Ringgg ringg...telefon julia berbunyi, waalikumsalam abang yes may I help you, gitu jawapan PA kepada bos besaq hahaha aku merangkap PA kepada suami bila deal perihal kerja luar daerah, sebab aku laju bab booking hotel, tu sebab aku punya kerja lebih uruskan suami punya jadual outstation kerja, urus dari segi penginapan dan makanan, aku suka!

Last Minit BOOKING!
Kebetulan Jumaat lepas suami inform dia kena outstation ke Melaka, sebab awal pagi sabtu tu terus nak kena ada sana dah, so hari Jumaat baru inform, ko tau aku leh relaks, cool, baju bajan tak kemas lagi hahahaha, time solat jumaat aku balik rumah jap kemas apa patut simple-simple sudah, kemas rumah, rehat terus masuk keje balik lepas solat jumaat.

Dalam kereta menuju ke Melaka dengan suami dan anak lepas balik kerja, baru aku booking hotel, hahahahaha sila maki aku weh, kalau orang lain sah tak buat cara aku buat, dalam kereta baru nak terhegeh-hegeh booking, tapi percayalah bila rezeki ko, yang ko rasa mahal leh dapat murah macam harga hotel bajet!

Nak booking hotel? Cepat KLIK --->>>Booking.com

On the spot dalam kereta menuju Melaka aku guna apps dalam hp booking Swiss Garden Hotel Melaka, last minit pun try buka website Booking.com dulu. Ramai pm julia macam mana cara nak booking dalam online, link aku dah kasi kat atas, korang godek lah link tu puas-puas ye. Lama-lama pandai lah korang. Keyword search: Swiss garden Hotel Residences Melaka.


Mahal Tak? Harga!
Tu aku banyak kali pesan, semua bergantung rezeki Allah nak bagi, kalau tarikh ko nak pergi outstation kerja ke, nak holiday ke tapi fully booked, mahal tu semua terletak pada rezeki. Last minit ko booking nak jadi murah, ada pulak kosong tu rezeki, rezeki kami sekeluarga Allah dah catat time tu aku dapat booking sambil tersenyum ke telinga belakang haaaaaa....meh tengok carculation sempoi aku tunjuk.

Kuala Lumpur - Melaka
Tol Pergi - Balik
RM16.50 x 2 = RM33

Hotel (Last minit booking jam 5 petang, Jumaat)
3 hari 2 malam (No deposit taken - bayar di hotel terus)
1 malam RM158 x 2 malam = RM316 (exclude 16%)
Not include BREAKFAST - aku tak suka breakfast kat hotel, so aku tak include sekali, aku nak FREE & EASY, lagi satu breakfast ni aku pilih bawa roti dan air sendiri je, bajet sudah!

Harga semalam RM158 sahaja, gila ko hotel 5 bintang harga macam hotel bajet, hotel bajet pun kekadang lebih dari ni tau, ni dengan facilities bak 5 bintang free plak tu, tu aku jatuh cinta maut sama hotel ni hahaha...so puas hati kan aku dah citer bab harga. Kasi jelas.

Harga Tower 1 & Tower 2 berbeza...
Aku bayar harga tu untuk Menara Residence (Bilik Deluxe Twin) TOWER 1, lokasinya korang kena parking kereta dalam lot 3A, kemudian masuk cari Grand Ballroom Hotel Swiss Garden Melaka. Tower 1 di sebelah kiri, tower 2 di sebelah kanan, nak jadikan cerita dah jam 8 malam kami tak nampak pun ada papan tanda tulis mana satu tower 1 dan tower 2 hahaha rembat la memana lif naik, naik2 ehhhh pesal nombor bilik lain, rupanya residents tu cakap ni tower 2, mak aiiiii tower 2 memang lawa sungguh, belum masuk bilik hotel lagi kat luar disajikan dengan deco bak mewah dengan lighthing romantik dan deco langsir yg sangat eksklusif.

Pastu meligau cari tower 1 rupanya sebelah kiri ballroom tu, hahaha naik lif pun satu masalah tak jelas tingkat berapa dari tingkat berapa sebab ada 4 lif yang berbeza tingkat...bayangkan ada 43 tingkat ada 4 lif yang berbeza nak naik untuk floor tertentu, aku nak komen bab ni sila pihak hotel take note, setiap kali nak naik lif kena usya dulu sampai tingkat berapa hahaha aku tingkat 12.

Kehebatan & Kekurangan Hotel Swiss Garden Melaka Tower 1...

Kata hotel ni dalam online...
"Hotel ini menyambut tetamu dengan dua kolam renang infiniti bersaiz Olimpik, gelanggang tenis dan Wifi percuma. Ia menawarkan akses terus ke Pusat Beli-belah The Shore dan Kompleks Shore Oceanarium."
Pengalaman julia sepanjang 3 hari 2 malam di sana...
  1. Kad akses - Nak naik ke bilik hotel kena akses kad di lif dlu baru boleh tekan tingkat berapa, wowww keselamatan terjaga.
  2. WiFi - ada kod rahsia kena isi dan ada tempoh penggunaan, laju gak la, tapi time petang slow bangat.
  3. Bilik - sangat mewah, semua empuk dan selesa, ruang luas, ada penunjuk kiblat.
  4. Astro - ada, channel kartun ke, hbo ke semua ada.
  5. Mini Kitchen - ada dapur kecik, boleh la nak reheat makanan ke, reheat yang mudah-mudah lah, best ooo dapur elektrik.
  6. Peti ais dan serika - condition superb, sedia ada dalam bilik hotel.
  7. Bilik air - luas sangat!
  8. Hair dryer - ada.
  9. Infiniti Pool dewasa & Kolam kanak-kanak - yessss!!!!! Bijak orang yang reka hotel ni, masuk kolam kanak-kanak macam pi theme park, exactly like theme park! 
  10. Tuala Mandi di pool - tuala disediakan di pool, tuala belang2 merah putih, 1 bilik 2 tuala diorang bagi, isi nombor bilik je, mudah!
  11. Sauna - FREE sauna, haaa nak ketenangan dan release tension sauna best ada khas untuk lelaki dan perempuan.
  12. Beranda - ada beranda hotel luas!
  13. Suratkhabar - setiap pagi diorang hantar
  14. Shopping Mall connect directly with hotel swiss - menariknya! Tak payah nak berhujan panas kat luar, Swiss Melaka ni connect dengan bangunan shopping The Shore, ada macam-macam kedai dalam tu, apa lagi nak kan?
Kekurangan...
  1. Aircond - ada bunyi, mohon maintanence check...tapi tak ada lah sampai tak boleh tidur hehehe
  2. Penunjuk Tingkat Lif & Papan tanda tidak jelas - mohon jelaskan dan detailkan papan tanda dimana tower 1 dan tower 2, lif sila boldkan tingkat dari berapa ke berapa perlu naik lif berkenaan, penat nak cek setiap lif.
Haaa tu lah sikit-sikit je kekurangan, biasalah hotel bertengkek2 tingkatnya harus ada yang tak nampak bab ni...

Jom jamu mata lihat kecantikan sudut pandang dekorasi hotel ni, kalau korang ada bajet lebih book hotel - Tower 2, bezanya cuma ada karpet dan tata rias lebih cun la. Harga pun lebih ar....



Superb!

Kelebihan Tower 1, ada kerusi ni tau, khas untuk Qaiser ilman tidur selesa, empuk sungguh kerusi panjang ni, kalau Tower 2 setahu aku belek dalam gambar tak ada kerusi ni, digantikan dengan sofa sahaja, baik pilih Tower 1 kan...tak yah ekstra bed.

Keluarga besar? Bawa je toto lebih, bantal ada 2 ekstra, semua sekali aku kira ada 6 bantal besar, bantal kecik2 tu berlambak...anak aku cari mak dia hilang dalam timbunan bantal hahahhaha

TV sony besar, ada CD player include sekali, dah macam dok rumah betul ni rasa.


Ada penimbang berat badan dalam bilik air hahahhaha, jangan memain tau, ada serika dan board, tak payah dah penat2 nak request nak serika tudung dan baju punya pasal mudah betul!

Mini Kitchen! Aduyaiiii comel sangat, drawer besaq2 belaka, macam nak buh periuk belanga dengan pinggan mangkuk semua hahaha

Tempat main masak-masak pun hebat, jenis letrik punya, touch-touch je, almaklumlah kita orang kampung pakai tong gas lagi tau hihi

Lihat beza siang dan malam di kawasan beranda hotel Tower 1 ni, bilik kami mengadap bandar Melaka dan sungai Melaka River Cruise (MRC), kawan tanya hotel ni jauh dari bandar Melaka ke? Eh hotel ni dalam bandar Melaka lah korang, dont worry.

Sepanjang aku dok kat sana, Tower 1 pun dah rasa eksklusif sangat dah, puas hati lah, tidur nyenyak malam tu hahahaha okey settle bab bilik! Sekarang beralih keesokkan harinya...

MORNING SWISS GARDEN HOTEL MELAKA!

KLIK VIDEO !!!!! 

Tudiaa, kolam ini berada di aras 9, semua lif tak kisah mana tingkat korang duduk sila turun sat tingkat 9, huwaaaaaaaaaaaaaaaa best gila! Dengan angin mendayu lembut menusuk kalbu, aku tatap kolam ni luas-luas sambil nyanyi, gila hebat penangan lepak kat sini, rumah ala kaca tu gym tau, pagi sabtu aku tak dapat mandi sebab teman suami buat kerja, aku turun awal pi snap mana boleh dulu...petang nanti baru mandi, sambung pagi ahad pulak...


INFINITI POOL SAIZ OLIMPIK!
Bulan lepas dengan bulan ni aku banyak jumpa infiniti pool, banyak-banyak pool kat Swiss Garden Melaka PALING WIN sebab saiz olimpik besar gabak !!!!!!!!

Sebabnya bukan 1 infiniti pool, tapi ada 2 infiniti pool macam ni di sediakan di Tower 1 & Tower 2, perghhhhhhh menangis aku kat tepi pool gini, aku tak larat nak berenang dari hujung sana sampai hujung sini, jauh beb nak berkuak lentang hahahhaha


Aku minat dekorasi, tu sebab aku banyak amik gambar deko luar pool ni, layan sungguh keasyikkan pesona kat sini, sesuai untuk photoshoot!!!


Lawa kan port riadah ni, aku tak tau nak cakap, aku amik je gambar, kat sini kalau bawa keluarga besar ramai-ramai atok nenek, adik beradik bertambah nikmat sebab port ni boleh buat reunion kan, kawasan ni khas untuk resident hotel punya port, tapi terbuka luas untuk pelanggan yang menginap disini...kalau macam ni mana nak datang masalah, semua hilang macam tu saje!


Paling hujung pool, akan dipersembahkan dengan suasana Kampung Mortein Melaka, wowwwwwwwww sambil duduk atas kerusi putih tu angin masyukkk je, aduyaii nikmat!

Syurga kanak-kanak! Qaiser ilman tu tak habis2 pujuk nak mandi nak mandiiii hahahhaha, besttt kat sini, kalau sesetengah hotel dia ada buat theme park dalam hotel pastu kena bayar asing kan, mahal plak tu, ni ko booking hotel include semua facilities kt sini, jimat banyak dah!

Yeyy, settle kerja suami petang sabtu, apa lagiiiiiii, jom tukar baju mandi hahaha


SPLASHING TIME!
Start dari sini korang layan gambar kegembiraan yang terpancar, aku nak korang bayangkan family korang macam ni jugak, nak hasut korang pi jugak pastu tag gambar korang kat aku boleh? Aku nak senyum puas lihat korang happy macam mana aku rasa....

Kedalaman:
Kids Pool - 1.3 kaki. 
(Selamat untuk kanak-kanak tapi kena pengawasan ibu bapa)
Pool dewasa (sebelah kids pool) - 3 kaki lebih.
Infiniti Pool - lebih 4 kaki rasa.








Hasil mandi 2 hari, hehehe tidur lena, berkualiti sangat tidur ye Qaiser ilman ^_^

Port Makan Murah Mana?
Ala kalau hari sabtu, waktu malam aku pi kat Dataran Pahlawan, seberang jalan Menara Taming Sari tu ada uptown macam pasar malam ada jual pelbagai barang dan variasi makanan, bajet RM50 lebih kami dapat macam-macam makanan murah, nasi ayam penyet, nasi minyak, abc, sate, apam balek, air, dan kuih muih, best!

Klebang 
Coconut Shake & Keria Antarabangsa
Tak pun tengahari korang pi la Klebang pekena coconut shake situ best, ada gak kuih muih dan nasi lemak sedap kat situ, wajib mai Melaka aku mesti pekena situ dulu...nikmat cuaca panas!


Sehingga bertemu kembali ye...best sangat kat sini, berbaloi bayar harga bajet tapi dok hotel 5 bintang, rekemen kat korang pi tau...nak sambung entry Birthday Girl kat Genting Highland sebelum jadi pekasam hahaha

One more thing, nak ingatkan korang, ini pengalaman julia tika berada disana, jika anda merasakan sebaliknya mungkin itu nasib anda dan rezeki anda dan bukannya julia, so sila be positive dan hormat pengalaman saya tika membaca cerita ini, lagi best kalau korang tekan button share kat bawah tu share lah mana-mana medium korang nak, at least berjalan pahala sedekah tu pada korang dan kawan-kawan korang, amin. TQ.

Korang bawalah family korang pula tau, pasti keriangan berganda....bye!

Swiss-Garden Hotel & Residences Malacca
T2-4, The Shore @ Melaka River, 
Jalan Persisiran Bunga Raya, 75300 Malacca,
 Malaysia

Landmark: Pirates Park & Melaka River Cruise Melaka.

Tips lokasi berjalan di Melaka KLIK - SINI

31 Comments

  1. best ni juju.. kolam tu mmg anak2 tak makan takper dah asalkan depa berendam ni.. hahah

    ReplyDelete
  2. tengok gambar-gambar kat dalam entry ni, orang Melaka jati ni sendiri rasa teruja nak stay kat hotel ni.....huhuhu!

    ReplyDelete
  3. bestnye julia.. dilah hari ahad aritu pegi the shore, shopping mall bawah swiss garden tu..

    ReplyDelete
  4. Kolaaam dia bestnyaaa. Jeles oo tengok kak Ju syok main air musim2 panas ni. Heheh. Aduh duh duhh coconut shake, kuih keria lagi. Sedapnya !

    ReplyDelete
  5. okey foineee..nak gosok eady la canni..nak pegi bln 6 arr canni!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. bulan 6 xleh kak.. puase.. awalkn ckit.. gosok jgn x gosakk.. hehe

      Delete
  6. heaven! nexttttttttttttttttt.. hahahahaha

    ReplyDelete
  7. menarik... good review... berjasya menghasut utk ke sana... nak pergiiiii....

    ReplyDelete
  8. Suka tengok tempatvyangada swimming pool

    ReplyDelete
  9. bestnyeeeee .... tapi tu la kampung pun kat Melaka, kalau dapat bawa mak abah duduk hotel ni kan best!

    ReplyDelete
  10. berbaloi jgk harga dia klau pkai Booking.com...Kita pun suka pkai last minutes...pkai hp ja...hehehhehehe

    ReplyDelete
  11. mmg syok la juju...asyik tdo hotel ngan mandi pool...paling happy qi la kn...oh ada beza harga tower 1 and tower 2...tq sharing info...coconut shake klebang tu wajib singgah kalo p melaka

    ReplyDelete
  12. Kolam tu yg 'selling point' nya utk org yg ada anak anak kecik mcm akak ni. Nak piiii! Hehhee

    ReplyDelete
  13. Wowww... Bestnya. Nak kena usul kat bos ni. Harga pon berpatutan 😄

    ReplyDelete
  14. Ya Allah juju..nyesal ahkak baca..hahahaha...series dah la lama teringin nk g melaka tau..kalau ada rezki nak ajak hubs tido hotel ni la..sbb pool dia menawan kalbu

    ReplyDelete
  15. Ya Allah juju..nyesal ahkak baca..hahahaha...series dah la lama teringin nk g melaka tau..kalau ada rezki nak ajak hubs tido hotel ni la..sbb pool dia menawan kalbu

    ReplyDelete
  16. juju.. awat pool die best sgt? Tpikan stress ckit la sbb dayyan tkut nk mndi pool skrg ni.. grrr..

    ReplyDelete
  17. Cantiknya..dr bilik, pool..exclusive..

    ReplyDelete
  18. Perghhh cantik giler dalaman biliknya. Tak pernah lagi masuk hotel yang menyediakan tong gas. Harga pun tak mahal.. Smart laaaa..

    ReplyDelete
  19. wah mana tau pihak hotel terbaca review juju ni..dapat plak penginapan percuma in the future..good review..entry padat ngan info...

    ReplyDelete
  20. selalu nyer aida kurang terpikat dgn hotel melaka, sebab kita dok melaka, kan.
    but after baca review ju, sgt nak stay sini semlm, just utk anak2 mandi pool :)
    sebab kalu nak ke bayou lagoon ker, wonderland ke... lebih kurang jer kos nyer.
    tq for sharing ekk :)

    ReplyDelete
  21. Sya pn dok kt Swiss-Garden mmg best kn.. Bilik pn bilik sama cmtu.. Luas..

    ReplyDelete
  22. Bestnyeeeeee
    Pihak hotel bagi tak masuk pool mandi pakai tshirt and tracksuit?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Of course bagi...rules tak ketat mcm some hotel 5 bintang lain ye...kt sini heaven...julia pun pakai tshirt dan seluar palazo je hehehe jom jacuzzi

      Delete
  23. gua org sini, dah 2 kali masuk situ member jauh stay situ..pool dewasa bentuk kotak tu, ada cctv..jgn bogel situ plk nti jd mcm gua slumber salin suar situ sambil cctv tgk..sauna tepi kolam tu je kalo nk panggang diri ok..hahaha

    ReplyDelete
  24. Terbaiklah kak julia, da la dapat murah,tempat bestplak tu, moga ada rezki nak ke sana

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)