.. Nanti nk kuar TV siarannya inform tau

    ReplyDelete
  9. wah..bestnya..satu pengalaman baru tuh..tahniah..tumpang gembira..hehe

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah rezeki cik julia! saya tak pernah tengok rancangan ni tapi cik julia punya pasal, kena tengok ni. hihi >,<

    ReplyDelete
  11. Nanti shout out tau Yaya nak tengok kakak juju yaya kat tv! Hee

    ReplyDelete
  12. nanti bagtau bila ye kak..aumm..bab makanan ni yang suka

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)