Tips Anak BEBAS DIAPERS!
Soalan pertama muncul dari kebanyakkan orang, eh abam Qi dah free diapers ke belum? Hmmm dari tahun lepas soalan tu always la ramai orang dok tanya, almaklumlah badan abam Qi kan sedikit berisi dan nampak macam big boy sangat, tapi jangan lupa dia baru 2 tahun lebih masa tu, takkan nak push dia betul-betul free diapers...bagi julia lah kan...sweet kot bebudak umur 2 tahun lebih masih guna pampers...macam diorang masih baby jalan tergedek-gedek bawa muatan lebih hahaha sweet!
Sejarah bagaimana penat lelah juju & suami bersabar nak Potty Training (PT)
KLIK LINK
Nak announce!
Abang Qaiser ilman dah FREE DIAPERS SIANG & MALAM! Totally Merdeka dari sebarang pampers sejak awal bulan Ogos 2016, kira bulan kelahiran Qi yang ke-4 terus merdeka. Kalau congak by month & day baru 3 tahun 11 bulan dah merdeka diapers. Alhamdulilah. Bagi julia ini satu pencapaian besar buat Qi sendiri termasuk julia & suami. Tak cepat dan tak lambat sangat...just nice!
Ya, macam tahun lepas kalau korang baca link diatas, sebelah siangnya Qi tak pakai pampers langsung...hanya pakai seluar dalam comel tu...tu pun terkadang-kadang bocor juga...dia faham...kencing dan buang hajat besar di bilik air, tapi tak faham apa itu feeling tahan dulu hasil untuk beberapa saat dan beritahu sebelum terkucil dalam seluar...okeyyyyyyy ini memang kena kesabaran tinggi hehehe...
Pernah gak lah terlepas 2 ke 3 kali melepas kencing dalam kereta kot...standby dah tuala keliling atas seat kot2 terkucil ke terhajat besar ke...kadang2 budak todler ni dah terbiasa ingat dia pakai pampers dalam seluar tu...tu yang memang kena kuat tanya...sampai lemau abang Qi nak bagi respon dah siannnnn hahaha
Tips FREE DIAPERS sebelah malam?
Dulu siang tak pakai pampers...malam kena pakai sebab tak yakin dan tak larat nak gerak dia bangun suh kencing semata...serius aku tak bangun pun gerak dia suruh kencing langsung...sampai satu masa awal bulan ni aku terus direct ajar no more pampers malam...memula tu memang terkucil habis la pelapik tilam tu tapi dah cover sesiap...okey takpe first trial kan...
- hari kedua malam...eh tak kencing la...
- hari ketiga terkucil plak raba seluar dia hmmm...
- hari keempat eh tak terkucil yeyyyyyyyyy...
- hari kelima tak terkucil juga...
sampai ke hari berapa dah ni termasuk pagi tadi langsung tak basah seluar dia...ada hari apa ntah julia tetiba terbangun awal jam 4 pagi gitu...saje gerak dia suruh pi tandas, dia tak mauuuuu okey, dia cakap x rasa nak kencing lagi...okey good boy...so julia nak gerak pi keje masa subuh tu dia bangun terus cakap umi Qaiser nak kencing.
Yeyyyyyyyyyyyyyyyyyy abang Qi dah berjaya 100% FREE DIAPERS! tau tak apa ayat keramat julia selalu cakap dekat telinga Qi sebelum tidur malam...
Qaiser jangan kencing dalam seluar tidur malam. (aku program otak minda dia separa sedar, antara nak tidur dengan nak terlelap tu)
Tu je aku cakap...tak ada ayat lain dah...itu je aku ulang setiap malam dan aku rasa dia dah boleh program otak dia jangan kencing dalam seluar tidur malam yes. Tapi malam sebelum nak tidur tu aku tak bagi dia minum susu banyak sangat, aku suruh dia kencing dulu puas-puas sebelum tidur. Tu je pun...xd lah aku paksa diri aku dan paksa dia angkat dia kencing jugak memalam buta tu...tak ada okey.
Basuh kencing dah pandai...duduk dalam bowl toilet untuk membuang air besar dah pandai...cuma tang nak basuh hajat besar tu tak ajar lagi...sebab dia masih kecil...nanti umur 4 tahun lebih baru nak ajar guna sabun untuk cuci tutt dia tu.
Paling penting JANGAN PAKSA DIA...BIAR DIA RASA DIA ADA MASA UNTUK BUKTIKAN!
Tapi kan...seronok tu memang seronok tapi...
Sebenarnya korang akan rasa sesuatu kehilangan awal tanpa kita sedari...ni pandangan julia ye, sebagai ibu muda yang baru anak satu ni. Pakai pampers ni seolah-olah kita masih ada lagi baby yang sedang membesar pantas di depan kita...
Sekarang baru tahu betapa rasa sebak pulak tengok dia dah rasa sangat dewasa, pelan-pelan sifat baby tu hilang...no pampers again...bila ke shopping mall tengok pampers aku rasa sebak....aku dah tak beli dah barang tu...
Kalau kau dah 3 tahun tiap-tiap bulan mesti beli barang yang sama, brand yang sama, berperang dengan harga macam-macam kedai semata mata nak harga murah...tak ke korang sebagai ibu atau ayah rasa sedikit macam ahhhh...anak aku dah besar.
Ya sepatutnya aku seronok dan bersyukur, at least memang boleh jimatkan duit banyak dari situ dah...tapi aku rasa kehilangan weh...adeh nak nangis pulak dah ni huh.
Bye-bye Drypers...banyak jasa dia selama 3 tahun 11 bulan.
Terima kasih kawan-kawan & sahabat
Anda selalu bagi semangat untuk julia PT kan abam Qi...Allah makbulkan doa julia, sebelum Qi capai umur 4 tahun dia dah free pampers.
Lepas ni dah tak ada entry PT dah...dah khatam untuk explorace ni...sekarang nak twist ajar Qi guna minum susu dalam cawan...dulu penah buat tapi sekejap je...pastu dia nak balik botol adoilaaa...so bermula ujian ni balik...hujung minggu ni nak bawa dia pi shopping mall nak cari bekas minum susu guna straw yang paling cantik dia nak...so nak remind otak dan minda dia...
"Minum susu dalam botol straw lagi nampak abang hensem...serius hahhahahhaha aku guna keyword abang hensem sebab dia suka ayat tu dan dia suka pujian"
Harap misi ni berjaya sebelum awal tahun depan...nak tadika dah dia :)
15 Comments
big boy dh QI...tk lama lg pn nk p school dh kn...lebih kurang ank akak juga la dlm 3thn++ free diapers...yg penting kita jgn push sgt kn
ReplyDeletewah.. belum berjaya lagi ni. hehe
ReplyDeleteWahh dah free diapers dah Qi !
ReplyDeletebgus Qi,baru boleh panggil abam Qi
ReplyDeletehahah
juju... mikhail kalau balik rumah atau lepas mandi, mesti dia tak nak pakai pampes.. dia siap jawab 'tak nak'... kena paksa. agaknya, kalau dkna ajar dia PT usia 2 tahun 3 bulan ni ok ke? bab terkucil tu memang dah selalu.. keluar je bilik air, elok jer dia p kencing atas tilam.. pastu panggil 'bu..bu...cing'.. tunjuk air kencing dia hahaaa
ReplyDeleteelok sangat dah dkna nak ajar 2 tahun 3 bulan...sesuai sgt umur mikhail tu dkna...juju ajar start umur 2 thn lebih tp tak berjaya sebab dia aktif sgt bermain...kira awal lah mikail belajar ni yeyyy
DeleteTahniah utk ibu dan anak. Jimat jugak tu tau JJ.
ReplyDeleteInsyaAllah boleh jadikan sempadan. Ilmu y kita boleh apply. Anak cik kausar baby lagi ehe
Deletenice sharing
ReplyDeleteteknik programing minda boleh aply juga lah
ReplyDeleteAdli pun dengan usia 3 tahun 9 bulan alhamdulillah dah tak pampers dah. betul julia.bila tengok pampers sebak sendiri. Dulu sebulan sekurangnya 2 paket untuk rumah dan rumah pengasuh. bila tengok dia tidur...dah besarnya adli dan air mata pun menitis. hahaha
ReplyDeletehihi...mmg comel je lg anak 2 tahun+ pakai pampers.tp since thaqif pun kurang kencing, rugi jugak rasanya spend utk pampers tu.maka slowly weekend je free diapers.so far ada hari ok, ada hari x ok.ibunya kena sabar byk2
ReplyDeletetahniah abam qi..good boy..tapi sebaiknya ajar masa umur 2 tahun..macam kita2 dulu..
ReplyDeleteYeayy dah free diapers. Jimat dah duit pampers.
ReplyDeleteRsa mcm nk free diapers anak jer bca blog nie, bestkan rsa anak free diapers trus.... Tpi dy bru umur 2tahun so wktu siang kt rumah jer dy free diapers.. Mlm ksian nk kejut,kt tmpt awam tkut tercicir... Tgu bsr ckit bley ajr tips nie
ReplyDeleteSharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)